Polis Negeri Sarawak dalam beberapa sesi ceramahnya di sekolah-sekolah menyatakan bahawa 80% kes jenayah adalah disebabkan kecuaian individu, Polis menyarankan tugasan pencegahan jenayah hendaklah bermula dari individu, yang merupakan asas kepada kejadian jenayah. Individu seharusnya menjaga harta mereka dengan baik. Kejadian jenayah boleh dikurangkan sekiranya setiap individi memainkan peranannya, "PENCEGAHAN ADALAH LEBIH BERKESAN DARI PENYELESAIAN MASALAH".
Seramai 1333 penjenayah telah ditangkap pada tahun 2007 dan mereka yang berumur 25 tahun ke bawah adalah 25% daripada angka tersebut. Indeks jenayah juga menunjukkan setiap hari ada 9 orang murid yang terlibat dalam kes jenayah atau kegiatan haram, dan kebanyakannya adalah murid darjah 6 dan sekolah menengah, membuktikan kes jenayah belia semakin meningkat. Sebab utama adalah belia mudah dipengaruhi oleh sahabat dan keadaan persekitaran yang tidak baik, juga keinginan untuk mengetahui dan mencuba serta kurangnya kasih sayang keluarga.
Begitu juga dengan kes penyalahgunaan dadah yang melibatkan belia, di mana pihak polis telah menangkap 153 penagih dadah. Ada juga yang dipengaruhi oleh pengedar dadah untuk menjual dadah kononnya untuk mendapatkan habuan yang baik.
Oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk memastikan golongan belia yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara hindar dari kegiatan yang tidak diingini dengan melibatkan mereka dalam aktiviti ko-korikulum yang berfaedah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan