Jumaat, 6 Februari 2009

WAJAH SEBENAR PAKATAN**

Suasana kecoh di depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, disebakan bantahan ribuan penyokong Pakatan Rakyat terhadap menteri besar baru Perak memaksa polis melepaskan gas pemedih mata berkali-kali. Sebahagian daripada 3,000 penunjuk perasaan itu membaling objek ke arah kenderaan-kenderaan rasmi pemimpin BN yang menuju ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah Datuk Dr Zambry Abd Kadir. Mereka juga berbaring di atas jalan, cuba menghalang kenderaan-kenderaan berkenaan.


Apa yang menyedihkan mereka juga mempergunakan golongan wanita, wargatua dan pelajar dalam perhimpunan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat, untuk merempuh halangan polis di pintu depan luar kawasan masjid. Suasana tidak menentu antara penyokong Pakatan Rakyat itu dengan polis memaksa pihak berwajib melepaskan lagi gas-gas pemedih mata sehingga kawasan itu diliputi asap tebal. Wajarkah perbuatan sebegini dibuat untuk membantah majlis sumpah tersebut? Wajarkah golongan pelajar, wanita dan wargatua dilibatkan?

Mengapakah perbuatan lompat parti yang dilaung-laungkan oleh defektor PKR dalam agenda 916, kini pula dikatakan tidak betul, dan tidak bermoral? Yang realitinya, kerajaan Pakatan telah gagal mempertahankan mojoriti kerusi sehinggakan kehilangan tampuk kerajaan Perak. Dan mereka hendaklah menerimanya dan bukannya menimbulkan huru-hara di sana- sini untuk kepentingan pakatan sahaja. Keadaan huru-hara akan memburukkan keadaan ekonomi di negeri tersebut dan kehidupan rakyat juga terancam.


Keadaan yang berlaku di PErak mencerminkan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan hanya untuk kepentingan beberapa orang pemimpin tertinggi parti PKR, DAP dan PAS, dan mereka yang mengambil keputusan keluar parti telah meluahkan ketidakpuasan mereka kerana dipinggirkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut. Wakil-wakil rakyat yang keluar dari pakatan kini adalah wakil rakyat BEBAS dan mereka ini tidak lompat parti.... Mereka hanya menyokong penubuhan kerajaan BN.

Rakyat Sarawak hendaklah waspada dengan perbuatan Pakatan Rakyat yang boleh memudaratkan dan mengancam keamanan negeri dan kehidupan rakyat. Renunglah dan fikirkanlah.... Adakah kita mahu hidup dalam keadaan yang politik yang tidak stabil dan seringkali berlakunya huru-hara? Kadar pengangguran meningkat? Keselamatan terancam?

Tiada ulasan: