Isnin, 15 September 2008

Puppet Show September 16




Menurut kenyataan Malaysia Kini seramai 20,000 penyokong pakatan pembangkang yang hadir di Stadium Kelana Jaya semalam untuk meraikan hari penubuhan Malaysia yang dianjurkan oleh pakatan rakyat hanya untuk mendengar bukti dan fakta pertukaran kerajaan baru pada 16 September. Namun sepertimana yang dijangkakan, fikiran mereka telah terpukau dan melopong kononnya pakatan rakyat akan menawan Putrajaya pada hari ini kerana adanya katak politik melompat. Puppet master gerakan ini telah tampil 'skrip baru' untuk menutup malunya tidak dapat mengotakan janji beliau yang ditayangkan sejak enam bulan yang lalu, dan beliau mengakui pelannya terpaksa diubah dan ditangguhkan kerana isu katak melompat tidak jadi.. walaupun ramai puppet pakatan telah memberi kenyataan telah memperolehi majoriti Ahli Parlimen yang cukup..

Yang jelas kerajaan Barisan Nasional yang ada 140 kerusi di Parlimen berbanding 82 kerusi pembangkang masih kekal dan terus memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat walaupun dalam keadaan senario politik yang tidak stabil berikutan penerbitan beberapa "puppet show" sejak kebelakangan ini. Diharapkan semua pihak dapat memberhentikan permainan politik ini dan mengutamakan usaha untuk membantu rakyat mengharungi keadaan peningkatan kos kehidupan harian berikutan perubahan harga minyak sedunia yang tidak menentu.

1 ulasan:

zewt berkata...

memang... turunkan harga minyak... itu yang paling penting sekarang.