Kerajaan kekal komited untuk membasmi kemiskinan dalam strategi pembangunannya, di mana pengenalan bank data 'e-kasih' merupakan mekanisma penting bagi perancangan strategik, pelaksanaan dan pemantauan program-program untuk membasmi keiskinan, terutama kemiskinan tegar.
Sistem itu bukan hanya boleh digunakan sebagai bank data, tapi juga bagi memantau status kemiskinan di seluruh negeri secara online. Kerajaan juga akan memulakan 'Poverty Mapping Programme' bagi membolehkan ia mengenal pasti kawasan-kawasan yang 'terpinggir' dan menyalurkan bantuan infrastruktur serta perkhidmatan khusus buat mereka yang memerlukan.
Semua keluarga miskin digalakkan mendaftar di bawah program e-kasih bagi membolehkan kerajaan memeriksa dan mengesahkan mereka didalam kumpulan miskin dan program itu akan disatukan dengan sistem 'e-kasih' sebaik sahaja ia disiapkan. Agensi-agensi kerajaan juga perlu bekerjasama rapat dengan pihak-pihak lain dalam menangani kemiskinan, terutama di kawasan bandar.
Terdapat beberapa kriteria tertentu bagi mengenal pasti individu yang layak untuk mendapat bantuan, kebanyakannya merujuk kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, wargatua, orang kurang upaya, di samping yang miskin. Proses verifikasi akan dilakukan oleh jabatan statistik bagi mengenal pasti mereka yang layak untuk berada dalam kumpulan miskin ini sebelum bantuan dapat disalurkan. Awal minggu ini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan program Jaringan Keselamatan Sosial Malaysia khusus bagi membantu golongan miskin. Abdullah dipetik sebagai berkata jumlah golongan miskin meningkat sejak kebelakangan ini ekoran krisis ekonomi global. Oleh itu, sama-samalah kita membantu golongan miskin dan mendaftar mereka dalam sistem e-kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan