Selasa, 14 Oktober 2008

KERAJAAN MENURUNKAN HARGA MINYAK


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini. Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter; Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter. Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter. Kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu. Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.

1 ulasan:

Rebak Anyut berkata...

bagus la turun harga minyak.....berat sikit poket aku. dapat la aku kumpul duit untuk kahwin