Sabtu, 28 Februari 2009

Program E-KASIH


Kerajaan kekal komited untuk membasmi kemiskinan dalam strategi pembangunannya, di mana pengenalan bank data 'e-kasih' merupakan mekanisma penting bagi perancangan strategik, pelaksanaan dan pemantauan program-program untuk membasmi keiskinan, terutama kemiskinan tegar.

Sistem itu bukan hanya boleh digunakan sebagai bank data, tapi juga bagi memantau status kemiskinan di seluruh negeri secara online. Kerajaan juga akan memulakan 'Poverty Mapping Programme' bagi membolehkan ia mengenal pasti kawasan-kawasan yang 'terpinggir' dan menyalurkan bantuan infrastruktur serta perkhidmatan khusus buat mereka yang memerlukan.

Semua keluarga miskin digalakkan mendaftar di bawah program e-kasih bagi membolehkan kerajaan memeriksa dan mengesahkan mereka didalam kumpulan miskin dan program itu akan disatukan dengan sistem 'e-kasih' sebaik sahaja ia disiapkan. Agensi-agensi kerajaan juga perlu bekerjasama rapat dengan pihak-pihak lain dalam menangani kemiskinan, terutama di kawasan bandar.

Terdapat beberapa kriteria tertentu bagi mengenal pasti individu yang layak untuk mendapat bantuan, kebanyakannya merujuk kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, wargatua, orang kurang upaya, di samping yang miskin. Proses verifikasi akan dilakukan oleh jabatan statistik bagi mengenal pasti mereka yang layak untuk berada dalam kumpulan miskin ini sebelum bantuan dapat disalurkan. Awal minggu ini Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan program Jaringan Keselamatan Sosial Malaysia khusus bagi membantu golongan miskin. Abdullah dipetik sebagai berkata jumlah golongan miskin meningkat sejak kebelakangan ini ekoran krisis ekonomi global. Oleh itu, sama-samalah kita membantu golongan miskin dan mendaftar mereka dalam sistem e-kasih.

Sistem Raja Berperlembagaan Berjaya Cegah Gerakan Pelampau

Malaysia adalah antara negara paling beradab dalam kalangan negara Islam berikutan kejayaan sistem Raja Berperlembagaannya dalam membanteras sikap pelampau. Sikap pelampau boleh dianggap sebagai punca utama lahirnya tindakan ganas dan ancaman ini telah berjaya dibanteras oleh Malaysia melalui peranan Raja Berperlembagaan.

Sistem Raja Berperlembagaan Malaysia mengagumkan kerana ia menjadi faktor penyatu, bukan saja dalam kalangan masyarakat Melayu Islam, tetapi juga dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di seluruh negara."Ia merupakan 'wasatiah' (sikap sederhana) yang baik bagi semua orang. Ia contoh yang baik dan sistem Raja Berperlembagaan amat penting kerana ia melampaui parti politik. Oleh kerana ia tidak mempunyai cita-cita politik, maka negara dan rakyat, terutama golongan belia, boleh mendapat manfaat daripada bimbingan dan nasihat Raja.


Sikap menghormati kerajaan yang dibentuk berasaskan perlembagaan selama ini, telah berubah. Demonstrasi dan sikap pelampau bukan sebahagian daripada budaya Malaysia dan oleh itu pihak yang terlibat dengannya, perlu kembali kepada kewarasan fikiran."Demonstrasi yang dianjurkan pihak tertentu ini lebih mirip kepada apa yang berlaku di negara yang disifatkan sebagai 'republik pisang'. Oleh itu marilah kita menghindarkan dari budaya yang tidak baik ini dan membantu kerajaan pemerintah untuk mengharungi keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, dan janganlah terpengaruh dengan sandiwara parti politik yang hanya mementingkan kepentingan diri.

Khamis, 26 Februari 2009

BANTUAN PERUNTUKAN SEKOLAH SWASTA CINA DI SARAWAK

Setiausaha Agung SUPP telah menyerahkan peruntukan sejumlah RM920,000 yang telah disalurkan melalui Kementerian Pendidikan kepada 4 buah sekolah Chung Hua Cina di Kuching. Iaitu Sekolah Rendah Chung Hua Tapang RM500,000, Sekolah Rendah Chung Hua Batu Lapan Setengah Jalan Batu Kitang RM300,000, Sekolah Rendah Chung Hua Buntal RM100,000 dan Sekolah Rendah Chung Hua Tondong RM20,000.

Beliau juga memaklumkan bahawa Jawatankuasa Pendidikan SUPP telah menerima 14 surat dan cek, termasuk 4 sekolah di Bandaraya Kuching, 5 sekolah di Sri Aman, dan yang lainnya di Sibu, Sarikei dan Miri. Bantuan peruntukan untuk kawasan lain akan diagihkan oleh pemimpin parti di kawasan tersebut dalam tempoh 1-2 hari. Dimaklumkan sejumlah 25 sekolah diberikan bantuan tersebut oleh kerajaan Pusat, di mana 11 daripadanya telah disalurkan kepada Lembaga Pengurusan Sekolah berkenaan. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah yang memerlukan kerja pembaikan segera dan pembinaan semula, khususnya sekolah yang mengalami kerosakan yang teruk disebabkan serangga perosak anai-anai. 

Semua ini adalah hasil daripada keperihatinan parti komponen BN-SUPP yang mengambil berat dengan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah rendah dan menengah Cina di seluruh Sarawak. Parti SUPP telah memajukan permohonan sekolah berkenaan kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang turut bersimpati dengan masalah yang dihadapi dan menyalurkan bantuan peruntukan dengan segera.

Oleh itu masyarakat Cina di Sarawak hendaklah memberi sokongan yang padu kepada kerajaan BN untuk terus menerajui kerajaan negeri. Renungilah apa yang berlaku di negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat, hanya sebilangan kecil sekolah sahaja diberi bantuan...apatah dalam keadaan krisis ekonomi yang semakin serius sekarang.

Khamis, 19 Februari 2009

PENYALAHGUNAAN KUASA SPEAKER

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu mendapat kelulusan DUN terlebih dahulu sebelum menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN.

Speaker V. Sivakumar sepatutnya memanggil persidangan DUN bagi membolehkan keputusan menggantung itu dibahas dan kemudian dibuat undian. "Mengikut perlembagaan negeri Perak, apabila DUN tidak bersidang, Speaker boleh merujuk sebarang aduan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan yang diketuainya." Sekiranya beliau mendapati ada kes prima facie, sebarang dapatan dan keputusan mesti dirujuk kepada DUN. Bermakna Speaker perlu merujuk perkara ini kepada DUN untuk dibahas dan diluluskan."

Beliau menyatakan kes ini adalah seperti ketika beliau digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 2004, setelah dituduh cuba menyeleweng fakta kepada Dewan, apabila berkata Anggota Parlimen mesti mengangkat tangan kanan ketika mengangkat sumpah jawatan."Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kemudiannya membuat keputusan menggantung saya selama enam bulan. Ini dilakukan selepas perkara itu dikemukakan kepada Dewak Rakyat, dibahas dan dibuat keputusan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga berkata Sivakumar silap apabila mengumumkan keputusan jawatankuasa itu menggantung Menteri Besar dan enam exco kerajaan negeri. Beliau berkata Sivakumar sepatutnya merahsiakan perkara itu sehingga DUN bersidang. Beliau juga berkata jumlah keahlian jawatankuasa itu adalah tidak tepat."Ia lima berbanding satu selepas 8 Mac. Tetapi pada 2009, ia berbeza. Sekurang-kurangnya ia sepatutnya empat berbanding dua, bagi menggambarkan jumlah wakil daripada parti yang menguasai DUN sekarang.

Ramai juga yang berpendapat cara terbaik bagi menyelesaikan isu ini ialah menerusi mahkamah. Ini berikutan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar telah membawa ke mahkamah untuk mempertikaian kesahihan kerajaan negeri yang baru. Beberapa ahli politik pembangkang turut tidak bersetuju dengan tindakan Sivakumar."Ia lebih kepada tindakan seorang peguam atau ahli politik. Saya bimbang ia akan memberi kesan timbal balik kepada PKR dan DAP terutama oleh pengundi Melayu.

Yang jelasnya Pakatan Rakyat berusaha dengan sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan BN Perak yang baru dengan menggunakan hak Speaker Dewan Undangan Negeri. Namun mereka lupa akan perlembagaan DUN yang dinyatakan oleh KARPAL yang memerlukan kelulusan DUN terlebih dahulu dan bukannya UMUM bulat-bulat sahaja. Jelas pemimpin-pemimpin pakatan masih belum pandai dalam mengurus pentadbiran kerajaan dan juga belum memahami sebenar perlembagaan sedia ada walaupun mereka telah menerajui 10 bulan...

FIKIRKANLAH SEKIRANYA KERAJAAN PAKATAN WUJUD DI SARAWAK, APAKAH YANG AKAN TERJADI??? KEADAAN AKAN MENJADI HURU-HARA SEPERTI DI PERAK.. RAKYAT YANG MENDERITA, KERANA WUJUDNYA PERGELUTAN KUASA ANTARA PARTI POLITIK SEHINGGA MENGENEPIKAN USAHA UNTUK MENGATASI KRISIS EKONOMI DUNIA YANG SEMAKIN SERIUS. MARILAH KITA MEMPERTAHANKAN KERAJAAN YANG SEDIA ADA....DAN JANGANLAH CUBA TERIKUT-IKUT DENGAN APA YANG BERLAKU DI PERAK...

Rabu, 18 Februari 2009

WAKIL RAKYAT YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Upacara Mengangkat Sumpah Kaunselor Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Upacara mengangkat sumpah telah diadakan pada 17.2.2009. 16 daripada 26 Kaunselor MBKS yang mengangkat sumpah adalah muka baru. Termasuk Timbalan Datuk Bandar Encik Abang Affandi Abang Anuar dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang telag bersara dari jawatan Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan. Sementara Encik James Chan dilantik semula sebagai Datuk Bandar.


15 Kaunselor yang baru adalah Baderi Sahmat (PBB), Goh Tze Hui (SUPP), Hairiah Idris (PBB), Hazland Abang Hipni (PBB), Irwan Zulkarnain (PBB), Kilat Beriak (SPDP), Kho Lee Leng (SUPP), Lau Kiing Kang (SUPP), Mohamad Taufik Abdul Ghani (PBB), Sim Lai Ann (PRS), Stephen Ngui Lih Wee (SUPP), Sufian Ateng (PBB), Tan Kai (SUPP), Ujang Himang (PRS) and Wan Mahmud Wan Abdullah (PBB).


Kaunselor yang dilantik semula adalah Anthony Law (SUPP), Barbara William Mawan (SPDP), Cooplay Nyipa Aji (SPDP), Jacqueline Tay Siew Lin (SUPP), Johnson Tan Thiam Yuan (SPDP), Lily Eu Tieng Hee (SUPP), Melvin Bong Kim Fui (SUPP), Richard Lee Sea Nee (SUPP), Sim Thong Poh (SUPP) and Sumirati Sudarjo (PBB).

Seksyen 66(1) Akta Imigresen

Naib Presiden PKR, R Sivarasa menjadi pemimpin PKR kedua yang disenaraihitam dan dilarang memasuki Sarawak dalam tempoh dua bulan lalu. Sivarasa, yang ke Kuching untuk menemui pemimpin PKR di negeri itu, dimaklumkan mengenai larangan tersebut selepas mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching pada 14.2.2009 yang lalu. Beliau telah diserahkan notis rasmi yang menyatakan yang beliau tidak layak memasuk negeri itu tanpa permit, mengikut Seksyen 66 (1) Akta Imigresen. Beliau mempertikaikan ianya mungkin ada kaitan dengan pilihanraya negeri yang akan datang. Pemimpin PKR Sarawak pula menyatakan Sivarasa merupakan seorang yang peramah dan tidak pernah mengkritik kerajaan negeri. Namun pada hakikatnya beliau telah terlibat dalam beberapa perhimpunan haram sebelum ini, sehinggakan ditangkap POLIS yang berkemungkinan menyebabkan beliau disenaraihitamkan.

Kerajaan Negeri Sarawak berhak melarang sesiapa yang dikhuatiri boleh mengancam perpaduan dan kestabilan di negeri ini. Mereka yang disenaraihitamkan adalah ramai termasuk penjenayah, aktivis pertubuhan haram, dan bukannya kepada sebilangan ahli politik sahaja. Hak ini telah diwujudkan semasa Sarawak menyertai MALAYSIA untuk menjamin hak dan kepentingan rakyat SARAWAK. Oleh itu, jelasnya tindakan pemimpin PKR ini adalah hanya untuk menimbulkan keraguan orang ramai, dan menyembunyikan muka sebenar mereka. JELAS apa yang dikatakan oleh DOMINIQUE NG adalah TIDAK BENAR, kalaulah orang itu benar-benar peramah, MENGAPA pula beliau terlibat dalam aktiviti yang DIHARAMKAN.

Pemimpin perlu berakhlak BAIK


Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong telah menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum. Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu. Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur. Beliau telah menawar diri untuk meletak kedua-dua jawatan tersebut demi kepentingan parti. Bagaimanapun, menekankan bahawa beliau mendapat sokongan daripada keluarganya, penyokong, pengundi dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Elizabeth menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan setiap orang mempunyai hak kesalahan dan hak privasi.

Walaubagaimanapun, persoalan yang timbul adalah kenapa sebagai seorang pemimpin masyarakat boleh memiliki akhlak dan keperibadian yang buruk? Mengapa pula beliau sahaja yang terlibat dalam kes sedemikian, sedangkan wakil rakyat yang lain tidak? Perkara ini juga ditekankan oleh PAS Selangor yang menyatakan perlunya seorang pemimpin memiliki akhlak dan keperibadian yang baik sehingga boleh menjadi contoh dan ikutan kepada rakyat jelata. PAS Selangor juga berpendapat, sekiranya siasatan mendapati ada masalah kesalahan moral berlaku di pihak Elizabeth, tindakan yang bersesuaian perlu diambil terhadapnya "demi menjaga integriti dan nama baik Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor.

Teringat kembali kes Chua Soi Lek di mana beliau telah meletak jawatannya dalam kabinet dan parti yang sehingga kini masih diperkatakan oleh masyarakat tempatan. Begitu juga berlaku kepada ELI yang TERpaksa meletak jawatan kerana isu beliau akan menjatuhkan nama baik parti. Oleh itu seseorang yang ingin menjadi pemimpin masyarakat termasuk wakil rakyat dan pemimpin persatuan tempatan hendaklah menjaga pergerakan, tatatertib dan memiliki akhlak yang baik.
Menyentuh mengenai isu penyebaran gambar dan video lucah, kejadian sedemikian semakin serius berikutan pembangunan pesat alat eletronik dan media masaa internet. Segala perkara yang berlaku boleh dirakamkan dengan mudah melalui telefon bimbit yang canggih dan disebarkan melalui laman internet dengan mudahnya. Kejadian atau "budaya" rakaman peribadi gambar dan video peribadi menjadi trend masa kini sehingga disalahgunakan untuk tujuan yang buruk khususnya di rantau Asia dan keadaan ini semakin serius. Usaha perlu diadakan untuk mengawal penyalahgunaan peralatan elektronik dan media masaa moden, dan juga pendidikan moral yang lebih berkesan kepada golongan belia kita supaya tidak terjerabak dengan perbuatan yang tidak bermoral ini.

Sabtu, 14 Februari 2009

Kerajaan Prihatin

Bantuan bencana sebanyak RM200 juta yang disediakan oleh Kerajaan Pusat setiap tahun, merupakan satu contoh terbaik keprihatinan kerajaan membantu rakyat menghadapi kesusahan. Wang ehsan itu digunakan untuk membaik pulih kemudahan dan prasarana dengan perbelanjaan terbesar tahun ini ialah bagi Sarawak, yang dilanda banjir teruk baru-baru ini.

Sejumlah RM200 juta dana semasa, setiap kali ia susut pihak kerjaan akan tambah dan akan lihat sama ada ia akan menjadi sebahagian daripada bajet mini yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Mac atau sebahagian daripada peruntukan khas.

Timbalan Perdana Menteri turut menyerahkan bantuan ehsan bencana alam kepada Residen Bahagian Miri, Limbang, Bintulu, Mukah dan Samarahan, yang mewakili 3,291 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan dan 28,947 lagi yang tinggal di rumah saudara mara.

Sejumlah kira-kira RM2.18 juta lagi diserahkan kepada 4,375 keluarga yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir dengan agihan sebanyak RM500 untuk sebuah keluarga.Pemilik 16 buah rumah yang musnah akibat bencana banjir ini juga menerima RM3,000 seorang bagi membolehkan mereka membaikpulih kediamannya. Sumbangan sebanyak RM3,000 sekeluarga turut disampaikan kepada empat keluarga yang kehilangan anggota keluarga mereka akibat banjir ini.

Kerajaan pusat akan mengkaji cadangan kerajaan negeri Sarawak untuk memberi bantuan ehsan berjumlah RM1,000 untuk setiap keluarga petani yang mengalami kemusnahan tanaman berikutan bencana banjir. Kerajaan juga sedang meneliti keperluan untuk membaik pulih kemudahan awam dan prasarana yang musnah atau rosak semasa banjir lepas di mana projek pemulihan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran dianggarkan berjumlah RM133 juta sementara projek segera di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan pula ditaksirkan bernilai RM115 juta. Dijangkakan kira-kira 10,000 keluarga petani mengalami kerugian hampir RM30 juta akibat banjir yang melanda bahagian ini. Akibat pemanasan global, perbelanjaan yang digunakan bagi memulihkan prasarana dan membantu mangsa banjir adalah amat besar dengan RM1.1 bilion dibelanjakan pada 2006 manakala RM900 juta pada 2007.

Di Malaysia, bila air pasang, kita di peringkat daerah menggerakkan jentera untuk membantu pihak polis, tentera dan badan-badan sukarela sehingga mereka yang dilanda banjir dapat diselamatkan dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Ini adalah jauh lebih baik daripada negara lain, termasuk Amerika Syarikat ketika kejadian Taufan Katrina melanda New Orleans sehingga mangsa bencana membuat bantahan bahawa mereka tidak mendapat bantuan daripada kerajaan mereka. Presiden Bush pada masa itu telah dikritik dengan begitu hebat kerana tidak dapat mewujudkan pentadbiran yang berkesan untuk membantu mangsa bencana alam itu.

Timbalan Perdana Menteri turut menyambut baik cadangan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam negeri Sarawak Tan Sri Dr George Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri untuk membantu peniaga kecil yang kerugian akibat bencana alam menerusi pemberian wang ehsan ataupun pinjaman bank. Kerajaan pusat akan membuat keputusan mengenai perkara itu sedikit masa lagi dan memaklumkannya kepada kerajaan negeri. Pihak kerajaan Pusat juga memandangkan serius masalah sekolah-sekolah yang sering dilanda banjir kerana keadaan geometri kawasan, kerajaan akan berusaha untuk memindahkan sekolah-sekolah ini ke kawasan yang lebih tinggi supaya tidak dilanda banjir dan persekolahan pelajar tidak terganggu.

Oleh warga Sarawak hendaklah menyokong penuh kerajaan BN yang berperihatin dan telah banyak membantu rakyat mengharungi segala masalah dan cabaran termasuk krisis ekonomi dunia, bencana alam. Janganlah terpengaruh dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas oleh ahli politik yang suka mencetuskan isu hanya semata-mata untuk kepentingan peribadi. Mereka ini seringkali membuat kenyataan akhbar sahaja dan publisiti TUNJUK SANA TUNJUK SINI tetapi akhirnya tidak mengambil tindakan yang praktikal untuk membantu rakyat. Sama-samalah kita memberikan sokongan yang penuh kepada Perdana Menteri dan Kerajaan BN untuk memastikan negara kita terus membangun dan terus maju walaupun mengalami pelbagai cabaran yang rumit.

Kerjasama dan sokongan rakyat jelata amatlah diperlukan untuk bersatupadu mengharungi cabaran krisis ekonomi dunia yang semakin serius.

Selasa, 10 Februari 2009

KRISIS KEPIMPINAN DAP


Ramai ahli politik terpegun dengan kenyataan Presiden DAP Pusat KARPAL SINGH yang menyeru YB Lim Kit Siang dan YB Lim Guan Eng menyuruh pemimpin Defector PKR untuk meletakkan jawatannya sebagai pemimpin Pakatan Rakyat kerana mengungkitkan semangat lompat parti yang telah mengakibatkan Pakatan Rakyat kehilangan tampuk kerajaan di Perak.

Walaubagaimanpun Lim Kit Siang masih dengan ketetapannya untuk meyokong segala keputusan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, dan menyatakan kenyataan Karpal Singh adalah pendapatnya sahaja dan tidak menwakili pendirian parti DAP. Apa yang telah terjadi ni? Kenyatan Presiden parti diketepikan dan tidak dihiraukan, bagaimana ahli parti dapat patuh kepada kepimpinan DAP yang bertelagah antara sesama sendiri.

Lihatlah sendiri, yang pastinya pasangan DAP Lim rela merendahkan diri untuk kepentingan dan agenda peribadi mereka sahaja. Inikah pemimpin yang kita mahu? Tertanya-tanya juga apakah ini juga berlaku di Sarawak, yang saya pasti DAP Sarawak kini juga terbahagi kepada 3 kumpulan...kumpulan keluarga CHONG di Kuching dan kumpulan DAP Miri yang memihak kepada LIM KIT SIANG, kumpulan YB Wong yang lebih memihak kepada Karpal Singh. Sudah tentu kewujudan puak-puak ini akan menjahanamkan kerjasama di kalangan mereka, apatah lagi janji-janji kosong untuk membantu rakyat....
Pasangan DAP LIM sokong DSAI yang tidak menyuarakan pendapat berhubung cadangan perlaksanan HUKUM HUDUD oleh PAS, bermakna DAP CHONG di Sarawak juga setuju dengan perlaksanaan HUKUM HUDUD.

Jumaat, 6 Februari 2009

Langkah Keselamatan Tambahan Di KIA

Berkuatkuasa minggu depan, bagasi serta barangan penumpang bagi penerbangan domestik dan antarabangsa akan diperiksa secara rambang sebagai langkah tambahan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). KIA menjadi lapangan terbang yang pertama di negara ini yang akan melaksanakan pemeriksaan itu sebelum langkah berkenaan diperluaskan ke lapangan terbang lain secara berperingkat. Keadaan ini mungkin akan mendatangkan kesusahan kepada orang ramai tetapi diharapkan mereka faham kerana ini untuk kepentingan keselamatan dan mengelakkan kejadian kecurian berlaku di lapangan terbang.

Bagasi yang dibawa dengan tangan tidak perlu melalui pemeriksaan rambang. Apabila pemeriksaan rambang dibuat pegawai keselamatan akan memastikan segala maklumat seperti nombor siri pada tag bagasi yang dilekatkan semasa pemeriksaan masuk, sama dengan maklumat yang ada di tiket milik penumpang terbabit. Jika terdapat perbezaan maklumat dalam tag bagasi dan tag tiket milik penumpang maka siasatan lanjut akan diadakan. KIA mahu memastikan penumpang berasa selesa dan selamat sebelum berlepas, semasa berada di dalam pesawat dan selepas sampai ke destinasi.

Pelaksanaan pemeriksaan tidak terhad kepada lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama setiap negeri tetapi turut dilaksanakan di semua lapangan terbang di bandar-bandar utama negeri. Perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memberi penerangan tentang langkah keselamatan terbaru di KIA. Kemungkinan akan melaksanakan pemeriksaan ke atas kesemua bagasi jika tidak ada sebarang masalah namun buat permulaan buat masa ini tumpuan hanya diberi kepada pemeriksaan secara rambang saja.

陈康南会见纳吉获允准特别拨款 助砂华校及水灾重建设施

我国副首相拿督斯里纳吉特别允准人联党党魁拿督巴丁宜丹斯里陈康南之特别拨款援助砂州华校与教会学校,以及遭水灾与土崩破坏之基本设施重建的特别拨款申请。也是州第一副首席部长的拿督巴丁宜丹斯里陈康南医生与联邦种植与原产业部长拿督陈华贵的陪同下,应我国副首相的邀约,于4.2.2009专程赶往布城与副首相举行坦诚的会商。 援助包括独中与华小在内之华校与教会学校特别拨款将分期拨出,副首相拿督斯里纳吉于本月11日前来古晋访问时,或将带来这方面的好消息。 在申请华校与教会学校特别拨款方面,向副首相提呈了党建议再次特别拨款2千万及极须援助学校的名单,这些学校包括了没有在之前的特别拨款中受惠,但又迫切需要重建及修建的学校。在接获拿督巴丁宜丹斯里陈康南医生的陈请,以及聆听了拿督巴丁宜丹斯里陈康南对砂州华校及教会学校所面对的困境,尤其是欠缺经费作为重建及修建用途後,副首相表示十分同情,并即席允准了有关申请,联邦政府将会以人联党的建议作为篮本,拨出有关的特别拨款,但有关特别拨款须分期拨出。 副首相也允准特别拨款援助遭水灾与土崩破坏之基本设施的重建。

WAJAH SEBENAR PAKATAN**

Suasana kecoh di depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, disebakan bantahan ribuan penyokong Pakatan Rakyat terhadap menteri besar baru Perak memaksa polis melepaskan gas pemedih mata berkali-kali. Sebahagian daripada 3,000 penunjuk perasaan itu membaling objek ke arah kenderaan-kenderaan rasmi pemimpin BN yang menuju ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah Datuk Dr Zambry Abd Kadir. Mereka juga berbaring di atas jalan, cuba menghalang kenderaan-kenderaan berkenaan.


Apa yang menyedihkan mereka juga mempergunakan golongan wanita, wargatua dan pelajar dalam perhimpunan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat, untuk merempuh halangan polis di pintu depan luar kawasan masjid. Suasana tidak menentu antara penyokong Pakatan Rakyat itu dengan polis memaksa pihak berwajib melepaskan lagi gas-gas pemedih mata sehingga kawasan itu diliputi asap tebal. Wajarkah perbuatan sebegini dibuat untuk membantah majlis sumpah tersebut? Wajarkah golongan pelajar, wanita dan wargatua dilibatkan?

Mengapakah perbuatan lompat parti yang dilaung-laungkan oleh defektor PKR dalam agenda 916, kini pula dikatakan tidak betul, dan tidak bermoral? Yang realitinya, kerajaan Pakatan telah gagal mempertahankan mojoriti kerusi sehinggakan kehilangan tampuk kerajaan Perak. Dan mereka hendaklah menerimanya dan bukannya menimbulkan huru-hara di sana- sini untuk kepentingan pakatan sahaja. Keadaan huru-hara akan memburukkan keadaan ekonomi di negeri tersebut dan kehidupan rakyat juga terancam.


Keadaan yang berlaku di PErak mencerminkan Pakatan Rakyat yang ditubuhkan hanya untuk kepentingan beberapa orang pemimpin tertinggi parti PKR, DAP dan PAS, dan mereka yang mengambil keputusan keluar parti telah meluahkan ketidakpuasan mereka kerana dipinggirkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut. Wakil-wakil rakyat yang keluar dari pakatan kini adalah wakil rakyat BEBAS dan mereka ini tidak lompat parti.... Mereka hanya menyokong penubuhan kerajaan BN.

Rakyat Sarawak hendaklah waspada dengan perbuatan Pakatan Rakyat yang boleh memudaratkan dan mengancam keamanan negeri dan kehidupan rakyat. Renunglah dan fikirkanlah.... Adakah kita mahu hidup dalam keadaan yang politik yang tidak stabil dan seringkali berlakunya huru-hara? Kadar pengangguran meningkat? Keselamatan terancam?