Selasa, 27 Januari 2009

LION DANCE

Lion dance originated over 1500 years ago, the lion itself is not native to China. The first one was brought to China as a tribute during the reign of the Emperor Shun (126-145) of the Han dynasty. But China had no zoos, and very few people had actually seen a lion. So how did they go about imitating the lion in their dances?

"By looking at the animals around them" Chinese lion dance can be divided into two broad categories: The Northern style imatates the dog and the Southern the cat. The Northern or Beijing version is short, stocky and furry, much like an oversized Pekinese. It is mainly used by Chinese Circuses & acrobats entertaining audiences with their humor and mannerisms. There are two styles of Southern lion dance, one style is from Fujian and the other is from Guangdong (Canton). which is also the most popular. The Cantonese lion can be divided into two styles one is Foshan, which is very popular in Hong Kong and most Chinese communities around the World. The other is the Heshan, which is popular in Malaysia, Singapore and with competition teams.

Lion heads are constructed of papier-mache applied over a frame of wicker and rattan, some of the modern heads use aluminum and plastic in their construction. The heads are then painted different colours used to signfy different characters, but like women who wear make up so the heads have become more colourful. Here are the colours of the heads and which characters they signfy: Yellow - Liu Bei, Red - Guan Gong, Black - Zhang Fei .

Origin of Lion Dance
There are many stories about the origins of lion dance, here are the three most popular stories about the origin of lion dance:

THE LION AND THE NIAN
A long time ago a fierce creature (*Nian)appeared, which terrefied the villagers. No one could fight the Nian, so in despair the villagers asked the lion to help. The lion attacked the Nian and injuried it, the Nian vowed to take revenge. The Nian did return this time the lion was unable to help, so the people constructed an imitation lion out of bamboo & cloth. 2 men operated the lion while the rest of the people banged there pots & pans. When the Nian saw the lion and heard the commotion it ran away. The Villagers carried on with this tradition every year to scare away evil. *Nian in Chinese sounds like Year.

THE LION BREAKS THE ELEPHANT FORMATION
During the Sung Dynasty (420-479), the General Zhong Yue led an army south to quell the country of Lin Yi, located somewhere around Laos & Burma. The King of the Country used an "elephant formation" to stop the army's advance. But the general had an idea, having heard that all beasts submit to the lion. He ordered his subordinates to construct imitation lions and put them on the front line. As soon as the elephants saw them they scattered and Lin Yi submitted to the Sung.

THE LION SAVES AN EMPEROR
Legend has it that the Emperor had a dream one night in which he became separated from his army and lost, with no food or drink he began to panic. He then saw a strange looking animal that protected him and guided him back to the palace. the next morning, the Emperor described the dream to his ministers. One minister told the Emperor that the strange animal resembled a creature from the West, the Lion.

Ahad, 18 Januari 2009

Terima Kasih Kepada Pengundi Cina

Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat mengucapkan terima kasih kepada pengundi Cina di Kuala Terengganu yang kekal menyokong MCA dalam pilihanraya kecil pada 17.1.2009. Beliau turut berterima kasih kepada petugas kempen BN, terutamanya ahli-ahli MCA, yang berusaha tanpa mengenal penat lelah sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Walaupun keputusan pilihanraya kecil hari ini tidak memihak kepada BN, tetapi beliau tetap berterima kasih kepada pengundi Cina yang kekal bersama MCA dalam waktu yang sukar ini. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 32,881 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Bagaimanapun, sokongan pengundi Cina kepada BN sebenarnya telah meningkat, berbanding dengan pilihanraya umum Mac lalu. Dalam pilihanraya kecil ini, BN menang di semua empat peti undi yang majoriti pemilihnya terdiri daripada kaum Cina.
Keputusan pengundian

Pulau Kambing - BN (1,225 undi ) PAS (958 undi) Peratusan Mengundi (73%)
Kampung Cina - BN (1,125 undi) PAS (668 undi) Peratusan Mengundi (69%)
Paya Bunga - BN (921 undi) PAS (764 undi) Peratusan Mengundi (69%)
Pejabat Bandaran - BN (843 undi) PAS (681 undi) Peratusan Mengundi (66%)

Bagaimanapun, jumlah pengundi Cina yang keluar mengundi berkurangan berbanding dengan Mac dulu. Ianya merupakan faktor mengapa sokongan terhadap pembangkang merosot dalam pilihanraya kecil ini kerana sebilangan besar pengundi Cina di Kuala Terengganu bekerja di negeri-negeri lain.

PERUNTUKAN KHAS KEPADA SEKOLAH RENDAH

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong menyatakan Kementerian Pelajaran dalam proses untuk menetapkan dasar peruntukan tahunan sekolah rendah. Beliau menjelaskan dalam usaha penyaluran peruntukan pada tahun ini adalah satu usaha percubaan untuk menetapkannya sebagai dasar kementerian. Ianya adalah usaha terulung sekali dilaksanakan dan penyaluran adalah terus kepada lembaga pengurusan sekolah, dan perlaksanaan dasar baru ini adalah memuaskan. Beliau mengharapkan ianya dapat diteruskan pada masa akan datang dan juga berharap pihak lembaga pengurusan sekolah dapat menggunakannya dengan baik. Kementerian akan meneruskan usaha untuk mendapatkan peruntukan dari Kementerian Perbendaharaan.



Harapan masyarakat Cina supaya kerajaan memperuntukkan peruntukan tahunan kepada sekolah rendah aliran Cina kini telah direalisasikan. Negeri Sarawak merupakan penerima peruntukaan yang kedua besar di mana Sabah dan Sarawak memperolehi 40% dari jumlah peruntukkan tersebut. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan peruntukaan khas RM18,820,000 kepada sekolah Cina, sekolah keagamaan Kristian, sekolah menengah swasta Cina dan sekolah menengah kerajaan yang memanfaatkan 202 buah sekolah di Negeri Sarawak. Termasuk juga peruntukan RM15,000,000 yang telah dimohon oleh Parti SUPP pada tahun lepas untuk 176 buah sekolah. Permindahan Sekolah Rendah Chung Hua No.2 telah memperolehi peruntukan yang paling besar iaitu RM1,500,000. Oleh itu masyarakat Cina hendaklah berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa berperihatin dengan pendidikan semua kaum. Tidak seperti ahli politik yang juga wakil rakyat dari parti pembangkang yang hanya melaung-laungkan kenyataan menyeru kerajaan bantu tetapi sendiri tidak menderma sesen pun kepada pendidikan.

Isnin, 12 Januari 2009

BANJIR KILAT DI BANDARAYA KUCHING.....

Masyarakat Cina di sekitar Bandaraya Kuching sedang membuat persiapan untuk meraikan Tahun Baru Cina, namun kesibukan ini meningkat apabila berlakunya banjir kilat pada 11-12.1.2009 yang serius sehingga ramai mangsa terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan, sementara mereka yang mengalami keadaan banjir yang tidak serius terpaksa berjaga-jaga di rumah masing-masing. Mereka terpaksa memindahkan barangan mereka ke kawasan yang lebih tinggi. Perasaan mereka terganggu berikutan keadaan yang tidak menentu dan tahap air pasang-surut yang tinggi dari 9-17.1.2009 dan dari 25.1.2009-1.2.2009.

Saya yang juga terlibat dalam kerja permindahan, terpaksa melalui kawasan banjir sedalam 3 kaki untuk meninjau keadaan kawasan dan memberi bantuan, walaupun terdapatnya pelbagai rintangan yang membahayakan. Yang teruk sekali adalah pada waktu malam, di mana keadaan kawasan yang dibanjiri gelap dan susah untuk kita mengenalpasti jalan, parit dan juga binatang merbahaya seperti ular. Kawasan yang dibanjiri air terpaksa diputuskan bekalan letrik demi untuk keselamatan penduduk kawasan. Pasukan penyelamat sukarela yang terdiri daripada pemuda SUPP dan RELA telah bertungkus lumus untuk masuk ke kawasan banjir di sekitar kawasan Sungai Maong untuk memberi bantuan kepada penduduk kawasan.

Saya berasa simpati dengan mereka yang baru menyiap rumah untuk meraikan Tahun Baru Cina terpaksa membuangkan segala barang persiapan termasuk perkakas rumah yang baru dibeli yang telah buruk akibat kejadian banjir kilat tersebut. Selain daripada itu, pelajar sekolah terpaksa berehat kerana sekolah yang dibajiri air dan sekolah yang dijadikan pusat permidahan terpaksa ditutup. Ada juga segelintir ibubapa yang marah dengan penggunanaan sekolah sebagai pusat permindahan kerana memandang berat terhadap pelajaran anak mereka, namun apakah mereka ini sudah hilang keperihatinan mereka kepada mangsa banjir yang lapar dan tak ada tempat berteduh.
Selain daripada kerja menyelamat dan pemindahan, saya dan rakan saya terpaksa mencarikan bantuan makanan untuk mangsa banjir. Mujur usaha kami direstui oleh tuhan dan pelbagai pihak telah menyampaikan bantuan. Seluruh jentera SUPP telah keluar untuk membantu..

Tetapi ke mana perginya ahli politik DAP dan PKR... yang selama ini pandai menunjol jari, wajah mereka tidak nampak, ke mana mereka pergi??? tidak keluar untuk membantu rakyat dalam keadaan yang merbahaya, mungkin mereka ini tidur nyeyak di rumah... dan hanya keluar tunjuk jari selepas banjir.... Inikah wakil rakyat yang kita mahu?????

