Dalam pada itu, pemilik hypermarket bersetuju mempertingkatkan program menggalakkan penjualan produk pertanian tempatan di premis masing-masing. Langkah itu sebagai usaha untuk mempertingkatkan lebih banyak lagi produk pertanian dan industri asas tani dijual di hypermarket dan dapat menembusi pasaran global melalui rangkaian mereka di luar negara. Mereka bersetuju berkongsi pangkalan data dengan kerajaan bagi mengetahui sejauh mana mereka mempromosi dan menjual produk pertanian dan industri asas tani serta produk yang diperlukan dalam kuantiti yang besar. Selain itu, pemilik berkenaan juga bersetuju memberikan latihan kepada pengusaha pertanian bagi memperbaiki aspek pembungkusan dan kualiti produk yang dipasarkan.
Rabu, 5 November 2008
Harga Siling Beras Dijangka Turun Minggu Ini
Kerajaan dijangka mengumumkan penurunan harga siling beras Super Special Tempatan (SST) lima peratus hancur dan beras SST 10 peratus hancur dalam minggu ini selaras dengan penurunan harga minyak dunia. Keputusan akan diambil selepas kajian semula harga siling beras dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi. Harga siling beras SST 15 peratus hancur masih kekal pada RM1.80 sekilogram kerana ia merupakan beras subsidi kerajaan yang harga sebenarnya RM2.30 sekilogram. Sabtu lalu, harga beras di pasaran tempatan diturunkan sebanyak 20 sen sekilogram di mana harga beras SST lima peratus hancur turun daripada RM2.80 kepada RM2.60 dan beras SST 10 peratus hancur RM2.70 kepada RM2.50 sekilogram.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan