Masyarakat India yang cintakan keamanan, tidak mempunyai sebarang masalah dengan tindakan kerajaan mengharamkan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf). Pengharaman itu bukannya terhadap kaum India atau agama Hindu. Masyarakat India dan penganut agama Hindu selama ini memberi kerjasama baik kepada kerajaan Malaysia.Kumpulan HINDRAF sejak kebelakangan ini telah bertukar menjadi kumpulan ektremis. Mereka telah mencetuskan kebencian terhadap kumpulan tertentu dalam masyarakat yang menyebabkan tindakan pengharaman diambil.
Walaupun pergerakan itu tidak pernah didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, bukan badan berdaftar, tetapi ia beroperasi seperti sebuah pertubuhan yang didaftar dan aktiviti mereka kini tidak sah lagi. Tindakan Hindraf semakin ekstrim di mana kumpulan tersebut telah menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada 1 Oktober lalu untuk menyuarakan bantahan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pengharaman Hindraf dilakukuan berasaskan fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak. Hindraf menjadi tumpuan umum tahun lalu selepas memperjuangkan isu-isu membabitkan perobohan kuil di negara ini. November lalu, ia menganjurkan perhimpunan yang dihadiri oleh 30,000 orang di Kuala Lumpur untuk membantah peminggiran masyarakat India di Malaysia. Sebulan kemudiannya, lima pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA, yang membenarkan mereka ditahan tanpa bicara.Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy, yang kini tinggal di London, mengambil alih usaha menyelaraskan aktiviti pergerakan itu selepas ia diharamkan.
1 ulasan:
Despite warning, Hindraf still misbehaving. Immediate STERN Action should be taken or else people will be living in fear of Hindraf's distrubing.
Catat Ulasan