Dalam zaman ICT ini, maklumat-maklumat mudah diperolehi melalui laman web, begitulah yang dilakukan oleh saya setiap hari. Banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui laman web khususnya dalam web kementerian dan jabatan, selain daripada maklumat semasa, ada juga ruangan ADUAN/KOMEN yang memudahkan orang ramai membuat aduan atau pertanyaan mengenai sistem penyampaian sektor awam. Halaman tersebut diwujudkan untuk mengumpul masalah yang dihadapi oleh rakyat dan juga sebagai pendekatan untuk memperkemaskinikan dan mengukuhkan sistem penyampaian sektor awam. Adalah jelas dasar-dasar sedia ada memanfaatkan rakyat, namun masalah segelintir kecil pegawai sektor awam yang tidak beretika dan cuai menimbulkan ketidakpuasan rakyat terhadap kerajaan.
Rakyat perlu menampilkan masalah yang wujud untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan sektor awam di mana gaji pekerja sektor awam telah dinaikkan....
Contohnya, ramai yang tidak tahu tentang sistem perkhidmatan penghantaran mayat di Hospital Umum Sarawak (HUS), dan seringkali kita dengar keluarga si mayat terpaksa mencari perkhidmatan mengangkut mayat dari luar sedangkan perkhidmatan tersebut disediakan oleh pihak hospital. Pengalaman pada 15.8.2008 yang lalu menimbulkan pertanyaan saya terhadap sistem penyampaian HUS, mengapa kereta mayat HUS tidak boleh menghantar mayat ke rumah si mayat yang melebihi 7 batu dari Kuching????? sedangkan rumah si mayat terletak di Batu 13. Ketika itu keluarga si mayat juga tidak tahu pegawai kanan HUS yang boleh dihubungi untuk membantu.....
Setelah saya membuat pertanyaan melalui laman web kementerian kesihatan, saya telah mengenali siapa yang boleh dihubungi dan juga maklumat berhubung perkhidmatan penghantaran mayat.
Pihak HUS mempunyai sebuah van khas untuk menghantar mayat ke rumah keluarga. Mengikut prosedur, penghantaran mayat tidak dilakukan dengan ambulans tetapi dengan kadar bayaran, 0.35/km seperti yang dinyatakan dalam Akta Fee (Perubatan) 1982 Jadual H (i) dan (ii). Jarak maksimun penghantaran adalah 800km dari HUS.
Jelas kenyataan oleh pegawai perubatan pada 15.8.2008 bercanggah dengan Akta yang sedia ada, satu contoh untuk kita renungi.... saya telah sarankan supaya maklumat ini dipaparkan atau disiarkan untuk makluman pengunjung HUS....
Begitu juga dengan banyak perkhidmatan-perkhidmatan sektor awam yang lain yang pernah saya layari laman webnya .... TIDAK SALAH UNTUK BERTANYA SESUATU YANG TIDAK DIKETAHUI. TETAPI KAMU HENDAKLAH BERKONGSI MAKLUMAT TERSEBUT DENGAN MEREKA YANG TIDAK FAHAM...SUPAYA TIDAK DIPUTAR BELIT OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB....