Jumaat, 21 November 2008

KENYATAAN ABDUL RAZAK BAGINDA

Bekas penganalisa politik, Abdul Razak Baginda mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Malah, katanya, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah bertemu dengan Altantuya. Abdul Razak memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.Pihak mendakwa tidak memfail rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Abdul Razak.

Abdul Razak meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadap Najib dan Rosmah. Abdul Razak berkata, terlalu banyak fitnah yang dilemparkan kepada mereka berdua. Mereka yang menyebarkan fitnah itu tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sebenarnya tidak ada bukti.

Diminta mengulas gambar bersama Najib dan Altantuya yang tersebar luas di Internet, Abdul Razak berkata, sesiapa yang percaya terhadap kesahihan gambar itu "betul-betul BODOH (real idiot)."Beliau mendakwa pernah melihat gambar itu semasa ditahan di Penjaran Sungai Buloh.Tentang dakwaan Altantuya terlibat dengan rundingan senjata pada 2002, Abdul Razak berkata, berdasarkan fakta dan jarak masa, ia tiada pertalian.

Abdul Razak juga mendakwa, ada dua pihak yang didakwanya menyebarkan pandangan yang tidak berasaskan fakta - iaitu blogger dan pemberi pendapat yang tidak bertanggungjawab. Beliau mendakwa, mereka ini telah membuat interpretasi tanpa berasaskan fakta dan berdasarkan khabar angin. Oleh itu, beliau meminta mereka menghentikan perkara itu.

Beliau yang enggan menjelaskan secara spesifik siapakah blogger yang dimaksudkan itu berkata, blogger sekarang begitu berkuasa tetapi akhirnya "penulis blog tetap penulis blog" .Tambahnya lagi, semua orang boleh menjadi blogger termasuklah pemandu teksi. Abdul Razak juga meminta orang ramai supaya jangan mempercayai perkara itu yang yang disifatkannya sebagai satu penipuan. Ditanya mengenai hubungannya dengan Najib, Abdul Razak berkata beliau tidak mempunyai hubungan yang formal dengan Najib. Menurutnya, mereka sering bertukar buku dan berbincang mengenai apa yang mereka baca. Beliau juga yakin Najib akan menjadi perdana menteri yang baik. Abdul Razak berkata, sepanjang ditahan reman, beliau telah diberi layanan yang profesional.

OLEH ITU, JADILAH SEORANG BLOGGER YANG PROFESIONAL DAN BERTANGGUNGJAWAB.. KEBENARAN TERLETAK DI TANGAN ANDA...

Tiada ulasan: