Sabtu, 14 Februari 2009

Kerajaan Prihatin

Bantuan bencana sebanyak RM200 juta yang disediakan oleh Kerajaan Pusat setiap tahun, merupakan satu contoh terbaik keprihatinan kerajaan membantu rakyat menghadapi kesusahan. Wang ehsan itu digunakan untuk membaik pulih kemudahan dan prasarana dengan perbelanjaan terbesar tahun ini ialah bagi Sarawak, yang dilanda banjir teruk baru-baru ini.

Sejumlah RM200 juta dana semasa, setiap kali ia susut pihak kerjaan akan tambah dan akan lihat sama ada ia akan menjadi sebahagian daripada bajet mini yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Mac atau sebahagian daripada peruntukan khas.

Timbalan Perdana Menteri turut menyerahkan bantuan ehsan bencana alam kepada Residen Bahagian Miri, Limbang, Bintulu, Mukah dan Samarahan, yang mewakili 3,291 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan dan 28,947 lagi yang tinggal di rumah saudara mara.

Sejumlah kira-kira RM2.18 juta lagi diserahkan kepada 4,375 keluarga yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir dengan agihan sebanyak RM500 untuk sebuah keluarga.Pemilik 16 buah rumah yang musnah akibat bencana banjir ini juga menerima RM3,000 seorang bagi membolehkan mereka membaikpulih kediamannya. Sumbangan sebanyak RM3,000 sekeluarga turut disampaikan kepada empat keluarga yang kehilangan anggota keluarga mereka akibat banjir ini.

Kerajaan pusat akan mengkaji cadangan kerajaan negeri Sarawak untuk memberi bantuan ehsan berjumlah RM1,000 untuk setiap keluarga petani yang mengalami kemusnahan tanaman berikutan bencana banjir. Kerajaan juga sedang meneliti keperluan untuk membaik pulih kemudahan awam dan prasarana yang musnah atau rosak semasa banjir lepas di mana projek pemulihan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran dianggarkan berjumlah RM133 juta sementara projek segera di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan pula ditaksirkan bernilai RM115 juta. Dijangkakan kira-kira 10,000 keluarga petani mengalami kerugian hampir RM30 juta akibat banjir yang melanda bahagian ini. Akibat pemanasan global, perbelanjaan yang digunakan bagi memulihkan prasarana dan membantu mangsa banjir adalah amat besar dengan RM1.1 bilion dibelanjakan pada 2006 manakala RM900 juta pada 2007.

Di Malaysia, bila air pasang, kita di peringkat daerah menggerakkan jentera untuk membantu pihak polis, tentera dan badan-badan sukarela sehingga mereka yang dilanda banjir dapat diselamatkan dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Ini adalah jauh lebih baik daripada negara lain, termasuk Amerika Syarikat ketika kejadian Taufan Katrina melanda New Orleans sehingga mangsa bencana membuat bantahan bahawa mereka tidak mendapat bantuan daripada kerajaan mereka. Presiden Bush pada masa itu telah dikritik dengan begitu hebat kerana tidak dapat mewujudkan pentadbiran yang berkesan untuk membantu mangsa bencana alam itu.

Timbalan Perdana Menteri turut menyambut baik cadangan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam negeri Sarawak Tan Sri Dr George Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri untuk membantu peniaga kecil yang kerugian akibat bencana alam menerusi pemberian wang ehsan ataupun pinjaman bank. Kerajaan pusat akan membuat keputusan mengenai perkara itu sedikit masa lagi dan memaklumkannya kepada kerajaan negeri. Pihak kerajaan Pusat juga memandangkan serius masalah sekolah-sekolah yang sering dilanda banjir kerana keadaan geometri kawasan, kerajaan akan berusaha untuk memindahkan sekolah-sekolah ini ke kawasan yang lebih tinggi supaya tidak dilanda banjir dan persekolahan pelajar tidak terganggu.

Oleh warga Sarawak hendaklah menyokong penuh kerajaan BN yang berperihatin dan telah banyak membantu rakyat mengharungi segala masalah dan cabaran termasuk krisis ekonomi dunia, bencana alam. Janganlah terpengaruh dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas oleh ahli politik yang suka mencetuskan isu hanya semata-mata untuk kepentingan peribadi. Mereka ini seringkali membuat kenyataan akhbar sahaja dan publisiti TUNJUK SANA TUNJUK SINI tetapi akhirnya tidak mengambil tindakan yang praktikal untuk membantu rakyat. Sama-samalah kita memberikan sokongan yang penuh kepada Perdana Menteri dan Kerajaan BN untuk memastikan negara kita terus membangun dan terus maju walaupun mengalami pelbagai cabaran yang rumit.

Kerjasama dan sokongan rakyat jelata amatlah diperlukan untuk bersatupadu mengharungi cabaran krisis ekonomi dunia yang semakin serius.

Tiada ulasan: