Keputusan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menutup pusat perjudian haram DA MA CAI di negeri Sarawak adalah tepat pada masanya, kerana pusat perjudian haram milik Pan Malaysian Pools Sendirian Berhad telah beroperasi secara haram tanpa kelulusan kerajaan negeri.
Usaha ini juga sejajar dengan memorandum persatuan tempatan yang mengesa kerajaan untuk mengurangkan aktiviti perjudian di Negeri Sarawak yang telah menimbulkan pelbagai masalah sosial. Langkah ini dapat mengurangkan pembaziran oleh para pejudi khususnya dalam menghadapi bebanan kehidupan harian yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak global. Saya juga menyokong cadangan bilangan hari cabutan untuk pusat perjudian yang berlesen 3 hari dikurangkan kepada 2 hari untuk mendidik rakyat berjimat. Adalah sukar untuk menghapuskan budaya perjudian ini, namun kerajaan telah melangkah selangkah. Bukanlah senang untuk memperolehi pendapatan dengan kerja yang susah, tetapi jumlah pendapatan boleh lenyap begitu sahaja untuk membeli kertas-kertas yang menjanjikan hadiah/habuan lumayan tetapi bergantung kepada NASIB...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan