Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata kerajaan sedia mendengar pandangan semua pihak berhubung cadangan pelaksanan sistem penapisan kandungan internet. Walaupun dasar tidak mengadakan sekatan ke atas kandungan internet dikekalkan namun banyak pihak terutama ibu bapa berpandangan bahawa perlu ada kawalan terhadap laman-laman web lucah dan pornografi. Walau bagaimanapun hal-hal yang mengandungi lucah atau berkaitan dengan keganasan maka kita harus berbincang bagaimana untuk mengawal bagi mengelak mereka terjebak dalam melayari laman-laman web lucah dan tidak selaras dengan moral. Beliau menyokong pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan Malaysia tetap kekal dengan dasar tidak mengadakan sekatan ke atas kandungan Internet di negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak fikir kerajaan akan menapis kandungan internet dan percaya dasar itu akan terus dikekalkan. Beliau berkata kita mestilah berani untuk berhadapan dan berdebat dengan mereka mengenai isu-isu dasar dan sekiranya ada kelemahan dan kecacatan (berhubung dasar internet), memang kita alu-alukan kritikan kerana kerajaan tidak menyekat kebebasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan