Jabatan Penjara menyatakan layanan dan kemudahan asas yang diterima Raja Petra Kamarudin yang ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak adalah mengikut peraturan dan sama seperti mana yang diterima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lain.Pegawai Perhubungan Awam jabatan itu berkata layanan dan kemudahan asas yang disediakan itu tidak menimbulkan sebarang masalah dari segi kesihatan kepada tahanan lain."
Dakwaan berlakunya muntah dan cirit birit adalah tidak benar. Kejadian begini tidak berlaku sebaliknya Raja Petra ada memberitahu beliau mahu makan roti dan telur. Begitulah kenyataannya bagi menjelaskan berhubung satu artikel mengenai layanan yang diterima Raja Petra yang disiarkan melalui blog Malaysia Today pada 30 Sept lepas yang mengandungi isu memburukkan tempat tahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
Kos pembelian bahan makanan bagi menyediakan makanan tahanan ISA ialah RM5.07 sehari dan kos tersebut tidak termasuk kos upah, sumber tenaga dan peralatan lain. Makanan yang disediakan lima kali sehari berdasarkan diet seimbang yang diluluskan Kementerian Kesihatan dan setakat ini tiada tahanan lain yang sakit atau mengalami masalah dengan makanan tersebut. Permohonan untuk mengubah diet atau mendapatkan diet tambahan hanya boleh dilakukan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan antaranya faktor kesihatan serta mendapat pengesyoran daripada pegawai perubatan.
Raja Petra telah dibawa berjumpa pegawai perubatan dan setelah diperiksa beliau telah dibenarkan untuk dibekalkan diet yang dipinda iaitu roti, biskut dan telur. Keperluan-keperluan lain seperti gula, kopi, susu dan buah-buahan , marjerin dan kaya masih dibekalkan mengikut jadual yang disediakan. Talam yang digunakan untuk membekalkan makan tengah hari dan malam pula sentiasa bersih dan dicuci sendiri oleh tahanan. Raja Petra juga tidak ditempatkan secara pengurungan berasingan seperti yang terdapat dalam artikel tersebut sebaliknya penempatan tahanan adalah berdasarkan keperluan latihan.
Pada peringkat awal kemasukan, semua tahanan akan melalui program orientasi mengikut Plan Pembangunan Insan dan mereka akan ditempatkan di blok penempatan berasingan dari tahanan lama iaitu sepertimana yang dilakukan kepada Raja Petra. Pada ketika ini hanya Raja Petra seorang sahaja tahanan baru dan ini menyebabkan beliau ditempatkan berseorangan di tempat berkenaan. Bagaimanapun Raja Petra masih dibenarkan keluar bersenam dan mendapat keperluan-keperluan lain seperti rawatan, perjumpaan, mengikut program latihan dan urusan lain.
Oleh itu janganlah kita terpadaya dengan kenyatan yang tidak BENAR oleh pihak yang bertanggungjawab dan bermotif politik ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan