Khamis, 28 Mei 2009

SELAMAT HARI GAWAI


SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI BUAT SEMUA BLOGGER BERBANGSA DAYAK DI SARAWAK... GAYU GURU GERAI NYAMAI...

Jumaat, 22 Mei 2009

RM3.678 bilion bina jalan

Sejumlah RM3.678 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek pembinaan jalan raya di negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Daripada jumlah itu, RM2.108 bilion akan disalurkan untuk projek jalan raya di bawah Kementerian Kerja Raya. Manakala RM1.57 bilion lagi, katanya diperuntukkan untuk program jalan raya negeri yang diluluskan bagi pembangunan jalan raya di negeri ini. Setakat April tahun ini, kira-kira RM1.539 bilion telah dibelanjakan untuk Projek Jalan Persekutuan manakala RM901.49 juta untuk Projek Jalan Negeri.
Kerajaan Negeri Sarawak yakin pada penghujung RMK9, dapat menggunakan kebanyakan peruntukan yang diluluskan bagi projek jalan raya. Di bawah RMK9 penekanan juga diberikan untuk menaik taraf jalan sedia ada bagi menyediakan sistem jalan yang berstandard tinggi dan lebih selamat. Keutamaan juga diberikan untuk meningkatkan jalan-jalan di kawasan trafik sibuk dan kawasan kerap kemalangan.

Terdapat 68 projek diluluskan di bawah Program Jalan Persekutuan dalam RMK9 untuk dilaksanakan. Setakat ini, 38 projek sudah siap sementara yang lain masih berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan. Projek-projek besar sedang dalam pembinaan ialah pembinaan jalan akses ke pusat pentadbiran persekutuan yang dicadangakn di Rambungan dari Petra Jaya, pembinaan Jalan Bawang Assan/Seredang, pembinaan Jalan Kuala Balingian/Kuala Serupai (Bintulu), pembinaan jalan akses dari Tanjung Assam ke Kampung Keranji di Betong, pembinaan jalan akses dari Kota Samarahan ke Jalan Lubok Punggor/Lubok Trenggas/Gumpey di Samarahan, pembinaan jalan akses dari Awat Awat ke Punang di Lawas dan pembinaan jalan Long Teru ke Long Lama di Miri.

Antara projek menaik taraf ialah Jalan Kuching-Sibu yang dinaikkan taraf daripada jalan dua lorong menjadi empat lorong bagi jarak di antara simpang Jalan Jalau ke simpang Jalan Lapangan Terbang Sibu, kerja-kerja penambahbaikan jalan antara kilometer (km) 67 ke km 68 Jalan Kuching-Lundu sedang dijalankan, membaiki bahagian Bukit Genting di sepanjang Jalan Serian-Sri Aman, penambahbaikan jalan di Bukit Begunan dan menaik taraf Jalan Mambong-Sejingkat.

Sebanyak tujuh jambatan kini masih dalam pembinaan iaitu Jambatan Pulau Batang Loba (Mukah), Jambatan Batang Belawai (Mukah), Jambatan Sungai Pelasan (Betong), Jambatan Batang Trusan (Limbang), Jambatan Batang Lawas (Limbang), Jambatan Sungai Menyan (Sibu) dan Jambatan Sungai Pedai (Sibu).

Bagi reka bentuk jalan baru, jalan akses sejauh 19 km akan dibina dari Ng Nai ke Kampung Tanjung Mulong dan Kampung Bruit (Mukah), jalan akses sejauh 25 km dari Lawas ke Long Sukang (Limbang), jalan sejauh 15 km dari Ulu Paku ke Ulu Kota (Betong), jalan sejauh 25 km dari Marudi ke Sungai Dehin termasuk Jambatan Sungai Tutoh (Miri) dan jalan sejauh 15 km dari Ulu Sebauh ke Sungai Genaan (Bintulu).

Mengenai program jalan penghubung, jalan-jalan juga akan dibina di bawah program jalan penghubung negeri bagi meningkatkan rangkaian jalan sedia ada di negeri ini. Beberapa jalan baru dan dinaik taraf akan dijalankan di bawah program ini. Di bawah RMK9, sebanyak 124 projek merangkumi 117 projek-projek sambungan dan tujuh projek baru telah diluluskan untuk pelaksanaan. Setakat ini, 74 daripadanya sudah sudah siap manakala selebihnya masih dalam pelaksanaan.

Projek-projek besar sedang dijalankan ialah menaik taraf jalan akses ke Mukah dari simpang Jalan Sibu-Bintulu ke simpang Jalan Matadeng, menaik taraf fasa tiga Jalan Ulu Layar ke Ng Tiga (Betong), pembinaan jalan penghubung dari sempadan Malaysia-Indonesia ke Depo Kelulusan Pedalaman Tebedu, pembinaan jalan tepi sungai Semariang, pembinaan fasa satu Jalan Pakan/Ulu Julau/Ulu Kota dan penggantian jambatan majlis sementara di negeri ini.

Jenayah ancam ekonomi


Jenayah merupakan faktor ketiga daripada 15 faktor yang paling bermasalah dalam menjalankan perniagaan. Dua faktor utama yang paling bermasalah untuk menjalankan perniagaan ialah birokrasi kerajaan yang tidak cekap dan gejala rasuah. Ini bukan sahaja menunjukkan jenayah menimbulkan ancaman kepada keselamatan sosial tetapi juga menyumbang secara langsung kepada kerugian ekonomi.

Usaha untuk membendung jenayah memerlukan kerjasama antara masyarakat dengan pihak berkuasa (polis). Justeru itu, usaha memastikan masyarakat selamat membabitkan lebih daripada sekadar mencegah jenayah dan huru-hara, tetapi yang penting masyarakat juga harus mewujudkan perubahan sosial dan ekonomi. Memandangkan jenayah terus berlaku terutama pada waktu kegawatan ekonomi sekarang, penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak memadai untuk menangani jenayah. Sehubungan itu, kerajaan perlu mempromosikan program dan dasar sosial yang berkesan dalam membendung masalah ini. Usaha untuk membanteras jenayah adalah berdasarkan dua pendekatan iaitu kadar segera dan jangka panjang.

Untuk kadar segera, rangka kerja yang boleh dilaksanakan harus wujud yang membolehkan semua pihak relevan dan pelbagai lapisan masyarakat untuk bekerjasama secara bersepadu dalam memastikan persekitaran selamat tanpa jenayah. Sementara bagi jangka panjang, punca jenayah perlu dikenal pasti dan dikaji. Faktornya mungkin bersifat ekonomi, sosial atau psikologi.

Sikap masyarakat yang hanya mengharapkan pihak polis sahaja untuk menangani jenayah tidak akan mencapai hasil yang diingini. Kebanyakan masyarakat kini masih menyangka menangani jenayah adalah kewajipan pihak polis. Mereka harus memikirkan kenyataan bahawa tugas mencegah jenayah adalah tanggungjawab bersama dan dengan itu jenayah akan dapat ditangani dengan efektif. Oleh itu marilah berusaha dan bekerjasama dengan agensi terlibat untuk mengurangkan kejadian jenayah di kawasan anda....

Kempen Pembangkang Halang Projek Kolej TAR Di Sarawak

Kempen pihak pembangkang dengan mendakwa kononnya berlaku rasuah ke atas pelaksanaan cadangan projek membina Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) di Bintangor merupakan sebab kenapa pendokong projek itu Tan Sri Ting Pek Khiing enggan meneruskannya. Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) berkata SUPP jelas menyokong pembinaan projek itu kerana sudah menjadi dasar parti itu dan Barisan Nasional (BN) menggalakkan sektor swasta supaya mengadakan institut pengajian tinggi yang boleh menawarkan kos pembiayaan belajar yang mampu ditanggung oleh masyarakat tempatan.



Malangnya, beliau diberitahu oleh Tan Sri Ting semasa dan selepas pilihan raya umum tahun lepas, terdapat kempen memburukkan dirinya yang dikatakan tidak jujur dan mengunakan cadangan pembinaan Kolej TAR untuk mendapat sokongan umum. Bagi memburukkan keadaan, calon DAP yang tewas dalam pilihan raya, Dr Wong Hua Seh, pada April tahun lalu memfail petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Sibu, dengan mendakwa Ting telah menggunakan cadangan pembinaan kolej tersebut sebagai "rasuah" semasa pilihan raya. Oleh itu sebarang perancangan atau pembangunan berhubung kolej tersebut selepas itu boleh dianggap sebagai subjudis semasa perbicaraan petisyen tersebut sementara Ting Tze Fui (DAP-Meradong) turut menyerang Ting yang kononya telah berbohong kepada rakyat.



Rakyat sendiri boleh menilai keadaan sebenarnya bahawa DAP yang menggagalkan cadangan projek tersebut, tetapi SUPP sebagai parti politik akan terus mencari alternatif lain untuk membantu rakyat di Meradong seperti mana parti itu dapat meyakinkan Universiti Curtin dan Universiti Swineburne dari Australia untuk mewujudkan kampus di Sarawak demi membangunkan modal insan di negeri itu. Tan Sri Ting juga telah mengulangi, sekiranya kerajaan BN meluluskan untuk membina kolej teknikal di Bintangor satu hari nanti, beliau akan menyumbang tanah untuk tujuan pendidikan.



Oleh itu PEMIMPIN DAP SARAWAK yang SABOTAJ dan MENGAGALKAN projek pembinaan Kolej TAR di Bintangor... bukan itu saja, sebelum ini mereka juga cuba mensabotaj pembinaan Sekolah Rendah Chung Hua No.2 untuk kepentingan politik... CUKUPLAH tomahan-tomahan yang telah dilontarkan, apakah parti DAP mahu melihat harta "pendidikan" yang diperjuangkan oleh nenek moyang masyarakat Cina LESAP dan HILANG begitu saja.......