Isnin, 12 Januari 2009

BANJIR KILAT DI BANDARAYA KUCHING.....

Masyarakat Cina di sekitar Bandaraya Kuching sedang membuat persiapan untuk meraikan Tahun Baru Cina, namun kesibukan ini meningkat apabila berlakunya banjir kilat pada 11-12.1.2009 yang serius sehingga ramai mangsa terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan, sementara mereka yang mengalami keadaan banjir yang tidak serius terpaksa berjaga-jaga di rumah masing-masing. Mereka terpaksa memindahkan barangan mereka ke kawasan yang lebih tinggi. Perasaan mereka terganggu berikutan keadaan yang tidak menentu dan tahap air pasang-surut yang tinggi dari 9-17.1.2009 dan dari 25.1.2009-1.2.2009.

Saya yang juga terlibat dalam kerja permindahan, terpaksa melalui kawasan banjir sedalam 3 kaki untuk meninjau keadaan kawasan dan memberi bantuan, walaupun terdapatnya pelbagai rintangan yang membahayakan. Yang teruk sekali adalah pada waktu malam, di mana keadaan kawasan yang dibanjiri gelap dan susah untuk kita mengenalpasti jalan, parit dan juga binatang merbahaya seperti ular. Kawasan yang dibanjiri air terpaksa diputuskan bekalan letrik demi untuk keselamatan penduduk kawasan. Pasukan penyelamat sukarela yang terdiri daripada pemuda SUPP dan RELA telah bertungkus lumus untuk masuk ke kawasan banjir di sekitar kawasan Sungai Maong untuk memberi bantuan kepada penduduk kawasan.

Saya berasa simpati dengan mereka yang baru menyiap rumah untuk meraikan Tahun Baru Cina terpaksa membuangkan segala barang persiapan termasuk perkakas rumah yang baru dibeli yang telah buruk akibat kejadian banjir kilat tersebut. Selain daripada itu, pelajar sekolah terpaksa berehat kerana sekolah yang dibajiri air dan sekolah yang dijadikan pusat permidahan terpaksa ditutup. Ada juga segelintir ibubapa yang marah dengan penggunanaan sekolah sebagai pusat permindahan kerana memandang berat terhadap pelajaran anak mereka, namun apakah mereka ini sudah hilang keperihatinan mereka kepada mangsa banjir yang lapar dan tak ada tempat berteduh.
Selain daripada kerja menyelamat dan pemindahan, saya dan rakan saya terpaksa mencarikan bantuan makanan untuk mangsa banjir. Mujur usaha kami direstui oleh tuhan dan pelbagai pihak telah menyampaikan bantuan. Seluruh jentera SUPP telah keluar untuk membantu..

Tetapi ke mana perginya ahli politik DAP dan PKR... yang selama ini pandai menunjol jari, wajah mereka tidak nampak, ke mana mereka pergi??? tidak keluar untuk membantu rakyat dalam keadaan yang merbahaya, mungkin mereka ini tidur nyeyak di rumah... dan hanya keluar tunjuk jari selepas banjir.... Inikah wakil rakyat yang kita mahu?????

Tiada ulasan: