Isnin, 29 September 2008

KELAJUAN MENGUNDANG MAUT

BERDASARKAN satu kajian pada 1985 mendapati jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya berpotensi dikurangkan sebanyak 85 peratus jika masalah berpunca daripada penunggang dan pembonceng motosikal dapat diatasi. Ini kerana golongan ini adalah penyumbang terbesar kepada statistik kemalangan dan kematian sepanjang tahun terutama menjelang musim perayaan utama. Kenapa masalah ini berlaku sedangkan di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Timur Tengah, kadar kemalangan motosikal sangat rendah. Logiknya cukup mudah, mereka menggunakan motosikal berkuasa tinggi yang mementingkan aspek keselamatan sedangkan di Asia Tenggara termasuk Malaysia serta negara China dan India, kebanyakan motosikal adalah jenis ‘kapcai’ iaitu motosikal berkuasa kurang 250 cc.

Oleh itu Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah tingkatkan kempen kesedaran menunggang pada had laju 60 kilometer sejam untuk penunggang motosikal. Kerana pada kelajuan itu, apabila berlaku sebarang kecemasan, penunggang masih mampu mengelak atau mengawal motosikal.

Kedua, jika masih terlanggar, impak kelajuannya masih rendah iaitu kira-kira 40 kilometer sejam dan ketiga, mereka masih dilindungi daripada kecederaan parah.Jika menunggang pada kelajuan 70 kilometer sejam, risikonya meningkat sekali ganda. Setiap hari, direkodkan 12 hingga 13 penunggang atau pembonceng motosikal maut akibat kemalangan. Daripada jumlah itu, 20 hingga 30 orang akan menjadi OKU (Orang Kurang Upaya)..adakah ini yang diinginkan?
Juga disarankan menggunakan topi keledar berkualiti yang diiktiraf Sirim Berhad dan memakainya secara betul. Bagi pemanduan pada waktu malam, mereka diwajibkan memakai pakaian mempunyai bahan pantulan cahaya supaya kedudukan dan pergerakan mereka mudah dilihat pengguna lain.
Tip: Topi keledar
*Jangan mencelah antara kenderaan kerana ia meningkatkan risiko kepada diri dan kenderaan lain .

*Topi keledar digalakkan diganti sekiranya melebihi usia lima tahun atau pernah terhentak dalam kemalangan.

*Sentiasa memakai dan mengikat topi keledar dengan betul.

*Elakkan daripada menggunakan keledar separuh atau 'topi kura-kura' yang dijual pada harga RM20 hingga RM35 kerana membahayakan pengguna jika berlaku kemalangan.

BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.....

MERCUN "MEMBUNUH"

ADIK Mohd Nur Amzar menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, semalam selepas hampir separuh mukanya melecur terkena letupan mercun. Beliau nyaris buta selepas terkena letupan mercun bola di rumahnya di Alor Merah malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa dikatakan meleraikan mercun itu sebelum menyalakannya menyebabkan api menyambar mukanya. Letupan itu mengakibatkan mata Mohd Nur Amzar bengkak dan kabur, manakala hampir separuh mukanya melecur.

"Pada mulanya saya sangka mercun itu tidak menyala, tetapi tiba-tiba ia meletup terkena muka hingga menyebabkan penglihatan saya kabur."

Ayahnya seringkali melarang anak bongsunya itu bermain mercun tetapi tidak diendahkan. "Saya tidak tahu di mana dan bila dia beli mercun itu. Kalau saya tahu sudah tentu saya tidak akan benarkannya bermain mercun," katanya.

MERCUN satu "alat hiburan" yang meletup dan merbahaya kepada mereka yang menyalahgunakannya. Kerajaan telah melarang kemasukan barangan ini ke negara dan hanya dibenarkan kepada syarikat pengurus program kebesaran sahaja.

Mengapakah mercun dan bunga api masih terdapat di pasaran? Mengapa pula pihak ibu bapa tidak memantau anak mereka sehinggakan mereka ini membeli mercun dan bunga api tanpa pengetahuan ibu bapa... Di sekolah juga guru juga mengajar murid betapa bahayanya mercun. Namun budak-budak sekolah ini masih mahu bermain kononnya kawannya ajak mereka bermain bersama. Ada segelintir ibu bapa pula yang membeli kononnya sayang kepada anak mereka, tetapi selalunya berlakunya kejadian tidak diingini. BEGITULAH yang sering terpapar dalam akhbar atau berita radio dan TV menjelangnya hari perayaan... ramai yang menjadi mangsa dan tidak siapa yang mahu mengaku kesalahan dan seringkali menunjuk jari terhadap orang lain.

SEBENARNYA semua ini boleh dihindarkan, Ibu Bapa hendaklah mengawasi pergerakan anak mereka menjelang hari perayaan khususnya dalam permainan mercun atau bunga api yang merbahaya, mereka juga hendaklah melaporkan kepada pihak penguatkuasa sekiranya adanya peniaga yang menjual barang larangan ini. Ibu bapa diingatkan jangan membeli mercun atau bunga api untuk anak mereka demi untuk keselamatan anak-anak mereka. Mereka bolehlah menggantikannya dengan buku-buku atau hadiah-hadiah yang lebih berfaedah dengan harga yang berpatutan, berbanding dengan harga mercun dan bunga api yang MAHAL...

Rabu, 24 September 2008

PEMBAYARAN ELAUN WAKIL RAKYAT

Perkataan "ELAUN" merupakan pendapatan sampingan ramai pekerja tidak kira dari sektor swasta atau awam. ELAUN hanya diberikan berpandukan kerja-kerja yang telah dilakukan dan mereka yang tidak melakukan kerja sepertimana yang diarah atau ponteng sememangnya tidak akan dibayar..

Begitulah reaksi saya setelah membaca kenyataan Yang Berhormat DAP KUCHING yang tidak dibayar elaun sejak beliau diambil tindakan tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN bulan Mei yang lalu dan persidanga yang akan datang... Pada pendapat saya beliau telah melanggar peraturan persidangan, dan memang wajib ELAUNnya tidak dibayar kerana beliau tidak dapat menghadiri persidangan. Bagaimana seorang yang tidak hadir boleh dibayar ELAUN..... Sudah tentu ianya akan menimbulkan kemarahan mereka yang hadir bertugas.

Yang saya hairan kenapa rakan-rakannya juga tonjol menyokong kenyataan beliau yang menyeru kerajaan membayar elaunnya.. Adakah mereka ini sudah kehilangan akal? Adakah mereka ini mengajak semua orang untuk menuntut bayaran elaun sedangkan tidak perlu membuat sebarang kerja... "Abang Ah Long juga perlu kerja untuk mendapatkan bayaran." MANA ADA DUIT YANG JATUH DARI LANGIT.

三聚氰胺(Melamine)

近期爆發的中國乳製品含三聚氰胺的事件,連日來已引起消費者的恐慌,大馬衛生部前天擴大進口相關食品的禁令,含有牛奶等成份的中國糖果與甜點,以及其他相關中國食品一律禁止進口,同時當局也要求進口商、代理商停止批發上述產品並儘速下架或回收。

三聚氰胺简介

俗稱:蛋白精
形狀:白色單斜晶體,幾乎無味,具毒性,
不可用於食品添加物
用途:常用於製造日用器皿、裝飾貼面板、織物整理劑等
最常見的產品:“美耐皿(又稱密胺碗)”塑料碗碟,
受熱後可能散發毒性
後果:腎結石,堵塞腎小管,
最終造成腎衰竭
初期治療:輕度結石可大量飲水不肖商人動機:添加在食品中以造成食品蛋白質含量較高的假象.

由於中國進口的乳製品種類繁多,已讓衛生部承受巨大壓力,如何儘速查明真相,加速食品檢驗,並讓消費者安心,無疑是政府公權力的一大考驗。中國乳製品含三聚氰胺究竟是哪一個輸送環節出問題,目前尚未查明,惟無論犯案動機為何,這種非法行為已引起中國及國際社會的恐慌,也導致中國乳製產品業者的慘重損失,國外包括大馬相關業者也叫苦連天。

對大馬而言,為使本案的影響層面降至最低限度,當務之急,除了儘速化驗並公佈含三聚氰胺中國進口乳製品的清單之外,也必須及時掌握相關產品的流向,並向社會大眾清楚交代;此外,衛生部食品安全和品質組應聯同港口檢疫單位,加強港口檢疫,將食品安檢工作做好。同時,大馬相關業者也應自律自清,若有不知情使用問題乳製品者,須將相關製品限期全部收回;尚未使用的問題乳製品,亦應交衛生部化驗處理。唯有業者不計短期損失,採負責的做法,才能徹底祛除消費者的疑慮,使本案的影響面不致繼續擴大。從此次中國問題乳製品事件也显现出政府對食品進口及衛生管理上的特别关注, 推动快速的危機處理體系。希望它们採取連串的強化管製功措施,强化目前食品安全法規,同時也應加強與外國的合作,協助提升符合國際規範的安全管理體系與檢驗設施。

Sabtu, 20 September 2008

霸权。。




Diktator.... Nak, nak...kita kena buangkan mereka yg cuba mengatasi kite.
Kite berjaya menjatuhkan Pinang, seterusnya kita kena rampas dan JAJAH Bumi Kenyalang..... nubuh empayar baru.... GREEdy FamilY!

PBase.com Host & Share Your PHOTO On Internet

A GREAT Website for photographers..... PBase.com. PBase was conceived in July of 1999 after observing countless camera wielding people that take cool photos but find it difficult to share their work.It was up and running by August,1999 at photobase.org with basic features. The primary mission of PBase is to be the best place on the web to display photos. Here are some photo from http://www.pbase.com/

Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Kita Bersama

Polis Negeri Sarawak dalam beberapa sesi ceramahnya di sekolah-sekolah menyatakan bahawa 80% kes jenayah adalah disebabkan kecuaian individu, Polis menyarankan tugasan pencegahan jenayah hendaklah bermula dari individu, yang merupakan asas kepada kejadian jenayah. Individu seharusnya menjaga harta mereka dengan baik. Kejadian jenayah boleh dikurangkan sekiranya setiap individi memainkan peranannya, "PENCEGAHAN ADALAH LEBIH BERKESAN DARI PENYELESAIAN MASALAH".
Seramai 1333 penjenayah telah ditangkap pada tahun 2007 dan mereka yang berumur 25 tahun ke bawah adalah 25% daripada angka tersebut. Indeks jenayah juga menunjukkan setiap hari ada 9 orang murid yang terlibat dalam kes jenayah atau kegiatan haram, dan kebanyakannya adalah murid darjah 6 dan sekolah menengah, membuktikan kes jenayah belia semakin meningkat. Sebab utama adalah belia mudah dipengaruhi oleh sahabat dan keadaan persekitaran yang tidak baik, juga keinginan untuk mengetahui dan mencuba serta kurangnya kasih sayang keluarga.

Begitu juga dengan kes penyalahgunaan dadah yang melibatkan belia, di mana pihak polis telah menangkap 153 penagih dadah. Ada juga yang dipengaruhi oleh pengedar dadah untuk menjual dadah kononnya untuk mendapatkan habuan yang baik.

Oleh itu sama-samalah kita berusaha untuk memastikan golongan belia yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara hindar dari kegiatan yang tidak diingini dengan melibatkan mereka dalam aktiviti ko-korikulum yang berfaedah.

Jumaat, 19 September 2008

使用热水器应注意事项


几天前发生了一宗住家浴室内热水器突然着火事件,所幸及时发现扑灭火势。今年五月份中国也发生了一宗热水器爆炸冲垮浴室天花板事件,所幸未造成任何伤亡。为了避免以上的事件发生,希望大家注意以下事项:

1。切忌在无水的状态下使用热水器,避免热水器在无水的情况下供电。

2。热水器在使用过一段时间后会有泥垢附著,使得热水器的部分热能无法散出容易损坏。因此建议在使用数年后,应定期更新此类电器。

3。在使用热水器前,须详阅说明书及注意项目,正确使用商品,才可避免灾害发生。

4。请专业合法的业者协助进行安装或维修。

Khamis, 18 September 2008

Pengutuhan Sistem Penyampaian Sektor Awam

Dalam zaman ICT ini, maklumat-maklumat mudah diperolehi melalui laman web, begitulah yang dilakukan oleh saya setiap hari. Banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui laman web khususnya dalam web kementerian dan jabatan, selain daripada maklumat semasa, ada juga ruangan ADUAN/KOMEN yang memudahkan orang ramai membuat aduan atau pertanyaan mengenai sistem penyampaian sektor awam. Halaman tersebut diwujudkan untuk mengumpul masalah yang dihadapi oleh rakyat dan juga sebagai pendekatan untuk memperkemaskinikan dan mengukuhkan sistem penyampaian sektor awam. Adalah jelas dasar-dasar sedia ada memanfaatkan rakyat, namun masalah segelintir kecil pegawai sektor awam yang tidak beretika dan cuai menimbulkan ketidakpuasan rakyat terhadap kerajaan.

Rakyat perlu menampilkan masalah yang wujud untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan sektor awam di mana gaji pekerja sektor awam telah dinaikkan....

Contohnya, ramai yang tidak tahu tentang sistem perkhidmatan penghantaran mayat di Hospital Umum Sarawak (HUS), dan seringkali kita dengar keluarga si mayat terpaksa mencari perkhidmatan mengangkut mayat dari luar sedangkan perkhidmatan tersebut disediakan oleh pihak hospital. Pengalaman pada 15.8.2008 yang lalu menimbulkan pertanyaan saya terhadap sistem penyampaian HUS, mengapa kereta mayat HUS tidak boleh menghantar mayat ke rumah si mayat yang melebihi 7 batu dari Kuching????? sedangkan rumah si mayat terletak di Batu 13. Ketika itu keluarga si mayat juga tidak tahu pegawai kanan HUS yang boleh dihubungi untuk membantu.....

Setelah saya membuat pertanyaan melalui laman web kementerian kesihatan, saya telah mengenali siapa yang boleh dihubungi dan juga maklumat berhubung perkhidmatan penghantaran mayat.

Pihak HUS mempunyai sebuah van khas untuk menghantar mayat ke rumah keluarga. Mengikut prosedur, penghantaran mayat tidak dilakukan dengan ambulans tetapi dengan kadar bayaran, 0.35/km seperti yang dinyatakan dalam Akta Fee (Perubatan) 1982 Jadual H (i) dan (ii). Jarak maksimun penghantaran adalah 800km dari HUS.

Jelas kenyataan oleh pegawai perubatan pada 15.8.2008 bercanggah dengan Akta yang sedia ada, satu contoh untuk kita renungi.... saya telah sarankan supaya maklumat ini dipaparkan atau disiarkan untuk makluman pengunjung HUS....

Begitu juga dengan banyak perkhidmatan-perkhidmatan sektor awam yang lain yang pernah saya layari laman webnya .... TIDAK SALAH UNTUK BERTANYA SESUATU YANG TIDAK DIKETAHUI. TETAPI KAMU HENDAKLAH BERKONGSI MAKLUMAT TERSEBUT DENGAN MEREKA YANG TIDAK FAHAM...SUPAYA TIDAK DIPUTAR BELIT OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB....

Selasa, 16 September 2008

"钱不够用2"反映现今社会写实


"钱不够用2"不但带给我们欢笑, 同时也启发了我们重视现今社会问题. “比没钱更穷的时候,你体验过吗?”特别是现今政经动荡的时候, 大家应该发挥勇往直前奋斗的精神。


该剧刻画不同阶层小市民心声的生活点滴, 所面对文化社会课题如税收、泊车固本、政府政策等; 重点希望市民满足政府所提供的协助及以往所作出的发展计划. 我们应该珍惜目前的安宁生活, 不要抄袭邻国举措.(经常跟换领袖,爆发动乱,经济衰退,人民受苦)


该剧也启发我们关注家庭关系, 特别对父母的感恩, 不要等到失去之后才向办法弥补. 剧中带你探讨年迈母亲在面临失禁、老人痴呆症等老人病而周旋在三兄弟的“照顾”下所引发的事迹. 在杨妈妈入院而让三兄弟们苦恼的医药费也是医药界的尴尬. 虽然说医院的宗旨就是救人,但昂贵的收费(剧中,住私人医院一晚八千块!)也时常让人却步. 然后院方不讲人情、公式化的操作也是一个大讽刺。看了很无奈,但却知道这是不争的事实.... 该剧也提醒我们不要太贪心, 为了赚取更多的收入,进行非法的活动而失去的更多.


总而言之, "钱"是永远不够用, 尤其在现今世界油价波动所引起的物价暴涨, 我们不得不采取节俭措施... 尽量减少不必要的开销... 同时也须开拓更多的出路增加收入....

Isnin, 15 September 2008

Puppet Show September 16




Menurut kenyataan Malaysia Kini seramai 20,000 penyokong pakatan pembangkang yang hadir di Stadium Kelana Jaya semalam untuk meraikan hari penubuhan Malaysia yang dianjurkan oleh pakatan rakyat hanya untuk mendengar bukti dan fakta pertukaran kerajaan baru pada 16 September. Namun sepertimana yang dijangkakan, fikiran mereka telah terpukau dan melopong kononnya pakatan rakyat akan menawan Putrajaya pada hari ini kerana adanya katak politik melompat. Puppet master gerakan ini telah tampil 'skrip baru' untuk menutup malunya tidak dapat mengotakan janji beliau yang ditayangkan sejak enam bulan yang lalu, dan beliau mengakui pelannya terpaksa diubah dan ditangguhkan kerana isu katak melompat tidak jadi.. walaupun ramai puppet pakatan telah memberi kenyataan telah memperolehi majoriti Ahli Parlimen yang cukup..

Yang jelas kerajaan Barisan Nasional yang ada 140 kerusi di Parlimen berbanding 82 kerusi pembangkang masih kekal dan terus memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat walaupun dalam keadaan senario politik yang tidak stabil berikutan penerbitan beberapa "puppet show" sejak kebelakangan ini. Diharapkan semua pihak dapat memberhentikan permainan politik ini dan mengutamakan usaha untuk membantu rakyat mengharungi keadaan peningkatan kos kehidupan harian berikutan perubahan harga minyak sedunia yang tidak menentu.

Sabtu, 13 September 2008

SANDIWARA SEPTEMBER 16 PAKATAN RAKYAT


Sandiwara September 16 yang diterbitkan oleh DSAI semakin jelas menunjukkan keinginan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan impiannya untuk mengambilalih teraju kerajaan dengan pelbagai strategi, namun Ahli Parlimen BN tetap kekal taat setia kepada kerajaan BN. Mengapakan pula PKR menghantar rombongan ke Taiwan???? Kononnya untuk memantau program lawatan rombongan Beckbencher BN. Apakah tanggungjawab sebenar seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat? Mereka seharusnya berusaha untuk membawa masalah yang dihadapi untuk penyelesaian dan bukannya tergopoh-gapah untuk menjatuhkan kerajaan, apatah lagi berbelanja RM2000-RM3000 seorang ke Taiwan untuk memantau program lawatan Beckbencher BN????? Duit yang dibelanjakan dari sumber cukai pendapatan rakyat untuk tujuan kepentingan parti tertentu, adakah ini adil kepada rakyat. Keadaan ekonomi semasa adalah tidak menentu dipengaruhi perubahan harga minyak petrol global, apakah ahli-ahli yang berhormat parti pembangkang mahu melihat negara kita menjadi seperti negara jiran di mana perdana menteri senangtiasa dijatuhkan, sering berganti, keselamatan rakyat dan ekonomi negara terancam. Malaysia telah menjangkau usia 51 tahun, kita harus mempertahankannya demi untuk masa depan anak cucu kita...

PENUTUPAN DA MA CAI DI SARAWAK


Keputusan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menutup pusat perjudian haram DA MA CAI di negeri Sarawak adalah tepat pada masanya, kerana pusat perjudian haram milik Pan Malaysian Pools Sendirian Berhad telah beroperasi secara haram tanpa kelulusan kerajaan negeri.

Usaha ini juga sejajar dengan memorandum persatuan tempatan yang mengesa kerajaan untuk mengurangkan aktiviti perjudian di Negeri Sarawak yang telah menimbulkan pelbagai masalah sosial. Langkah ini dapat mengurangkan pembaziran oleh para pejudi khususnya dalam menghadapi bebanan kehidupan harian yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak global. Saya juga menyokong cadangan bilangan hari cabutan untuk pusat perjudian yang berlesen 3 hari dikurangkan kepada 2 hari untuk mendidik rakyat berjimat. Adalah sukar untuk menghapuskan budaya perjudian ini, namun kerajaan telah melangkah selangkah. Bukanlah senang untuk memperolehi pendapatan dengan kerja yang susah, tetapi jumlah pendapatan boleh lenyap begitu sahaja untuk membeli kertas-kertas yang menjanjikan hadiah/habuan lumayan tetapi bergantung kepada NASIB...

Khamis, 11 September 2008

Pemecatan Ketua Masyarakat BAU dan LUNDU???


Ketua-Ketua Masyarakat telah dipilih dan dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai kepimpinan dan pengaruh dalam masyarakat. Perkhidmatan mereka kepada masyarakat selama ini tidak pernah dipersoalkan khususnya kepada mereka yang telah menjangkau usia. Sumbangan mereka hendaklah dikenang, namun mereka tertakhluk kepada syarat-syarat perlantikan dan sambungan yang diluluskan oleh kerajaan negeri pada tahun 2005, di mana umur perjawatan baru hendaklah tidak boleh melebihi umur 65 tahun, dan umur maksimum 70 tahun untuk sambungan perlantikan. Walaubagamainapun sambungan perlantikan juga perlu melalui pemeriksaan kesihatan. Isu pemecatan yang dinyatakan tidak wujud langsung kerana tempoh perjawatan mereka telah tamat. Isu ini juga wujud di kawasan Bandaraya Kuching.