Isnin, 8 Disember 2008

GEORGE CHAN TERUS MENARAJUI JAWATAN PRESIDEN SUPP

Jawatankuasa Pusat SUPP dalam mesyuaratnya pada 8.12.2008 memutuskan untuk mengutarakan usul memohon Presiden Parti SUPP Datuk Patinggi George Chan Hong Nam untuk terus memimpin parti pada Perhimpunan Perwakilan pada 13-14.12.2008 yang akan datang. Usul ini telah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa Pusat SUPP dan kini menunggu kelulusan sepenuhnya dari para perwakilan. Setiausaha Agung SUPP Datuk Sim Kheng Hui menyeru supaya semua ahli perwakilan menyokong usul tersebut, dan juga menguatkan perpaduan dan bersatupadu untuk menghadapi cabaran yang semakin memuncak, serta berusaha kuat untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap SUPP pada pilihan raya yang akan datang.

Tiada ulasan: