Jumaat, 22 Mei 2009

Kempen Pembangkang Halang Projek Kolej TAR Di Sarawak

Kempen pihak pembangkang dengan mendakwa kononnya berlaku rasuah ke atas pelaksanaan cadangan projek membina Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) di Bintangor merupakan sebab kenapa pendokong projek itu Tan Sri Ting Pek Khiing enggan meneruskannya. Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) berkata SUPP jelas menyokong pembinaan projek itu kerana sudah menjadi dasar parti itu dan Barisan Nasional (BN) menggalakkan sektor swasta supaya mengadakan institut pengajian tinggi yang boleh menawarkan kos pembiayaan belajar yang mampu ditanggung oleh masyarakat tempatan.



Malangnya, beliau diberitahu oleh Tan Sri Ting semasa dan selepas pilihan raya umum tahun lepas, terdapat kempen memburukkan dirinya yang dikatakan tidak jujur dan mengunakan cadangan pembinaan Kolej TAR untuk mendapat sokongan umum. Bagi memburukkan keadaan, calon DAP yang tewas dalam pilihan raya, Dr Wong Hua Seh, pada April tahun lalu memfail petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Sibu, dengan mendakwa Ting telah menggunakan cadangan pembinaan kolej tersebut sebagai "rasuah" semasa pilihan raya. Oleh itu sebarang perancangan atau pembangunan berhubung kolej tersebut selepas itu boleh dianggap sebagai subjudis semasa perbicaraan petisyen tersebut sementara Ting Tze Fui (DAP-Meradong) turut menyerang Ting yang kononya telah berbohong kepada rakyat.



Rakyat sendiri boleh menilai keadaan sebenarnya bahawa DAP yang menggagalkan cadangan projek tersebut, tetapi SUPP sebagai parti politik akan terus mencari alternatif lain untuk membantu rakyat di Meradong seperti mana parti itu dapat meyakinkan Universiti Curtin dan Universiti Swineburne dari Australia untuk mewujudkan kampus di Sarawak demi membangunkan modal insan di negeri itu. Tan Sri Ting juga telah mengulangi, sekiranya kerajaan BN meluluskan untuk membina kolej teknikal di Bintangor satu hari nanti, beliau akan menyumbang tanah untuk tujuan pendidikan.



Oleh itu PEMIMPIN DAP SARAWAK yang SABOTAJ dan MENGAGALKAN projek pembinaan Kolej TAR di Bintangor... bukan itu saja, sebelum ini mereka juga cuba mensabotaj pembinaan Sekolah Rendah Chung Hua No.2 untuk kepentingan politik... CUKUPLAH tomahan-tomahan yang telah dilontarkan, apakah parti DAP mahu melihat harta "pendidikan" yang diperjuangkan oleh nenek moyang masyarakat Cina LESAP dan HILANG begitu saja.......

Tiada ulasan: