2008 telah berlalu, kini kita melangkah ke tahun baru 2009, permulaan tekad dan azam baru. Namun kita harus mengimbas kembali segala perkara pahit dan manis yang telah berlaku pada tahun 2008 sebagai iktibar dan pengalaman untuk meningkatkan produktif kita pada tahun baru 2009. Tidak dapat dinafikan semua yang kita alami dan pelajari adalah hasil dari sejarah yang kita lalui.
Yang utamanya ialah krisis ekonomi dunia yang mengancam segala urusan kehidupan harian kita, kita hendaklah berusaha kuat untuk mengamalkan penjimatan dalam kehidupan harian kita serta meningkatkan produktiviti kerja kita. Dalam keadaan krisis ekonomi ini, kestabilan politik dalam negeri Sarawak dan Malaysia hendaklah dipertahankan dan diperkuatkan lagi. Kestabilan ekonomi akan membawa perpaduan kaum dan keamanan negeri dan negara. Segala usaha untuk mengucar-kacirkan senario politik di negeri Sarawak dan Malaysia hendaklah dibanteras dengan segera, khususnya ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dari Semenanjung Malaysia yang sentiasa datang ke negeri ini kononnya untuk merampas teraju kerajaan pada pilihan raya yang akan datang.
Kita lihat apa yang berlaku di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan di Semenanjung Malaysia, rakyatnya menderita kerana kerajaan PR tidak pandai untuk mentadbir negeri keran tidak pandai menjana dana kewangan, pembangunan infrastruktur di sesetengah kawasan telah diberhentikan, peratusan penganggur juga meningkat. PAS pula mempertahankan pendiriannya untuk melaksanakan undang "HUDUD" setelah menerajui kerajaan. Oleh itu marilah kita mempertahankan kestabilan politik negeri kita dan menghalau katak-katak politik dari semenanjung yang cuba mengancam keamanan negeri kita.
Pada tahun 2008, berlakunya pelbagai perkara yang tidak diduga yang kini dimasukkan dalam sejarah. Antaranya Negara China dengan berjayanya menganjurkan Olympik 2008, bencana gempa bumi di Sze Chuan, Negara China yang menerima bantuan dari seluruh pelusuk dunia, kemenangan Obama untuk menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat yang menyaksikan perubahan minda rakyat Amerika Syarikat yang mahukan perubahan dan tidak lagi berpegang kepada isu perkauman, penangkapan bekas Presiden Taiwan yang terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan, tsunami Pilihan Raya 8 Mac yang menyaksikan BN kehilangan teraju 4 kerajaan negeri selain daripada Kelantan dan juga gagal mempertahankan majoriti 2/3, penutupan kilang elektronik Western Digital berikutan penjimatan kos akibat krisis ekonomi sedunia dan banyak lagi. Semua ini boleh kita jadikan sebagai bahan rujukan sejarah, yang baiknya kita amalkan, dan yang buruknya kita cuba hindarkannya.
Yang utamanya ialah krisis ekonomi dunia yang mengancam segala urusan kehidupan harian kita, kita hendaklah berusaha kuat untuk mengamalkan penjimatan dalam kehidupan harian kita serta meningkatkan produktiviti kerja kita. Dalam keadaan krisis ekonomi ini, kestabilan politik dalam negeri Sarawak dan Malaysia hendaklah dipertahankan dan diperkuatkan lagi. Kestabilan ekonomi akan membawa perpaduan kaum dan keamanan negeri dan negara. Segala usaha untuk mengucar-kacirkan senario politik di negeri Sarawak dan Malaysia hendaklah dibanteras dengan segera, khususnya ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dari Semenanjung Malaysia yang sentiasa datang ke negeri ini kononnya untuk merampas teraju kerajaan pada pilihan raya yang akan datang.
Kita lihat apa yang berlaku di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan di Semenanjung Malaysia, rakyatnya menderita kerana kerajaan PR tidak pandai untuk mentadbir negeri keran tidak pandai menjana dana kewangan, pembangunan infrastruktur di sesetengah kawasan telah diberhentikan, peratusan penganggur juga meningkat. PAS pula mempertahankan pendiriannya untuk melaksanakan undang "HUDUD" setelah menerajui kerajaan. Oleh itu marilah kita mempertahankan kestabilan politik negeri kita dan menghalau katak-katak politik dari semenanjung yang cuba mengancam keamanan negeri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan