Ahad, 20 Jun 2010

Pengerusi MPP Baru

Pelantikan Encik Lo Khere Chiang, berusia 50 tahun sebagai pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang baru tidak harus dijadikan isu perkauman sebaliknya diterima semua pihak dengan konsep 1Malaysia. Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata demi-kian ketika mengumumkan pelantikan Lo, seorang jurutera selepas dipersetujui Kabinet pada 17.6.2010.

Beliau menyeru orang ramai jangan bawa isu perkauman kepada pelantikan ini dan Encik Lo akan bekerja untuk semua orang. Jangan biarkan konsep 1Malaysia yang lama wujud di Sarawak musnah begitu sahaja hanya kerana ada pihak tertentu mahu mengeruhkan keadaan. Menurut Dr Chan, Encik Lo dilantik bukan berasaskan ‘warna kulit’ atau pengaruh dalam politik tetapi kelayakan dan kebolehan beliau khususnya dalam bidang kejuruteraan dan pentadbiran.

Situasi sama dengan pelantikan Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar. Sudah tentu kita cuba mendapatkan perwakilan untuk semua pihak tetapi jika tiada orang yang layak menjawat tugas tertentu. Encik Lo yang juga ahli majlis MPP bagi tempoh agak lama dipilih kerana diyakini boleh melaksanakan dan meneruskan projek pembangunan MPP secepat mungkin memandangkan beliau banyak mengetahui selok-belok pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu. Lo calon paling sesuai dan layak berdasarkan latar belakang serta kewibawaannya bukan kerana pengaruhnya dalam politik. Beliau hanya Setiausaha SUPP Cawangan Kota Sentosa. Jawatan pengerusi MPP kosong lebih dua bulan selepas penyandangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah Tan Joo Phoi dilantik Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri berkuat kuasa 2 April 2010.

Tiada ulasan: