Kerajaan akan membina 50,000 buah rumah perumahan rakyat termiskin (PPRT) di seluruh negara di bawah peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan dijangka siap menjelang 2012, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Di bawah NKRA, sebanyak RM12 bilion diperuntukkan khusus bagi menyediakan projek rumah PPRT berkenaan selain projek jalan raya, bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar. Rumah PPRT bernilai RM33,000 bagi setiap unit di Semenanjung Malaysia dan RM44,000 di Sabah dan Sarawak, akan diberikan secara percuma tanpa ada sewa atau bayaran apa-apa kerana kita telah kenalpasti mereka daripada golongan miskin. Kementerian juga membentuk satu jawatankuasa khas di peringkat negeri-negeri untuk mengenal pasti tanah-tanah yang sesuai untuk didirikan rumah PPRT ini kelak. Pembinaan 1,500 kilometer jalan raya di Sabah dan Sarawak serta kerja-kerja penurapan jalan yang terletak lima kilometer daripada jalan bertar di Semenanjung Malaysia telah dimulakan dan dijangka siap tiga tahun lagi. Sebelum ini kebanyakan penduduk terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kemudahan jalan dan terpaksa menggunakan alternatif lain seperti bot bagi membolehkan mereka membawa hasil pengeluaran atau menghantar anak ke sekolah. Kementerian juga akan menggunakan pendekatan teknologi yang baru di mana kawasan-kawasan yang tidak ada bekalan elektrik yang mencukupi, akan disediakan set generator atau kuasa solar bagi memastikan kemudahan ini dapat dinikmati seluruh penduduk di kawasan terpencil terutamanya. Kementerian juga akan mengutamakan penyediaan bekalan air bersih dan air yang dirawat khususnya bagi kemudahan penduduk di luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Sabtu, 24 Oktober 2009
Kerajaan Bina 50,000 Rumah PPRT Menjelang 2012
Kerajaan akan membina 50,000 buah rumah perumahan rakyat termiskin (PPRT) di seluruh negara di bawah peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan dijangka siap menjelang 2012, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Di bawah NKRA, sebanyak RM12 bilion diperuntukkan khusus bagi menyediakan projek rumah PPRT berkenaan selain projek jalan raya, bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar. Rumah PPRT bernilai RM33,000 bagi setiap unit di Semenanjung Malaysia dan RM44,000 di Sabah dan Sarawak, akan diberikan secara percuma tanpa ada sewa atau bayaran apa-apa kerana kita telah kenalpasti mereka daripada golongan miskin. Kementerian juga membentuk satu jawatankuasa khas di peringkat negeri-negeri untuk mengenal pasti tanah-tanah yang sesuai untuk didirikan rumah PPRT ini kelak. Pembinaan 1,500 kilometer jalan raya di Sabah dan Sarawak serta kerja-kerja penurapan jalan yang terletak lima kilometer daripada jalan bertar di Semenanjung Malaysia telah dimulakan dan dijangka siap tiga tahun lagi. Sebelum ini kebanyakan penduduk terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kemudahan jalan dan terpaksa menggunakan alternatif lain seperti bot bagi membolehkan mereka membawa hasil pengeluaran atau menghantar anak ke sekolah. Kementerian juga akan menggunakan pendekatan teknologi yang baru di mana kawasan-kawasan yang tidak ada bekalan elektrik yang mencukupi, akan disediakan set generator atau kuasa solar bagi memastikan kemudahan ini dapat dinikmati seluruh penduduk di kawasan terpencil terutamanya. Kementerian juga akan mengutamakan penyediaan bekalan air bersih dan air yang dirawat khususnya bagi kemudahan penduduk di luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.Jumaat, 16 Oktober 2009
Jangan Eksploitasi Kaedah Pemilihan Baru

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada anggota Umno supaya tidak mengeksploitasi kaedah baru pemilihan jawatan dalam parti. Presiden Umno itu berkata walaupun sistem pemilihan jawatan itu lebih ketat, namun ia menjurus kepada anggota parti untuk membuat perubahan supaya menjadi lebih baik."Kita nak ubah manusia, susah. Jadi kita buat satu sistem yang lebih ketat supaya orang buat perubahan. Lambat laun mereka ini jadi orang baik, insya-Allah."Saya beritahu, jangan sekali-kali merosakkan, mengeksploitasikan sistem yang baru ini. Kita serius, jangan...minta maaf. Kalau cuba (lakukan) alamat masing-masing tanggung (padahnya)," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2009.
Kaedah pemilihan baru yang menuntut anggota Umno membuat perubahan adalah bagi menampilkan imej Umno yang bersih, berintegriti dan disenangi oleh rakyat. Bila rakyat lihat Umno, parti ini betul-betul nak tolong, nak bantu, nak jadi juara kepada rakyat. Bukan kalut dan berbalah sesama kita."Bukan kita nak dapatkan kontrak...boleh, tetapi kita mesti boleh buat kerja. Saya nak Umno menjadi juara kepada rakyat," katanya.Dalam pada itu, beliau cukup yakin Umno kini sudah bersedia untuk membuat perubahan dan berjaya sebagai sebuah parti yang kuat. Keyakinannya itu berdasarkan kepada semangat "luar biasa" yang ditunjukkan pemimpin Umno ketika menghadiri Perhimpunan Agung Umno kali ini."
Saya katakan perhimpunan agung kali ini antara yang terbaik sejak saya mula menghadirinya pada 1976 kerana saya melihat, kita telah menghadapi ujian yang begitu besar dan selama setahun saya agak gusar, gundah gulana hati saya melihat sama ada anggota parti sudah pulih daripada segi semangat."Sudah boleh bangkit semula atau tidak? Sudah sedar atau pun tidak? Sudah benar-benar insaf atau tidak. Maka hari ini apabila saya berdiri di hadapan tuan-tuan, segala kesangsian itu sudah luput sama sekali."Saya berani katakan dan cukup yakin bahawa Umno pada saat dan ketika ini bersedia untuk bangkit, bangun sebagai satu kekuatan baru," katanya.Bagi memastikan Umno menjadi kuat, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota Umno supaya membuang kelakuan atau perangai yang tidak baik dan perubahan itu tidak semestinya melibatkan peruntukan.
"Kalau berubah dari malas jadi rajin, tak perlu peruntukan. Kalau siang, malam turun bawah jumpa rakyat, tak perlu peruntukan, dia boleh kerja."Selepas itu kalau dia jenis sombong, sekarang dia bersifat rendah diri, tidak perlu peruntukan. Kalau dia suka berdebat kepada suka bekerja. Tetapi kalau nak tambah aktiviti atau program, kita sanggup beri peruntukan tambahan," katanya.Dalam pada itu, Najib melihat semangat anggota Umno berkobar-kobar untuk membuat perubahan bagi memastikan parti itu menjadi lebih kuat."Saya nak tanya adakah tuan-tuan bersedia untuk berubah, bekerja, mendekati rakyat, jadi parti yang kuat, berkhidmat untuk rakyat," soalnya, disambut laungan "Ya" oleh hadirin di Dewan Merdeka, tempat berlangsungnya perhimpunan."Jadi kita sudah bersedia, semboyan sudah berbunyi. Marilah kita bingkas bersama...ke desa, kota sebarkan Umno. Kuatkan semangat kita untuk berjuang habis-habisan. Insya-Allah Umno akan menjadi parti yang kuat dan berjaya," katanya.
Sabtu, 10 Oktober 2009
Sambutan Hari Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin di semua peringkat harus bertanggungjawab untuk menyebarkan maksud sambutan Hari Malaysia agar tidak akan luput ditelan zaman. Satu peristiwa yang sangat bersejarah dan bermakna telah dicatatkan apabila Persekutuan Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi satu negara akibat keputusan pemimpin terdahulu, yang disokong oleh rakyat ketiga-tiga wilayah kira-kira 46 tahun lalu.Hari Malaysia ini besar ertinya kerana apabila Sarawak dan Sabah bersetuju untuk bergabung dan merdeka dalam Malaysia, maka keputusan itu telah membawa perubahan yang amat besar dan pada hari ini kedua negeri ini lebih makmur dan selamat di bawah naungan berkenaan. Turut hadir pada sambutan perayaan, berkonsepkan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahudin Abang Barieng, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Buat pertama kalinya Najib juga menyampaikan sijil dan cenderahati 52 tahun Merdeka kepada 10 tokoh, termasuk tiga orang masing-masing dari Sarawak, Sabah dan empat Semenanjung, yang telah menyumbang ke arah pembentukan Malaysia sebagai satu tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan. Disebalik meraikan sambutan Hari Malaysia, kita hendak membawa makna yang cukup besar, namun pada hakikatnya bukan semua rakyat Malaysia mengenali maksudnya," kata Najib sambil merujuk kepada satu tinjauan akhbar tempatan pada 15 Sept lepas yang mendapati hanya enam daripada 20 orang yang ditemuramah mengetahui ertinya. Malangnya tiga orang tidak tahu langsung mengenai Hari Malaysia manakala lapan lagi menyangka ia adalah Hari Kemerdekaan dan tiga menyatakan sambutan tersebut ada kaitan dengan gagasan 1Malaysia.
Mengenai gagasan berkenaan yang diperkenalkan beliau dalam pentadbirannya, Perdana Menteri berkata Sarawak dan Sabah merupakan kedua-dua negeri contoh terbaik bagi 1Malaysia. Kalau dilihat dari kaca lensa pembangunan mungkin Semenanjung mendahului Sarawak dan Sabah tetapi jika dilihat dari segi perpaduan kedua-dua negeri itu telah menzahirkan muafakat yang kukuh yang wajar menjadi contoh dan teladan negeri lain. Bayangkan Bumi Kenyalang ini dengan 23 kumpulan etnik dan suku kaum yang hidup dalam keadaan aman dan harmonis selama ini dan tentulah ini merupakan contoh bagaimana mereka amat menghayati semangat dan prinsip 1Malaysia.
Beliau memberi jaminan bahawa kemampuan Sarawak untuk mencerminkan semangat dan prinsip berkenaan akan menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan bagi menyumbang ke arah pembangunan dalam mewujudkan perseimbangan yang lebih nyata dan menyeluruh di antara ketiga-tiga wilayah - Sarawak, Sabah dan Semananjung. Malah sejak Dato Seri Najib mengambil alih tampok kepimpinan, beliau telah mulakan lawatan ke negeri Sarawak dan memastikan tidak tertumpu kepada bandar utama seperti Kuching, Sibu atau Miri. Malah kampung pedalaman seperti Kampung Pichin pun saya telah melawat untuk melihat sendiri keadaan di situ. Menurutnya beliau akan meneruskan semangat untuk membuat tinjauan ke peringkat akar umbi di seluruh pelusok Sarawak dari semasa ke semasa.
"Samada kita merupakan sebahagian daripada kumpulan besar atau sub-etnik kecil kita akan merasa satu kebanggaan dalam satu ikatan dan satu keluarga bahawa kita akan melakukan yang terbaik untuk negara Malaysia kita ini apabila meniup semangat 1Malaysia," kata Perdana Menteri.
Lebih Banyak Program Berkonsep 1Malaysia Untuk Kaum Minoriti

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan lebih banyak program berkonsepkan 1Malaysia untuk kaum minoriti di negara ini khasnya di Sabah dan Sarawak. Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata program itu seperti program kebudayaan, gotong-royong dan aktiviti sosial bersama yang melibatkan pelbagai kaum termasuk kaum minoriti.
Kalau di Semananjung Malaysia ada program untuk Orang Asli dan di Sarawak juga mahu kaum minoriti seperti kaum Penan turut sama dalam program praktikal seperti dalam kenduri kampung, kebudayaan dan gotong-royong. Program yang menjurus kepada pembabitan kaum-kaum minoriti itu penting bagi memastikan mereka tidak berasa terasing dan disisihkan daripada gagasan 1Malaysia. Mengenai penganugerahan khas kepada 10 rakyat Malaysia iaitu empat dari Semenanjung dan masing-masing tiga dari Sabah dan Sarawak yang telah memberi sumbangan melalui karya masing-masing. Jumlah penerima anugerah itu akan ditambah tahun depan. Mana-mana pihak yang tidak tersenarai tidak seharusnya berasa tersisih kerana ini merupakan tahun pertama sambutan 1Malaysia diadakan dan tahun depan majlis yang lebih besar dijangka dianjurkan.
Sementara itu, Dr Rais berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti telefon, internet dan sistem jalur lebar untuk memastikan semua rakyat dapat akses kepada kemudahan itu. Pendapat bahawa kawasan bandar diberi keutamaan dalam kemudahan teknologi maklumat (IT) berbanding kawasan luar bandar sebenarnya tidak berlaku. Ada empat syarikat yang telahpun berjanji kepada kerajaan untuk menyediakan kemudahan jalur lebar termasuk kemudahan wayarles khasnya di Sabah dan Sarawak dan kita akan pastikan syarikat ini meneruskan operasi mereka seperti menyediakan kemudahan WiMax-Kebolehoperasian Global Capaian Gelombang Mikro di luar bandar juga.
Khamis, 8 Oktober 2009
Kerajaan Pusat Jamin Infrastruktur Sekolah Luar Bandar Akan Terus Ditingkatkan
Kerajaan pusat akan terus komited untuk meningkatkan tahap infrastruktur sekolah luar bandar di Sarawak bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan di kawasan itu. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan pusat telah membelanjakan RM1.4 bilion untuk membiayai projek pembangunan pendidikan Sarawak. Ini menjadikan Sarawak antara negeri tertinggi mendapat pembiayaan projek-projek pembangunan pendidikan di negara ini.Kerajaan pusat telah berusaha memastikan semua sekolah di luar bandar di Sarawak mendapat bekalan eletrik dalam RMK-9 apabila 367 buah sekolah dibekalkan dengan janakuasa eletrik yang beroperasi 24 jam dan 62 buah sekolah mendapat bekalan eletrik melalui sambungan awam iaitu bekalan dari pihak yang menyediakan bekalan eletrik. Pada hari ini, seluruh
sekolah di Sarawak telah mendapat bekalan eletrik. Mengenai SMK Kuching High, beliau berkata, sekolah tersebut membuktikan kejayaan sistem pendidikan kebangsaan walaupun sejarah sekolah tersebut bermula sebagai sekolah persendirian Cina.
sekolah di Sarawak telah mendapat bekalan eletrik. Mengenai SMK Kuching High, beliau berkata, sekolah tersebut membuktikan kejayaan sistem pendidikan kebangsaan walaupun sejarah sekolah tersebut bermula sebagai sekolah persendirian Cina.SMK Kuching High adalah sekolah yang pada asalnya merupakan sekolah persendirian Cina yang bersetuju mengikuti sistem pendidikan kebangsaan dan mengguna pakai kurikulum kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Dengan menyertai sistem pendidikan kebangsaan, sekolah ini telah mendapat banyak manfaat dari segi bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk pembangunan akademik dan kurikulum. Secara keseluruhan 78 buah sekolah jenis itu di seluruh negara dan dalam RMK-9 ini sebanyak RM3.1 juta diperuntukkan bagi sekolah jenis tersebut berbanding RM750,000 dalam Rancangan Malaysia ke-8.Beliau memuji usaha pihak pengurusan sekolah tersebut yang berusaha untuk membina semula blok baru bangunan yang terbakar pada 2 Disember tahun lepas dengan mengunakan pelbagai inisiatif antaranya mengutip derma.
Selain peruntukan RM1.5 juta yang diberikan, Kementerian Pelajaran akan membantu menambah peruntukan pembinaan blok tersebut berdasarkan kaedah geran sepadan bagi membantu pihak pengurusan sekolah yang kini kekurangan RM2.1 juta untuk meneruskan pembinaan blok bangunan baru tersebut. Jikalau berjaya kutip RM1 kita akan sumbang RM1 dan sekiranya mendapat RM1 juta, Kementerian akan tambah RM1 juta menjadikan jumlah RM2 juta.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kerajaan negeri akan membantu pembinaan blok baru bangunan SMK Kuching High dengan memberi sumbangan sebanyak RM250,000 pada tahun ini dan meningkatkan lagi jumlah pada tahun seterusnya. Pengerusi Jawatankuasa pembinaan semula blok baru bangunan SMK Kuching High Kuek Eng Mong berkata, setakat ini sebanyak RM4.3 juta dapat dikutip hasil daripada sumbangan Kementerian Pelajaran, sumbangan dermawan dan penganjuran pelbagai aktiviti mengutip derma diadakan sepanjang tahun ini. Dipecahkan kepada tiga fasa, pembinaan semula itu melibatkan makmal sains, blok pentadbiran dan kelas dengan fasa pertama dijangka siap pada pertengahan tahun depan manakala fasa seterusnya bergantung kepada peruntukan kewangan.
Sabtu, 3 Oktober 2009
Tolak politik caci Sarawak
Keadaan politik di Sarawak tidak harus dipengaruhi oleh politik dari luar yang cuba untuk merosakkan keamanan dan kemakmuran negeri ini. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, rakyat negeri ini tidak harus membiarkan politik mencaci dan menyalahkan antara satu sama lain berlegar di negeri ini kerana takut permainan politik sebegitu boleh merosakkan Sarawak. Kita bukan bermaksud merendah-rendah keadaan politik dari luar tetapi kita ingin melihat disiplin yang wujud dalam negeri ini kekal dan kejayaan yang ada sekarang dapat mencapai tahap yang lebih tinggi supaya negeri ini dapat duduk sama tinggi dengan tempat yang lebih maju. Tumpuan kita juga bukanlah kerana duit dan untuk mendapat kekayaan sematamatanya kerana selalunya ia akan menghadirkan kekecewaan dan kekayaan pula tidak akan menjamin kebahagiaan. Disebabkan itu, pendekatan displin yang lebih teratur dalam membangunkan negeri dan rakyat harus dikekalkan.
Menurutnya, apa yang berlaku di Sarawak ialah keadaan negeri ini yang kini melalui fasa pembangunan yang baik. Justeru, bagi mengekalkan keadaan baik itu tindakan orang luar yang cuba mencaci dan merendah-rendahkan keadaan pembangunan dan rakyat di negeri harus ditentang supaya semangat rakyat untuk terus maju tidak luntur. Kerajaan ada perancangan yang rapi untuk membawa Sarawak menjadi sebuah negeri yang paling maju di Malaysia,” katanya dan menambah dengan pematuhan disiplin yang ada impian itu pasti akan tercapai mengikut aturan sosial yang betul. Rakyat semuanya sama taraf, dan kerajaan tidak membezakan serta memandang rendah rakyat Bandar dan luar bandar, namun mereka yang mempunyai kepandaian dan berusaha untuk maju akan menjadi modal besar kepada negeri ini.
"Kita tidak mahu apabila senang kita tidak peduli dengan orang lain yang susah. Dalam menjalankan semangat 1Malaysia masalah terpencil tidak harus dipinggirkan dan ia seharusnya ditangani bersama dalam masyarakat. Inilah asas politik kita, bukan untuk mengambil jawatan, kuasa dan duit. Perjuangan kita bermakna menolong orang yang dalam kesusahan dan menjadikan negara ini baik serta bersatu,” hujah beliau.
Begitupun Ketua Menteri melihat kejayaan konsep 1Malaysia sedikit terjejas berikutan munculnya politik yang merendah-rendahkan kekurangan rakyat di negeri ini. Keadaan rakyat di negeri ini sebenarnya tidak begitu dan kita tidak meminggirkan mereka. Masa depan ekonomi rakyat di negeri ini juga bertambah baik kerana hari ini bukan sahaja masyarakat Cina, malahan Bumiputera juga mampu menjadi jutawan. Disebabkan itu, katanya: “Jangan memandang keadaan rakyat di negeri ini dengan mata yang kabur dan hanya melihat yang jahat sahaja kerana apabila keupayaan rakyat direndah-rendahkan ia seolah-olah memperlihat rakyat gagal dan menghilangkan semangat mereka”.
RMK-10 Dibentuk Untuk Sedia Hadapi Krisis Ekonomi
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang disediakan untuk pelaksanaan pada 2011, akan mempunyai persediaan pengurusan risiko yang dibentuk untuk menghadapi ekonomi global yang semakin mencabar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.Selain daripada perancangan, ramalan dan unjuran yang akan dibuat, RMK-10 seharusnya berlainan daripada apa yang ada pada RMK-9. Kerajaan membentuk RMK-10 supaya ia lebih menyeluruh dan dapat membuat analisis risiko yang lebih mendalam. RMK-10 harus dilengkapi dengan persiapan menghadapi krisis ekonomi yang tidak dapat dijangka kerana ia dirancang dalam keadaan krisis ekonomi sekarang dan berbeza daripada RMK-9 yang rancang dalam satu keadaan yang ekonomi yang begitu baik. RMK-10 akan dilihat lebih komprehensif berbanding dengan RMK-9, untuk menghadapi cabaran ekonomi yang akan datang dari semasa ke semasa.
Sekarang merupakan masa persiapan terakhir kerajaan untuk rancang RMK-10 dengan tumpuannya terhadap pembangunan kawasan luar bandar. Pembangunan luar bandar itu termasuk menaik taraf jalan, kemudahan asas serta menyediakan infrastruktur pendidikan yang sempurna. Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan mula merantau dari negeri ke negeri untuk berjumpa dengan kerajaan negeri, ahli-ahli politik dan industri untuk meneliti tentang keperluan rakyat. Kerajaan akan mengambil masa kira-kira enam bulan bagi mendengar dan meneliti permintaan rakyat supaya RMK-10 ini dapat dinikmati oleh semua rakyat di negara.
Langgan:
Catatan (Atom)