Jumaat, 28 Ogos 2009

Erti Kemerdekaan


Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.


Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 52

Peruntukan RM100 Juta Bantu Golongan Miskin Di Bandar

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM100 juta dalam bentuk saham amanah bagi membantu golongan miskin di bandar. Kerajaan kini sedang mengumpul maklumat mereka yang miskin tegar dan relatif di bandar bagi menentukan bilangan yang layak menerima bantuan itu. Kerajaan akan beri bantuan kepada mereka secara percuma dan sekiranya maklumat dapat dikumpulkan, khususnya bagi golongan miskin supaya dapat menambah pendapatan mereka terutamanya mereka yang miskin tegar.



Masalah kemiskinan tidak harus dikaitkan dengan kawasan luar bandar sahaja kerana masalah itu turut dihadapi di kawasan bandar. Sehubungan itu, kerajaan amat prihatin dengan masalah golongan ini dan penilaian terhadap golongan miskin pun berbeza. Katakanlah dengan pendapatan RM2,000 sebulan untuk luar bandar seperti Baling di Kedah dan Pekan di Pahang, ia amat selesa sekali. Tetapi kalau pendapatan begitu di bandar ia belum lagi selesa. Pendapatan isi rumah di bandar yang dikategorikan sebagai miskin ialah RM2,500 sebulan. Perdana Menteri menegaskan bahawa usaha untuk memerangi kemiskinan akan terus diperjuangkan kerajaan.

Bantuan Untuk Pelajar Cemerlang Miskin Bayar Pinjaman PTPTN

Graduan cemerlang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), daripada keluarga miskin akan menerima bantuan untuk membayar balik sebahagian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka melalui skim dermasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR). Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mereka yang mendapat ijazah kelas pertama dan aktif dalam kegiatan kokurikulum akan dinilai melalui kriteria keluarga berpendapat rendah dan jumlah adik beradik. Pihaknya akan membuat perbandingan antara mereka yang cemerlang mengikut garis panduan kemiskinan dalam negara iaitu mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai adik-beradik yang ramai.

Wang tersebut akan terus dimasukkan dalam tabung PTPTN bagi membayar balik sebahagian daripada pinjaman yang diperolehi. Biasiswa YTAR diberikan kepada pelajar cemerlang tahun pertama dalam program ijazah sarjana muda IPTA dan aktif dalam kokurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Bagi tahun ini, 17 calon telah layak menerima biasiswa ini daripada 662 permohonan yang memenuhi syarat. Amaun biasiswa ini meliputi semua yuran yang dikenakan oleh universiti serta elaun sara hidup sebanyak RM1,000, elaun buku RM500 setiap semenster serta penerbangan pergi balik sekali setahun bagi penerima dari Sabah dan Sarawak.

Dalam tahun ini seramai 1,040 pelajar IPTA dan swasta termasuk politeknik dan kolej komuniti daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan. Pembiayaan bantuan ini berbeza dengan pinjaman lain yang mereka perolehi walaupun sudah mendapat pinjaman PTPTN. Seramai 133 pelajar turut diberikan biasiswa pelajar cemerlang pada tahun ini dalam tumpuan untuk menjadi sumber tenaga akademik di IPTA pada masa hadapan. Program ini merupakan tambahan pada program pembiayaan pasca ijazah untuk menampung kekurangan tenaga akademik khusus dalam bidang sains dan sains tulen.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Sarawak Akan Mempunyai Makmal Ujian A (H1N1) Bulan Depan

Sarawak akan mempunyai makmal ujian sendiri menjelang pertengahan bulan depan bagi membolehkan Hospital Besar Sarawak (SGH) melakukan ujian penyakit influenza A(H1N1). Makmal itu dapat mempercepatkan ujian influenza A(H1N1) tanpa perlu menghantar sampel ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) atau Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Sabah. Empat petugas perubatan kini mengikuti latihan untuk menjalankan ujian manakala sudah ada beberapa peralatan di sini dan beberapa lagi akan dibeli.


Menjelang pertengahan September, Hospitak Umum Sarawak mampu menjalankan ujian sampel sendiri. Sebelum ini, sampel kahak atau tekak pesakit untuk ujian A(H1N1) dihantar ke IMR atau QEH di mana keputusan biasanya diketahui dalam tempoh 24 jam tetapi memandangkan kes tertangguh, hasil keputusan mengambil masa yang lama. Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri meminta orang ramai bersedia menghadapi kemuncak wabak itu, dengan memberi pembayang bahawa keadaan buruk masih belum tiba. Bilangan orang yang cuba mendapatkan rawatan berkaitan penyakit selesema (ILI) serta mereka yang perlu dimasukkan ke wad terus meningkat.


Pada pertengahan Julai lepas kira-kira 0.5 peratus jumlah pesakit luar di klinik kerajaan menunjukkan ILI tetapi sebulan kemudian jumlah itu meningkat kepada 5.5 peratus pada pertengahan bulan berikutnya. Jumlah kes kluster di sekolah, institut pengajian tinggi dan pusat penjagaan kanak-kanak di Kuching, Sibu dan Miri telah menurun secara mendadak sejak keadaan menjadi kemuncak pada minggu pertama Ogos. Kerajaan menasihatkan wanita mengandung supaya mengambil langkah pencegahan kerana separuh daripada enam kematian dilaporkan di negeri Sarawak ada berkaitan dengan wanita mengandung. Ibu mengandung harus elak tempat yang sesak, mengamalkan kebersihan khususnya mencuci tangan, guna topeng muka dan mendapatkan rawatan awal jika ada tanda-tanda dan simptom selesema.

Pelaksanaan Projek Infrastruktur Luar Bandar Di Sarawak Dipercepatkan

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mempercepatkan pelaksanaan projek infrastruktur luar bandar di Sarawak terutamanya melibatkan pembinaan jalan raya, perumahan, bekalan air dan bekalan elektrik. Menterinya Datuk Seri Shafie Apdal berkata keutamaan pelaksanaan segera projek infrastruktur luar bandar itu adalah berdasarkan kriteria tertentu. Kementerian akan mempercepatkan projek di kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai.


Projek-projek di luar bandar Sarawak kali ini akan dilaksanakan berdasarkan keperluan golongan akar umbi di kawasan terbabit dan bukannya atas kehendak pengurusan atasan. Antara projek-projek yang akan dipercepatkan dalam tempoh terdekat ialah pembinaan jalan raya membabitkan peruntukan RM4 bilion bagi Sabah dan Sarawak. Sabah mendapat RM2 bilion manakala Sarawak RM2 bilion bagi pembinaan jalan raya, Kementerian sedang mengenal pasti keutamaan pelaksanaan projek tersebut. Mekanisme yang akan digunakan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek luar bandar di Sarawak ialah berdasarkan pengalaman Rancangan Malaysia Kesembilan dan kerjasama yang erat antara agensi kerajaan pusat dan negeri.

Topeng Penutup Mulut Dan Hidung Diisytihar Barangan Kawalan Sementara

Topeng penutup hidung dan mulut diisytiharkan sebagai barangan kawalan sementara berkuatkuasa serta merta dengan harga berkisar antara tujuh sen hingga RM6 seunit berdasarkan kualiti. Dalam keadaan sekarang, ramai orang perlukan topeng ini dan pihak berkuasa akan memantau perkara ini. Paling penting sekali ialah kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada pihak kementerian sekiranya ada kedai yang menjual lebih daripada harga yang ditetapkan. Kementerian boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Bagi syarikat yang ingkar pula boleh didenda tidak lebih daripada RM25,000, katanya. Orang ramai boleh menelefon nombor tol percuma di talian 1-800-886-800 atau datang ke pejabat kementerian terdekat untuk membuat aduan sekiranya ada kedai yang menjual pada harga yang tinggi.
Harga maksimum borong bagi satu kotak (100 keping) selapis bergelung ialah RM5 sekotak dan harga maksimum runcit ialah RM7 sekotak. Bagi dua lapis bergelung, harga maksimum borong ialah RM8 sekotak (100 keping) dan harga maksimum runcit ialah RM 10 sekotak iaitu 20 sen seunit."Untuk tiga lapis bergelung, harga maksimum borong ialah RM25 sekotak (50 keping) dan harga maksimum runcit ialah 80 sen seunit. Bagi tiga lapis bertali, harga maksimum borong ialah RM 30 sekotak (50 keping) dan harga maksimum runcitnya pula ialah 80 sen seunit. Akhir sekali bagi jenis N95, harga maksimum borong ialah RM100 sekotak (20 keping) dan harga maksimum runcit ialah RM6 seunit.
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya tidak menggunakan topeng selapis dan dua lapis kerana ia tidak berkesan untuk mencegah penularan Influenza A H1N1. Mengenai kebanyakan farmasi yang tidak mempunyai bekalan topeng yang mencukupi, ketika ini kerajaan di dalam proses untuk mengimport lebih banyak bekalan bagi memenuhi kehendak pasaran.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

Jumaat, 14 Ogos 2009

Pertengkaran Terbuka Jejas Imej Kerajaan Dan BN

Pertengkaran terbuka antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai isu kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedua-dua pemImbang Penuhimpin mesti memahami hakikat itu sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap satu sama lain di media. Pada masa ini semua dibuat secara terbuka. Kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan.



Kedua-dua mereka telah membuat dakwaan dan laporan polis. Keadaan itu tidak membantu membaiki imej kerajaan dan mereka sepatutnya berhenti daripada menceritakan perihal dalaman kepada umum kerana ada banyak cara untuk mereka menyelesaikan isu itu. Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya lebih tahu. Mereka sepatutnya menunjukkan teladan dan biar rakyat menilainya. Adalah penting untuk mereka memahami keadaan ini. Mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan.



Kedua-dua pemimpin itu terbabit dalam pertengkaran secara terbuka mengenai isu PKFZ dengan Tiong mendakwa Ong, yang juga presiden MCA, menerima RM10 juta daripada Tiong, yang juga ketua eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju siap guna PKFZ. Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong semalam dan kemudian mendedahkan kepada media bahawa beliau juga meminta peguamnya menghantar surat tuntutan.cTiong membuat dakwaan itu pada Rabu dengan mengatakan duit itu dibayar secara ansuran tiga kali tahun lepas untuk aktiviti MCA. Yang jelasnya ianya telah menjadi satu "SENJATA" kepada pembangkang untuk menjatuhkan imej BN. Kedua pemimpin BN hendaklah menghentikan penyebaran kepada pengetahuan umum dan menyelesaikan permasalahan dalam keluarga BN.

ISU Kampung Buah Pala

Penduduk Kampung Buah Pala diberi tempoh sehingga 1 September ini untuk mengosongkan rumah masing-masing sebelum rumah mereka dirobohkan. Keputusan itu dicapai setelah rundingan diadakan bersama polis, wakil penduduk, bailif mahkamah dan pemaju Nusmestro Ventures (P) Sdn Bhd. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Azam Abdul Hamid, yang mewakili polis dalam rundingan tersebut berkata persetujuan telah dicapai dan atas permohonan wakil penduduk, tarikh itu dilanjutkan sehingga 1 September.



Pihak pemaju telah bermurah hati atas keperimanusiaan menangguhkan kerja-kerja meroboh rumah penduduk hari ini. Penangguhan itu diberikan atas permintaan wakil penduduk untuk memberikan masa kepada mereka mencari penempatan sementara. Wakil penduduk memberi jaminan bahawa mereka akan bekerjasama dan berpindah secara aman. Kemungkinan penduduk kampung sendiri akan robohkan rumah mereka sebelum 1 September dan tidak ada sebarang halangan lagi untuk pemaju. Bailif mahkamah akan mendapatkan tandatangan setiap penduduk kampung berhubung jaminan tersebut.

Diharapkan tidak akan ada mana-mana pihak, parti politik dan NGO yang akan cuba mengeruhkan atau mengambil kesempatan terhadap keputusan yang diambil ini untuk keselamatan semua khususnya Pakatan Rakyat. Sebelum itu, Penolong Setiausaha PertImbang Penuhubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C.Tharmaraj berkata kerajaan negeri telah menghampakan penduduk kampung kerana gagal menunaikan janji. Ketua Menteri Lim Guan Eng dipertikaikan telah berjanji akan memfailkan permohonan menurut Seksyen 116 1(d) Kanun Tanah Negara bagi membolehkan kerajaan negeri menghalang kerja-kerja pembangunan di kawasan berkenaan tetapi lihat apa yang berlaku sekarang?.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat harus memberi penjelasan mengapa sehingga sekarang permohonan itu tidak difailkan sedangkan pemaju telah membawa pekerja untuk merobohkan kampung tersebut. Beliau telah berusaha untuk menghubungi kesemua wakil rakyat tempatan termasuk Lim dan Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy, tetapi gagal. Sejak beberapa minggu lalu, kontroversi Kampung Buah Pala menghiasi dada akhbar berikutan keengganan penduduk di situ berpindah keluar dari kampung berkenaan walaupun Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan perintah supaya mereka mengosongkan tanah seluas 2.6 hektar itu bagi membolehkan pemaju dan pemilik tanah, Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang membangunkan kawasan berkenaan. Penduduk enggan berpindah selepas beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dikatakan berjanji pada kempen pilihan raya umum tahun lalu untuk membantu mereka jika gabungan pembangkang memenangi pilihan raya itu. Inilah rupa sebenar PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT TIDAK DAPAT DIPERCAYAI LANGSUNG.. MEREKA HANYA TAHU MEMPERMAINKAN SENTIMEN ORANG RAMAI UNTUK MENCAPAI MOTIF POLITIK MEREKA.

Banteras penyeludupan gula ke negara jiran

Kerajaan Negeri Sarawak akan memperketatkan dan sentiasa memantau semua kawasan di negeri ini termasuk sempadan dalam mengawal penyeludupan gula ke negara jiran. Ketua Seksyen Penguat Kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDN-KK) Mohd Rahim Ibrahim berkata, pihaknya sentiasa menghantar pegawai-pegawai setiap hari di semua kawasan termasuk memantau para pembekal.

Kementerian dengan kerjasama Polis dan Tentera membuat pemantauan dari setiap pelabuhan yang ada di negeri ini sehingga ke pembekal utama, malahan juga akan mengikuti ke mana agihan gula akan dibekalkan selain daripada pemantauan biasa di peringkat pemborong dan peruncit. Kementerian baru-baru ini juga turut mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa di sempadan termasuk askar yang membuat kawalan di kawasan berkenaan, bagi meningkatkan mutu kawalan kita yang mungkin sebelum ini tidak begitu tegas


Minggu lepas pihak KPDNKK berjaya menahan sebuah lori yang membawa 200 kampit gula yang berjumlah 10 tan dipercayai dalam perjalanan menuju ke sempadan antara Sarawak dan Kalimantan, Indonesia. Justeru itu Kementerian dengan kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemantauan dalam mengesan cubaan menyeludup gula ke negara jiran. Pihak KPDNKK mengakui ada sesetengah premis terputus bekalan sejak kebelakangan ini tetapi bukan bermakna ia kekurangan bekalan gula. Ia cuma berlaku masalah pergerakan pengangkutan untuk menghantar bekalan, lagipun di kawasan bandar kita masih mempunyai stok yang mencukupi.

Apabila keadaan sedemikian berlaku ia menimbulkan rasa panik kepada semua pihak yang mengatakan kekurangan bekalan gula. Khabar yang mengatakan bekalan gula berpunca dari penyeludupan ke negara jiran, ia adalah tidak benar sama sekali kerana ia sebenarnya berpunca daripada dalaman. Apabila isu ini timbul di Semenanjung Malaysia, kita di sini juga turut kena tempias. Selain daripada itu, pemborong gula yang didapati menyelewengkan bekalan gula sehingga menimbulkan masalah kekurangan bahan itu di pasaran bakal berhadapan tindakan tegas termasuk lesen perniagaan mereka dibatalkan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemborong gula yang didapati bersalah dan tidak akan melayan sebarang rayuan mereka selepas lesen dibatalkan.

