Jumaat, 25 Disember 2009

CALON BN BARU UNTUK KAWASAN DUN N11 BATU LINTANG

Bekas ADUN SUPP-BN kawasan N11 Batu Lintang menegaskan beliau tidak akan bertanding semula pada pilihan raya DUN Sarawak yang akan datang. Beliau telah mengumumkan keputusan tersebut sebaik selepas Pilihan Raya DUN Sarawak pada tahun 2006.
Menurut beliau, AJK dan EXCO Cawangan SUPP Batu Lintang telah memutuskan untuk mencalonkan calon dari golongan pemuda dan wanita untuk bertanding pada pilihan raya yang akan datang. Calon yang diputuskan pada awal tahun ini adalah:
Pertama, ENCIK SIH HUA TONG, Ketua Pemuda Parti SUPP dan Ketua Pemuda Cawangan SUPP Batu Lintang yang juga bergiat aktif dalam pelbagai persatuan kemasyarakatan tempatan.
Kedua, PUAN CHENG YI, Ketua Wanita Cawangan SUPP Batu Lintang, yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak.
Ketiga, ENCIK STEPHEN NGUI, Bendahari Pemuda Cawangan SUPP Batu Lintang, yang juga Ahli Majlis kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan.
Pemilihan calon dibuat berpandukan kepada prestasi perkhidmatan mereka dalam perlaksanaan aktiviti parti, penyelesaian permasalahan setempat dan juga penglibatan dalam NGOs. Walaubagaimanapun senarai pencalonan tersebut telah diserahkan kepada kepimpinan SUPP, keputusan maktamad akan dibuat oleh Presiden Parti SUPP dan Kepimpinan BN Sarawak.

KEJATUHAN PEMIMPIN DAP

Pemilihan JAWATANKUASA DAP SARAWAK pada 13.12.2009 menyaksikan ramai daripada pemimpin DAP memperolehi undian yang lebih rendah berbanding pada tahun 2006. Keadaan berlaku di mana wujudnya kumpulan yang cuba menjatuhkan kepimpinan DAP Sarawak WONG HO LENG yang telah lama memegang jawatan tersebut. Akan tetapi motif tersebut tidak berjaya dan kumpulan tersebut kalah dengan teruk dalam pemilihan tersebut.


Di antaranya Voon Lee Shan bekas bendahari DAP Sarawak kalah dengan teruk dan disingkirkan dari Jawatankuasa DAP Sarawak bersama kuncu-kuncunya.. Selepas pemilihan tersebut beliau enggan mengulas banyak mengenai kekalahannya dan hanya menonjol jari kepada pihak yang merancang untuk menjatuhkan beliau. Akan tetapi sekiranya beliau tidak terlibat dengan kumpulan menjatuhkan WONG HO LENG, takkan beliau dan pengikutnya yang bertanding semuanya kalah dengan undi yang banyak.


Juga dipertikaikan beliau seringkali menimbulkan isu sensitif yang membawa permasalahan kepada parti DAP sehinggakan kepimpinan DAP mahu menyingkirkan beliau daripada AJK Negeri dan juga kemungkinan besar disingkirkan dari senarai calon bertanding DAP pada pilihan raya yang akan datang. Beliau kini sudah kehilangan kuasa dan sokongan ahli parti kerana dipertikaikan cuba menjatuhkan kepimpinan DAP.

Beliau juga tidak sependapat dengan kepimpinan golongan muda DAP masa kini dan seringkali bertindak seorang diri tanpa melibatkan ahli parti di kawasan.. AJK DAP tidak berpuas hati dengan tindakannya membawa masuk pemimpin DAP dari kawasan lain tetapi tidak menghiraukan ahli parti kawasan. Ianya dipertikaikan untuk menguatkan kuasanya dalam parti untuk memperjuangkan jawatan yang lebih tinggi. Tetapi semua ini telah dikesan dan diketahui oleh pemimpin generasi muda yang berjaya mengagalkan usaha beliau. Kedudukan beliau sebagai Wakil Rakyat DAP kawasan DUN Batu Lintang kini tergugat dan kemungkinan besar akan digantikan oleh calon baru yang lebih muda.. Rebutan calon bertanding akan memudaratkan sokongan DAP pada pilihan raya yang akan datang...dan peluang untuk BN mengambil balik kerusi ini semakin cerah... namun isu IKON PEMIMPIN DAP BANDAR KUCHING masih mempengaruhi sokongan pengundi.

Jumaat, 18 Disember 2009

Polis Disaran Guna Facebook Untuk Selesai Kes Jenayah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dicadangkan supaya menggunakan khidmat laman web sosial 'facebook' sebagai alternatif dalam usaha untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Ketua Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah, Abdul Aziz Md Noor berkata memandangkan laman web berkenaan kini diguna secara meluas sebagai medium perantara oleh masyarakat, ia dapat membantu pihak berkuasa keselamatan itu dalam memerangi jenayah.

Sebelum ini kita menggunakan khidmat SMS melalui Rakan Cop tetapi dengan pendekatan baru ini, diharap kes-kes jenayah dapat diselesaikan dengan segera. Contohnya dengan memaparkan gambar suspek bagi satu-satu kes melalui facebook, secara tidak langsung orang awam dapat menyalurkan maklumat berkaitan kes itu kepada polis. Selain dapat membantu polis, penggunaan laman web sosial itu juga dapat merapatkan hubungan antara PDRM dan masyarakat.

Orang awam juga boleh membuat sebarang laporan dan aduan berkaitan masalah jenayah kepada polis menerusi laman web itu. Masalah jenayah sukar dibendung secara bersendirian oleh polis tanpa bantuan dan sokongan masyarakat. Jika masyarakat bersama-sama membantu melaporkan apa sahaja kejadian jenayah kepada polis, kita percaya sasaran untuk mengurangkan jenayah menjelang akhir tahun depan akan dapat dicapai. Orang awam disarankan supaya mendaftar sebagai Rakan Cop bagi memudahkan polis memperoleh maklumat dengan cepat. Orang ramai tidak perlu lagi ke balai polis atau berjumpa dengan mana-mana pegawai polis bagi menyalurkan maklumat...hanya guna SMS sahaja. Segala respons dan cadangan dari orang awam yang telah dikemukakan menerusi program yang diadakan ini, akan diserahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) untuk diteliti.

PERGOLAKAN DALAMAN PAKATAN RAKYAT

Walaupun barisan pakatan pembangkang menang 6-2, iaitu enam daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang tahun 2009. Namun disebalik kejayaan tersebut, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membentuk pakatan pembangkang masih mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka. Matlamat jangka pendek adalah jelas iaitu untuk membentuk kerajaan baru, namun dalam jangka panjang, perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam tidak boleh diterima DAP.

Tanggungjawab untuk membawa ketiga-tiga parti kepada pemuafakatan terletak di bahu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha agar percanggahan matlamat antara Pas dan DAP tidak menggugat keutuhan pakatan tersebut. Namun begitu, riak-riak pergolakan tetap berlaku. Suatu ketika Pengerusi DAP Karpal Singh mengancam supaya DAP menarik diri jika PAS masih mahu melaksanakan hukum Hudud dan qisas sekiranya gabungan itu berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula bertegas bahawa PAS juga boleh membuat kenyataan berbentuk ugutan kepada DAP dan PKR sekiranya mereka enggan menerima cara Islam yang dibawa oleh parti itu. Dalam pada itu, parti yang menerajui pentadbiran di negeri masing-masing berdepan pelbagai isu yang menggugat kewibawaan mereka.


Antaranya di Pulau Pinang, pentadbiran Lim Guan Eng berdepan dengan kemelut penduduk setinggan Kampung Buah Pala manakala Azizan di Kedah menghadapi isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sehingga wakil DAP Kedah/Perlis bertindak keluar dari gabungan di Kedah.

Di Selangor, kontroversi tercetus ekoran timbul isu moral berhubung exco kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong apabila gambar bogelnya tersiar di khalayak selain isu "kepala lembu" kerana bantahan penduduk terhadap cadangan memindahkan kuil.


Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga teruja oleh desakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya kedudukan Exco dari DAP Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk melibatkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. PAS mahu Selangor menguatkuasakan garis panduan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu tetapi ditolak oleh Menteri Besar yang menyifatkannya sebagai bukan isu.

Di Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak sunyi daripada kontroversi terutama yang melibatkan menantunya yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan tawaran menunai haji untuk beliau oleh sebuah syarikat swasta. Lebih hangat lagi ialah apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa bagi menukar "dua tiga kerat" pemimpin parti itu yang dikatakan merujuk kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali. Ini kerana Nik Abdul Aziz dikatakan tidak boleh menerima apa jua cadangan ke arah kerajaan perpaduan dengan Umno dan BN.


Di Sabah, PKR dilanda krisis kepimpinan berikutan pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai ketua perhubungan negeri oleh Anwar yang mendorong Datuk Dr Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai naib presiden PKR.

Tetapi tamparan paling hebat bagi pakatan tersebut ialah apabila pakatan itu hilang kuasa di Perak ekoran tindakan tiga wakil rakyat iaitu dua daripada PKR dan satu dari DAP mengisytiharkan diri menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan menyokong BN pada Februari lepas. Dalam kemelut itu, pemimpin mereka dianggap "menderhaka" dan biadap dalam tindak-tanduk mereka terutama kerana tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Ekoran itu, Karpal dengan marah menuduh Anwar tidak layak menjadi pemimpin bagi pakatan kerana mendakwa Anwar bertanggungjawab mempromosikan budaya lompat parti.


Seterusnya kenyataan anggota Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Abdul Samad mengenai bai'ah atau sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika wakil rakyat mereka mengkhianati parti, juga mencetuskan kontroversi hebat. Kontroversi yang berlarutan menimbulkan tanda tanya apakah laluan ke Putrajaya masih lagi jelas seperti dibayangkan Anwar awal tahun ini. Yang jelasnya ianya tidak akan berlaku kerana masing-masing memperjuangkan ideologi yang berlainan.

Lebih ramai penjawat awam Cina, India jika pemohon ditambah

Lebih ramai penjawat awam keturunan Cina dan India akan dilantik memasuki perkhidmatan awam sekiranya bilangan pemohon dari kaum terbabit dapat ditambah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, ini kerana kadar berjaya bagi pemohon Cina dan India memasuki perkhidmatan awam adalah lebih tinggi berbanding kadar berjaya bagi pemohon Melayu.

Walaupun bilangan pemohon Cina dan India sangat rendah berbanding dengan bilangan pemohon Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kadar berjaya bagi pemohon Cina dan India masing-masing adalah tiga kali dan hampir dua kali lebih tinggi daripada kadar berjaya bagi pemohon Melayu. Ini bermakna bahawa sekiranya bilangan pemohon Cina dan India dapat ditingkatkan, lebih ramai penjawat awam keturunan Cina dan India akan berjaya dilantik.

Berdasarkan statistik pemohon dan pengambilan penjawat awam bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, daripada lebih sejuta pemohon, didapati 82 peratus dan 11 peratus masing-masing dari keturunan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, berbanding tidak sampai dua peratus dari keturunan Cina dan hampir tiga peratus India.

Statistik pelantikan pula, menunjukkan bahawa 25,587 daripada 822,583 pemohon Melayu berjaya dilantik yang merupakan kadar berjaya sebanyak 3.11 peratus, berbanding dengan 1,841 dari 18,916 pemohon Cina atau kadar berjaya 9.73 peratus dan 1,593 daripada 29,801 pemohon India atau kadar berjaya 5.35 peratus. Kadar berjaya bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah di lingkungan 3.3 peratus hingga 3.8 peratus.

Berhubung pemilihan seseorang calon memasuki perkhidmatan awam, ia dibuat berdasarkan prestasi dalam sesi temu duga dan hanya calon yang terbaik sahaja akan ditawarkan sesuatu jawatan. Oleh itu, pemilihan seseorang calon ke dalam perkhidmatan awam adalah mengikut merit dan bukannya berdasarkan kepada sistem kuota kaum. Dalam melaksanakan urusan pengambilan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sentiasa berusaha untuk menggalakkan penyertaan kaum bukan Melayu menyertai perkhidmatan awam, selaras dengan hasrat kerajaan. Kerajaan adalah serius dan jujur dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia keturunan Cina dan India untuk turut menyertai perkhidmatan awam. Adalah diharapkan dengan langkah-langkah serta dorongan daripada para pemimpin masyarakat, ibu bapa dan guru, lebih ramai rakyat Malaysia keturunan Cina dan India akan tampil ke hadapan untuk mengisi jawatan dalam sektor awam.

Sabtu, 5 Disember 2009

Calon SPM boleh tambah 2 subjek

Pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dibenarkan mengambil tambahan dua mata pelajaran tetapi keputusan keseluruhan akan tetap mengambil kira 10 mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kabinet membuat keputusan itu setelah mengambil kira rayuan yang dibawa oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam yang mewakili banyak pihak. Penjelasan menyeluruh berhubung perkara itu akan dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Md Dom.


Pokoknya 10 subjek utama itu kekal tetapi memberi kelonggaran bahawa pelajar boleh membuat pilihan untuk mengambil mata pelajaran bahasa Cina atau Tamil dan sastera Cina atau sastera Tamil. Keputusan mata pelajaran tambahan itu tidak akan diambil kira dalam pemberian biasiswa dan sebagainya. Pelajar kini boleh mengambil 12 atau 11 subjek tetapi itu tidak mengambil kira dalam perkara 10 subjek asas dan elektif. Sebelum ini, mereka tidak boleh mengambil, jadi kerajaan tidak mahu sekat dan memberi mereka kelonggaran.

Langkah itu akan membolehkan pelajar berkenaan menggunakan keputusan yang diperolehnya dalam subjek tambahan itu untuk menjadi guru bahasa Tamil atau sebagainya. Bulan lepas, Dr Subramaniam berkata akan mengusulkan kepada Kabinet agar membenarkan pelajar India mengambil maksimum 12 mata pelajaran bagi peperiksaan SPM. Dr Subramaniam yang juga naib presiden MIC berharap Kementerian Pelajaran akan membenarkan pelajar India mengambil subjek Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil selain 10 mata pelajaran yang ditetapkan kementerian berkenaan.

Khamis, 3 Disember 2009

Pelaksanaan GST Akan Bantu Malaysia Atasi Penurunan Hasil Cukai

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membantu Malaysia mengatasi penurunan dalam hasil cukai, selari dengan penurunan rizab minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Walaupun pendapatan dan pertumbuhan negara bergantung kepada hasil minyak, sumber pendapatan akan habis perlahan-lahan memandangkan sumbernya tidak dapat ditentukan.


Bagi meneruskan GST, kerajaan akan laksanakannya secara berstruktur dan perlahan-lahan, dengan cukai diperkenalkan secara semula jadi, selari dengan paras semasa perkhidmatan dan cukai jualan supaya ia tidak membebankan. Barangan asas dan keperluan akan dikecualikan bagi memastikan kutipan cukai pada tahap yang cekap. Sistem kutipan akan sentiasa dianalisis bagi memastikan tahap kutipan cukai yang cekap.



Matamat kerjaan bukan cukai asas barangan dan perkhidmatan, tetapi meluaskan asas kutipan hasil supaya negara tidak terlalu bergantung kepada satu sektor untuk menjana pertumbuhan masa depan negara.

Jangan Samakan Bong Dengan Chin Peng

Keputusan kerajaan tidak membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia adalah tepat kerana sejarah membuktikan bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu tidak berminat untuk membuang ideologi komunis, kata bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Rahman Yaakub. Tun Rahman, yang bertanggungjawab menamatkan ancaman komunis di Sarawak setelah memeterai Perjanjian Sri Aman pada 21 Ogos 1973, berkata Chin Peng tidak boleh disamakan dengan Bong Chee Kok, ketua Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku), sayap angkatan bersenjata Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utama (PPKU).

Ancaman komunis yang diketuai Bong telah menjadi ancaman utama kepada keselamatan negeri pada ketika itu tetapi Bong dibenarkan kembali ke pangkuan masyarakat apabila beliau menunjukkan keikhlasan untuk menamatkan peperangan bersenjata berbanding Chin Peng. Isu Chin Peng timbul apabila beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia bagi menziarahi keluarganya di Sitiawan, Perak, tetapi ini dibantah keras khususnya oleh bekas anggota tentera yang pernah berdepan dengan kekejaman komunis.

Juga diulas semasa di hutan, Bong tidak banyak melakukan kekejaman berbanding Chin Peng manakala pendekatan dan perwatakan kedua-duanya juga berbeza. Bong telah menunjukkan keikhlasannya untuk mencari jalan damai dan mengakhiri perjuangannya sebagai komunis. Komitmen Bong untuk mencari jalan damai terbukti apabila tidak lama selepas pertemuan mereka berdua, Perjanjian Sri Aman dimeterai antara kerajaan negeri dan Paraku dan ancaman komunis diketuai oleh Bong turut berakhir. Bong kemudian meletak senjata dan memulakan satu perusahaan ternakan.

Jumaat, 27 November 2009

Parti Politik Menghalang Media Membuat Liputan

Pusat bagi Kewartawanan Bebas (CIJ) menggesa parti-parti politik tidak menghalang mana-mana organisasi media daripada membuat sebarang liputan majlis. Persatuan itu tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang yang tidak membenarkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan sidang media yang diadakan. Pengamal media adalah profesional, tanpa mengira parti politik mana yang menjadi gabungan media itu, mereka seharusnya dibenarkan membuat liputan majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.


Rabu lepas, wartawan Utusan Malaysia Abdul Yazid Alias mendakwa beliau telah dihalang menghadiri sidang akhbar Setiausaha Persatuan Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (Selproa), Ng Yap Hwa. CIJ selain daripada menekankan perlunya pihak media dibenarkan membuat liputan sebarang majlis dan isu-isu yang menarik perhatian orang ramai, pihak media juga perlu memberikan liputan yang adil. CIJ turut menegaskan apa-apa bentuk halangan terhadap mana-mana organisasi media daripada membuat sebarang liputan adalah tidak boleh diterima. Oleh itu, kepentingan awam hanya boleh dipenuhi jika media dibenarkan untuk melakukan tugas mereka berdasarkan prinsip-prinsip keadilan dan objektif. CIJ inginkan masyarakat yang demokratik, bebas di mana rakyat menikmati kebebasan media dan kebebasan untuk mendedahkan, mencari dan menyampaikan maklumat.

Hakikatnya Pakatan Rakyat yang selama ini menyatakan kerajaan BN tidak boleh menyekat liputan media, tetapi mereka sendiri mengamalkan sekatan liputan media dan menyembunyikan maklumat yang benar. Mereka mahu menyembunyikan sesuatu yang TIDAK BETUL daripada pengetahuan orang ramai.

Kursus Biro Tata Negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia. Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik.


Kerajaan Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi gambaran yang salah tentang BTN. Masyarakat dan syarikat-syarikat swasta tidak sepatutnya dihalang daripada menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan BTN. Surat arahan berkaitan larangan itu akan dikeluarkan segera kepada semua jabatan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor.

Hakikatnya, Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kakitangan awam persekutuan, masyarakat dan syarikat swasta daripada menghadiri kursus anjuran BTN. Kakitangan persekutuan, tidak tertakluk kepada arahan kerajaan negeri Selangor itu. Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa menghalang orang ramai daripada mengikuti kursus BTN. Di manakah peruntukan undang-undang yang membolehkan Menteri Besar untuk berbuat demikian? Tak ada pun peruntukan sedemikian dalam perundangan. Juga Kerajaan BN selama ini tidak pernah menyekat anjuran kursus yang diadakan oleh parti pembangkang walaupun intipati kursus adalah bertentangan dengan ideologi BN.


Kerajaan persekutuan, tetap akan meneruskan kursus-kursus BTN walaupun Selangor mengambil tindakan sedemikian. Jikalau Kerajaan Selangor tidak mahu, tidak mengapa. Kerajaan Persekutuan tidak boleh halang jika orang ramai mahu mendalami konsep 1Malaysia, semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat.

Isnin, 16 November 2009

Pindaan Laporan Audit Hutan Sarawak Akan Beri Perspektif Seimbang

Jabatan Audit Negara (JAN) bersetuju membuat pindaan sewajarnya terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2008 mengenai pengurusan hutan di Sarawak. Laporan awal yang dikeluarkan jabatan itu tidak menggambarkan keadaan menyeluruh dengan membuat kesimpulan secara rambang tentang pengurusan hutan secara lestari di negeri ini. Dengan mengambil kira maklum balas daripada Jabatan Hutan Sarawak, perspektif yang lebih seimbang dan tepat (mengenai pengurusan hutan di negeri ini) akan diberi pengiktirafan sewajarnya. Ketua Audit Negara telah menulis kepada JAN tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan hutan dan maklum balas yang dikemukakan oleh Jabatan Hutan juga tidak diambil kira dalam laporan awal audit.

Berkenaan kelemahan pengurusan hutan yang dibangkitkan oleh pembangkang, isu dan tohmahan mengenai segelintir pegawai Jabatan Hutan yang dikatakan "kaki lepak" merupakan satu episod sejarah yang berlalu kerana tindakan pembetulan dan penambahbaikan telah dilakukan. Isu berkaitan dengan tindakan undang-undang yang dibawa oleh Kesatuan Pekerja Jabatan Hutan ke mahkamah telah selesai dan tidak perlu digembar-gemburkan lagi.

Pencelaan Voon Lee Shan (Batu Lintang-DAP) terhadap anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) sebagai "Yes Men" dan "rubber stamps" merupakan satu penghinaan terhadap Dewan Undangan Negeri Sarawak yang mulia dan kewibawaan wakil rakyat yang menyokong undang-undang Ordinan Perbadanan Perhutanan Sarawak.

Mengenai penyeludupan kayu balak dari negara jiran, kerajaan negeri tidak membenarkan pengimportan balak dari negara luar, termasuk negara jiran yang bertindak mengharamkan pengeksportan balak, kecuali dengan dokumentasi yang dikeluarkan oleh negara asal. Amalan pengurusan hutan secara lestari dilaksanakan di kawasan Hutan Simpan Kekal, dengan keluasan 5.2 juta hektar yang diwartakan, serta kawasan Terlindung Sepenuhnya (0.7 juta hektar) yang meliputi 56 peratus daripada 12.4 juta hektar keluasan tanah Sarawak.

Sabtu, 14 November 2009

Rancangan Tebatan Banjir Jadi Tumpuan Di Bawah RMK-10

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) nanti. Menterinya Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata pada satu mesyuarat semalam, kabinet bersetuju untuk memberi tumpuan kepada Rancangan Tebatan Banjir bagi menangani masalah banjir yang melanda beberapa negeri setiap tiba musim tengkujuh. Kabinet bersetuju untuk menggunakan pelbagai pendekatan termasuk inisiatif pembiayaan swasta untuk membiayai projek-projek tebatan banjir. Dengan inisiatif ini, lebih banyak projek dapat dilaksanakan. Merujuk kepada RMK-10 yang dijadual akan dibentangkan di Parlimen pada Jun tahun depan, projek di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan lebih mesra rakyat. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ketika ini sedang gigih turun padang untuk melihat dan menyenaraikan projek-projek yang perlu dicadang dan dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10. Ini selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya semua pihak menyusun program dan projek yang bermesra rakyat agar sejajar dengan konsep 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Jumaat, 13 November 2009

WAKIL RAKYAT DAP MENCARI POPULARITI DENGAN MENIPU



SUPP Cawangan Batu Lintang mempertikaikan kenyataan wakil rakyat DAP Batu Lintang yang mencari populariti dengan memburuk-burukkan parti SUPP. Parti SUPP tidak pernah ditugaskan untuk menyampaikan wang ehsan bantuan mangsa banjir semasa insiden banjir pada awal tahun 2009, parti tersebut hanya memenuhi perjuangan parti untuk membantu rakyat mendaftar dengan Pejabat Bahagian Kuching untuk mendapatkan bantuan. Dan kenyataan wakil rakyat DAP nyatanya tidak berasas dan berunsur penipuan.

(Gambar: Pemuda SUPP Cawangan Batu Lintang mempertikaikan kenyataan Wakil Rakyat DAP Batu Lintang dalam Sidang Akhbar semalam. AJK Pemuda juga menunjukkan gambar-gambar ahli-ahli parti yang membantu dalam kerja menyelamat dan pemindahan mangsa banjir.)

Mengikut laporan yang diperolehi, sebanyak 60 keluarga dari Kampung Kudei dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir pada 11.1.2009. Dan mereka telah memperolehi bantuan daripada jabatan kebajikan dan persatuan tempatan. Kerajaan juga telah memberi wang ehsan bantuan mangsa banjir RM500.

Banjir berlaku semula pada 29.1.2009 dan penduduk Kampung Kudei terpaksa di pindah semula ke pusat permindahan dan memperolehi bantuan dari pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan tempatan termasuk Cawangan SUPP Batu Lintang. Parti SUPP telah membantu agensi kerajaan untuk mendaftarkan mangsa banjir dan sebanyak 800 lebih keluarga mangsa banjir di sekitar kawasan Sungai Maong telah didaftarkan dan telah diberikan wang ehsan bantuan mangsa banjir sebanyak RM300 sekeluarga.

Juga dipertikaikan 150 keluarga Kampung Kudei yang masih belum menerima bantuan mangsa banjir sepertimana yang dinyatakan oleh wakil rakyat DAP. Siapa yang akan dibayar sekiranya tidak mendaftar dengan Pejabat Residen? Ataupun angka tersebut adalah REKAAN sahaja semata-mata untuk mencari populariti.

SUPP Cawangan Batu Lintang juga telah mendapatkan derma daripada CIMB untuk memperbaiki 2 buah titian jalan kaki di Kampung Kudei yang telah rosak akibat banjir. Dan parti SUPP tidak meminta apa-apa pulangan. Juga disarankan pertubuhan kebajikan, pertubuhan Cina dan Persatuan Bulan Sabit Merah telah menyumbangkan tenaga dan barangan keperluan untuk membantu mangsa banjir. Ahli-ahli parti SUPP Cawangan Batu Lintang juga turun padang untuk membantu kerja menyelamat, dan bukannya seperti wakil rakyat DAP yang hanya pegang payung dan bergambar di kawasan banjir sahaja.


Oleh itu siapakah yang bercakap BOHONG selama ini.... WAKIL RAKYAT DAP sahaja yang pandai berbohong. Dan bukannya untuk isu ini saja... beliau juga sanggup berbohong mengenai persiapan kerja penyelenggaraan jalan raya dan sistem pemparitan dengan menyatakan ianya adalah usahanya, walaupun kenyataan sebenar kerja-kerja penyelenggaraan diadakan atas permohonan projek dan peruntukan yang dilakukan oleh wakil rakyat BN dan parti SUPP.