Sabtu, 10 Januari 2009

PENDIRIAN YANG TIDAK MENENTU PARTI DAP

Ramai yang mempersoalkan pendirian DAP berkempen untuk PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu sedangkan parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud. Kenyataan Pengerusi DAP yang membantah pelaksanaan hukum hudud sebelum ini, bercanggah dengan tindakan parti itu sendiri yang membantu PAS berkempen pada pilihanraya kecil kali ini. "Kalau DAP anggap dirinya mempunyai kredibiliti, DAP perlu memaklumkan kepada rakyat apa pendirian sebenar mereka. Rakyat berhak tahu apa sebenar yang terjadi. Karpal juga mempersoalkan kenyataan Penasihat PKR yang menjelaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara, adalah mengelirukan. Karpal dilaporkan meminta Presiden PAS membuat penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS hanya terpakai kepada orang Islam atau juga melibatkan mereka yang bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam.

PAS sebenarnya takut hendak menjelaskan sama ada pelaksanaan hukum hudud hanya tertakluk kepada mereka yang beragama Islam dan hanya menggunakan parti pembangkang lain seperti DAP and PKR untuk membuat penjelasan yang tidak mencerminkan hasrat sebenar PAS dalam perkara itu. Ini terbukti, apabila PAS memerintah Terengganu pada 1999 sehingga 2004, meluluskan Rang Undang-Undang mengenai pelaksanaan hukum hudud walaupun menyedari hakikatnya ia tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan Parlimen. Bila tak dapat dilaksanakan, rakyat Terengganu berhak nak tahu apa sudah jadi. Apa yang berlaku di sebaliknya, pakatan R sememangnya tidak sepakat terutamanya dalam menyelesaikan isu sensitif.

Khamis, 1 Januari 2009

AZAM BARU

2008 telah berlalu, kini kita melangkah ke tahun baru 2009, permulaan tekad dan azam baru. Namun kita harus mengimbas kembali segala perkara pahit dan manis yang telah berlaku pada tahun 2008 sebagai iktibar dan pengalaman untuk meningkatkan produktif kita pada tahun baru 2009. Tidak dapat dinafikan semua yang kita alami dan pelajari adalah hasil dari sejarah yang kita lalui.

Pada tahun 2008, berlakunya pelbagai perkara yang tidak diduga yang kini dimasukkan dalam sejarah. Antaranya Negara China dengan berjayanya menganjurkan Olympik 2008, bencana gempa bumi di Sze Chuan, Negara China yang menerima bantuan dari seluruh pelusuk dunia, kemenangan Obama untuk menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat yang menyaksikan perubahan minda rakyat Amerika Syarikat yang mahukan perubahan dan tidak lagi berpegang kepada isu perkauman, penangkapan bekas Presiden Taiwan yang terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan, tsunami Pilihan Raya 8 Mac yang menyaksikan BN kehilangan teraju 4 kerajaan negeri selain daripada Kelantan dan juga gagal mempertahankan majoriti 2/3, penutupan kilang elektronik Western Digital berikutan penjimatan kos akibat krisis ekonomi sedunia dan banyak lagi. Semua ini boleh kita jadikan sebagai bahan rujukan sejarah, yang baiknya kita amalkan, dan yang buruknya kita cuba hindarkannya.

Yang utamanya ialah krisis ekonomi dunia yang mengancam segala urusan kehidupan harian kita, kita hendaklah berusaha kuat untuk mengamalkan penjimatan dalam kehidupan harian kita serta meningkatkan produktiviti kerja kita. Dalam keadaan krisis ekonomi ini, kestabilan politik dalam negeri Sarawak dan Malaysia hendaklah dipertahankan dan diperkuatkan lagi. Kestabilan ekonomi akan membawa perpaduan kaum dan keamanan negeri dan negara. Segala usaha untuk mengucar-kacirkan senario politik di negeri Sarawak dan Malaysia hendaklah dibanteras dengan segera, khususnya ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dari Semenanjung Malaysia yang sentiasa datang ke negeri ini kononnya untuk merampas teraju kerajaan pada pilihan raya yang akan datang.

Kita lihat apa yang berlaku di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan di Semenanjung Malaysia, rakyatnya menderita kerana kerajaan PR tidak pandai untuk mentadbir negeri keran tidak pandai menjana dana kewangan, pembangunan infrastruktur di sesetengah kawasan telah diberhentikan, peratusan penganggur juga meningkat. PAS pula mempertahankan pendiriannya untuk melaksanakan undang "HUDUD" setelah menerajui kerajaan. Oleh itu marilah kita mempertahankan kestabilan politik negeri kita dan menghalau katak-katak politik dari semenanjung yang cuba mengancam keamanan negeri kita.