Jumaat, 14 Ogos 2009

Pertengkaran Terbuka Jejas Imej Kerajaan Dan BN

Pertengkaran terbuka antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai isu kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedua-dua pemImbang Penuhimpin mesti memahami hakikat itu sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap satu sama lain di media. Pada masa ini semua dibuat secara terbuka. Kedua-dua mereka mengeluarkan kenyataan.



Kedua-dua mereka telah membuat dakwaan dan laporan polis. Keadaan itu tidak membantu membaiki imej kerajaan dan mereka sepatutnya berhenti daripada menceritakan perihal dalaman kepada umum kerana ada banyak cara untuk mereka menyelesaikan isu itu. Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya lebih tahu. Mereka sepatutnya menunjukkan teladan dan biar rakyat menilainya. Adalah penting untuk mereka memahami keadaan ini. Mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan.



Kedua-dua pemimpin itu terbabit dalam pertengkaran secara terbuka mengenai isu PKFZ dengan Tiong mendakwa Ong, yang juga presiden MCA, menerima RM10 juta daripada Tiong, yang juga ketua eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, pemaju siap guna PKFZ. Ong membalas dakwaan itu dengan membuat laporan polis terhadap Tiong semalam dan kemudian mendedahkan kepada media bahawa beliau juga meminta peguamnya menghantar surat tuntutan.cTiong membuat dakwaan itu pada Rabu dengan mengatakan duit itu dibayar secara ansuran tiga kali tahun lepas untuk aktiviti MCA. Yang jelasnya ianya telah menjadi satu "SENJATA" kepada pembangkang untuk menjatuhkan imej BN. Kedua pemimpin BN hendaklah menghentikan penyebaran kepada pengetahuan umum dan menyelesaikan permasalahan dalam keluarga BN.

1 ulasan:

mack berkata...

Memang sudah menjadi lumrah kalau kena kat BN dia suruh tutup inikah pemimpin yang kita mahukan untuk menjaga khazanah negara kita rosaklah jawabnya.Rm 10 juta tu bukan sikit sampai PKZF rugi berbilion ringgit ini kerajaan cekap ker. LU FIKIRLAH SENDIRI WAHAI BN