Sementara itu mengulas mengenai spekulasi harga telur ayam naik di negeri ini, Mohd Rahim menegaskan pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan kajian mengenainya. Ini kerana daripada apa yang kita dengar ia adalah kerana persatuan yang mencadangkan untuk menaikkan harga telur. Justeru bagi mengetahui perkara yang sebenarnya dan tujuan mereka, pihak KPDNKK akan menjalankan kajian.

Ahad, 9 Ogos 2009

Bajet 2010 Utamakan Perbelanjaan Untuk Lonjak Pembangunan Negara

Bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu akhir Oktober dijangka mengutamakan perbelanjaan bagi melonjakan dan merancakkan pembangunan negara. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata keadaan ekonomi pada masa kini masih dalam keadaan negatif dan memerlukan perbelanjaan untuk melonjakkan dan merancakkan kembali pembangunan negara.
Defisit bajet 2010 dijangka lebih rendah berbanding tahun ini kerana kerajaan mesti berbelanja lebih untuk meneraju dan menggerakkan semula pengukuhan ekonomi berikutan kurangnya pelaburan daripada pihak swasta akibat kelembapan ekonomi dunia. Keadaan itu tidak akan menghalang usaha kerajaan untuk mengangkat Malaysia dari sebuah negara berpendapatan pertengahan kepada negara berpendapatan tinggi. Untuk itu , kerajaan akan menekankan konsep nilai untuk wang, dengan setiap projek yang akan dilaksana, diteliti bagi mengelakpeningkatan kos yang tidak perlu. Pada masa yang sama kerajaan juga akan meneliti pandangan 18 kumpulan tumpuan utama yang terdiri daripada wakil pelbagai sektor, mengenai perkara itu. Maklum balas berkenaan yang dikumpul sehingga hujung bulan ini, akan dikaji sebelum menyediakan Bajet 2010.

Kerajaan Sedia Dengar Pandangan Semua Pihak Berhubung Penapisan Internet

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata kerajaan sedia mendengar pandangan semua pihak berhubung cadangan pelaksanan sistem penapisan kandungan internet. Walaupun dasar tidak mengadakan sekatan ke atas kandungan internet dikekalkan namun banyak pihak terutama ibu bapa berpandangan bahawa perlu ada kawalan terhadap laman-laman web lucah dan pornografi. Walau bagaimanapun hal-hal yang mengandungi lucah atau berkaitan dengan keganasan maka kita harus berbincang bagaimana untuk mengawal bagi mengelak mereka terjebak dalam melayari laman-laman web lucah dan tidak selaras dengan moral. Beliau menyokong pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan Malaysia tetap kekal dengan dasar tidak mengadakan sekatan ke atas kandungan Internet di negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak fikir kerajaan akan menapis kandungan internet dan percaya dasar itu akan terus dikekalkan. Beliau berkata kita mestilah berani untuk berhadapan dan berdebat dengan mereka mengenai isu-isu dasar dan sekiranya ada kelemahan dan kecacatan (berhubung dasar internet), memang kita alu-alukan kritikan kerana kerajaan tidak menyekat kebebasan.

Ahad, 2 Ogos 2009

Hanya 7% Bantuan Daripada Kerajaan Negeri Untuk Penduduk Miskin

Kerajaan Pulau Pinang hanya menyalurkan kira-kira 7 % daripada keseluruhan bantuan untuk penduduk miskin di kawasan Parlimen Nibong Tebal berbanding 93 peratus yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini.



Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Zainal Abidin Osman berkata kerajaan negeri hanya memperuntukkan kira-kira RM30,000 untuk membantu penduduk miskin di kawasan itu berbanding peruntukan RM360 ribu daripada kerajaan pusat. Bantuan yang Barisan Nasional (BN) berikan adalah lebih banyak daripada bantuan kerajaan negeri. Dalam tempoh itu kerajaan pusat telah memberi bantuan kepada 1,701 penduduk miskin dari semua kaum di kawasan Nibong Tebal. Zainal Abidin yang juga Ketua Umno bahagian Nibong Tebal berharap kerajaan negeri dapat memberikan lebih banyak bantuan kepada golongan miskin di negeri itu.
Oleh itu, apa yang sering diceramahkan oleh KM Pakatan Rakyat hanya cakap sahaja "KONG NIA LA". Teringat kembali jawapan yang diberikan oleh pemandu teksi di Pulau Pinang semasa lawatan kami Pulau Pinang, di mana kami bertanyakan janji-janji dan kenyataan yang dilaungkan oleh KM Pakatan Rakyat. Semua jawapannya adalah KM Penang hanya cakap sahaja dan semua tidak ditunaikan.

Beri Pandangan Mengenai ISA Bukannya Melalui Demonstrasi

Rakyat sepatutnya memberi cadangan atau pandangan untuk memperbaiki Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya mengadakan demonstrasi untuk menyokong atau membantah pelaksanaan undang-undang itu. Perdana Menteri berkata cadangan untuk mengkaji semula ISA tidak harus dipolitikkan kerana apa yang penting sekarang ialah untuk menggubal satu bentuk undang-undang yang sesuai dengan kehendak zaman, citarasa dan aspirasi rakyat Malaysia.


Kerajaan telah pun mengambil pendirian untuk mengkaji ISA dan dalam proses itu yang penting ialah untuk (rakyat) memberi pandangan, cadangan, idea bernas bagaimana kita boleh memperbaiki undang-undang seperti ini. Dalam proses itu kita buat perbincangan dan mendapatkan maklum balas daripada rakyat dan sebagainya, dan bukannya melalui perarakan demonstrasi sepertimana yang dicetuskan oleh pihak pembangkang. Demonstrasi tidak boleh menghuraikan apa perkara yang hendak dipertimbangkan oleh kerajaan. Perhimpunan yang sengaja dirancang semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik pihak tertentu.


Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat adalah mustahil untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, tetapi ia boleh dipinda atau ditukar namanya supaya lebih bersesuaian dengan keadaan semasa. Negara memerlukan undang-undang seperti ISA yang boleh menahan seseorang itu untuk disoal siasat sebelum sesuatu perkara atau kes itu dibawa ke mahkamah, selain turut memerlukan undang-undang lain. Janganlah kita lihat dalam negara kita sahaja, lihatlah di negara jiran kita atau di negara-negara lain. Mereka pun mempunyai undang-undang yang lebih kurang sama atau yang lebih keras daripada itu.
Maka ianya (ISA) adalah bertujuan untuk mewujudkan kestabilan ekonomi dan politik supaya tidak menimbulkan permasalahan agama, kaum dan budaya dan inilah yang mahu ditekankan oleh pihak kerajaan. Mengulas mengenai perhimpunan yang diadakan di ibu negara oleh dua badan bukan kerajaan iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah undang-undang itu, pihak berkenaan tidak perlu takut dengan kewujudan ISA jika mereka tidak melakukan kesalahan.
Selain daripada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan berkata pembangkang cuma mahu mengambil kesempatan untuk mengadakan demonstrasi sedangkan mereka sudah tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merombak ISA. Mereka hendaklah memberikan pandangan-pandangan secara bijaksana, bertulis, menggunakan fakta-fakta jika ingin membuat apa-apa cadangan, bukan dengan cara menyusahkan rakyat, sehingga jalan sesak.


BUDAYA DEMONSTRASI hendaklah diHARAMkan.

118,000 Terima Bantuan JKM Setiap 1 Haribulan

Sejumlah 118,000 penerima bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan masing-masing pada setiap 1 haribulan bermula Januari 2010. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah itu meliputi bilangan penerima baru serta bilangan keluarga miskin tegar yang berdaftar melalui sistem e-Kasih dan Projek Cari yang dijalankan kementerian berkenaan.

Pihak jabatan akan mulakan proses ini (pemberian bantuan pada 1 hari bulan) yang sebelum ini tidak seragam, secara berperingkat bermula September ini supaya hasrat Jabatan hendak meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah akan tercapai. Selain bantuan kebajikan kepada penerima dibayar pada 1 haribulan setiap bulan, dua lagi sasaran utama Bidang Hasil Utama Negara (NKRA) ialah membasmi kemiskinan tegar menjelang 31 Dis 2010 dan mewujudkan 4,000 usahawan wanita baru menjelang 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.
Imbang Penuh

Seramai 11,335 daripada 30,552 ketua isi rumah miskin tegar yang direkodkan dalam e-Kasih telah menerima bantuan JKM baru-baru ini, iaitu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.4 juta sebulan. Bakinya tidak diberi bantuan kebajikan kerana antara lain telah menerima bantuan JKM atau daripada agensi kerajaan lain. Bagi mereka yang belum lagi menerima bantuan kerajaan, kementerian akan menyalurkan maklumat kepada agensi kerajaan yang ada untuk mendapat bantuan yang sewajarnya. Kerajaan menakrifkan kemiskinan tegar sebagai isi rumah yang berpendapatan di bawah RM430 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, RM520 (Sarawak) dan RM540 (Sabah).

50,000 Pelajar IPTA Tahun Satu Diberi 100 Unit Percuma Saham 1Malaysia

Seramai 50,000 pelajar tahun satu peringkat ijazah pertama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mendaftar pada sesi pendaftaran pertengahan tahun ini diberikan 100 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang bernilai RM100 secara percuma sebagai insentif untuk mereka melabur dalam saham tersebut. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkannya pada Jumaat yang lalu dan berkata sumbangan itu diberikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ejen-ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad, RHB Bank Berhad dan Pos Malaysia Berhad.
Kita tidak melupakan kepentingan generasi muda di dalam membina bangsa akan datang. Sebagai pewaris negara, kita mahu melihat golongan muda ini mendapat pendidikan sekurang-kurangnya peringkat ijazah agar mereka menjadi warganegara yang berwawasan dan progresif. Mereka harus bijak membuat keputusan terutama di dalam bidang pelaburan dan perancangan kewangan, katanya semasa melancarkan dana AS 1Malaysia yang lahir dari visi 1Malaysia yang menjadi gagasan pentadbirannya di sini.AS 1Malaysia ialah dana ekuiti harga tetap iaitu RM1 seunit, dengan saiz dana berjumlah 10 bilion unit, yang merupakan tawaran dana terbesar oleh PNB setakat ini dan akan dibuka kepada langganan awam selama 30 hari.
Pelaburan awal minimun bagi AS 1Malaysia ialah 100 unit manakala pelaburan tambahan minimum sebanyak satu unit. Pelancaran dana yang dijanjikan beliau ketika berucap sempena 100 hari pentadbirannya pada 11 Julai lepas menunjukkan komitmen kerajaan dalam merealisasikan apa jua yang dijanjikan. Sebelum ini beliau telah janjikan pada 100 hari akan lancarkan satu tabung dana khas yang diberi nama AS 1Malaysia. Hari ini genap congak 128 hari pentadbirannya dan Alhamdulillah janji telah pun ditunaikan. Selari dengan konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama perlu bergerak bersama dalam memberi sumbangan kepada negara kerana impaknya tentu sekali amat besar.
Rakyat didahulukan ini mengingatkan kita tentang kewujudan pelbagai institusi termasuk PNB untuk kemudahan rakyat. Pencapaian diutamakan pula kalau kita hendak buat sesuatu, perlu buat dengan secepat mungkin supaya impak dapat dirasai oleh rakyat tepat pada masanya. Pelancaran dana itu juga amat bermakna kerana bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai setiap tahun. Ada dua tunjang untuk pembangunan negara iaitu keamanan dan kebebasan. Bila kita sebut Hari Pahlawan, kita mesti ingat tiada apa dicapai secara percuma , malah kebebasan dan keselamatan. Semuanya mempunyai harga yang perlu dijelaskan. Kepimpinan negara yang sejak merdeka tepat pada masanya dengan cara dan kaedah yang tersendiri tetapi tetap berpaksi pada prinsip dan martabat untuk terus membangunkan agama dan membela rakyat.