Selasa, 10 November 2009

Pembangunan tetap diutamakan oleh Kerajaan BN Sarawak

Pembangunan masih diutamakan menerusi Bajet Negeri 2010 dengan memperuntukkan RM2,777 juta atau 70 peratus, manakala RM1,318 juta dikhususkan untuk perbelanjaan mengurus. Bagaimanapun, ia merupakan penurunan daripada RM3,075 juta diperuntukkan untuk tujuan itu (pembangunan), manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,287 juta menerusi Bajet Negeri 2009. Bajet itu merupakan surplus sebanyak RM160 juta. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, tumpuan lebih kepada pembangunan itu merupakan antara lapan strategi yang dirangka oleh kerajaan bagi menggerakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri. Bajet ini dirangka selepas mengambil kira strategi-strategi dan kesinambungan Bajet Negara 2010 dan mengambil kira senario ekonomi global, serantau dan negara pada 2010. Dana sebanyak RM2,777 juta itu dipecahkan kepada RM1,271 juta atau 46 peratus bagi membangunkan sektor perdagangan dan industri. Ia merangkumi geran pembangunan dan pinjaman kewangan kepada badan-badan berkanun. Manakala, RM493 juta atau 18 peratus adalah untuk sektor kemudahan awam. Ia khusus untuk menaik taraf pelbagai kemudahan awam, khusus bagi bekalan air di bandar atau luar bandar. RM316 juta atau 11 peratus untuk pentadbiran am yang bermaksud untuk menambah baik kemudahan kerajaan agar dapat meningkatkan sistem penyampaian. RM213 juta atau 8 peratus untuk pembangunan sektor pertanian, tanah dan luar bandar. Ia khusus untuk program pembangunan ladang, bantuan kepada petani, veterinar, perikanan, penyelidikan pertanian dan perhutanan.

RM277 juta atau 10 peratus adalah untuk memperbaiki kemudahan pengangkutan dan perhubungan terutama jalan raya, jambatan dan pelabuhan. RM207 juta atau 7 peratus adalah untuk pembangunan masyarakat dan sosial seperti skim perumahan dan penempatan semula, kemudahan rekreasi dan sukan serta perkhidmatan masyarakat dan kebajikan. Cadangan peruntukan sebanyak RM2,777 juta pada 2010 maka keseluruhan peruntukan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) menjadi RM12.5 bilion, iaitu, RM2.5 bilion lebih daripada peruntukan asal sebanyak RM10 bilion. Wang ini akan dibelanjakan dengan sebaik mungkin bagi tujuan pembangunan negeri dan manfaat rakyat.


Perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,318 juta akan dibahagi kepada lima bahagian. RM479 juta atau 36 peratus adalah untuk emolumen kakitangan. RM466 juta atau 35 peratus adalah untuk perkhidmatan dan pembekalan. RM348 juta atau 26 peratus adalah untuk geran dan bayaran tetap yang akan diperuntukkan kepada agensi-agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun. RM20 juta adalah untuk perolehan asset. RM5 juta adalah untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain. Peruntukan RM1,318 juta bagi perbelanjaan berulang pada tahun depan adalah rendah sebanyak tiga peratus berbanding RM1,357 juta untuk 2009.

Bagaimanapun, terdapat peningkatan emolumen kakitangan berikutan, terutamanya, pertambahan kakitangan dan penyerapan kakitangan bergaji hari kepada jawatan tetap. Pendapatan kerajaan negeri pada tahun depan dijangka mencecah RM3,579 juta. Angka itu merupakan penurunan sebanyak RM310 juta atau 8 peratus berbanding jangkaan pendapatan sebanyak RM3,889 juta untuk tahun ini. Penurunan pendapatan adalah berikutan jangkaan lebih rendah daripada minyak dan gas lanjutan harga yang rendah terhadap komoditi tersebut pada tahun depan.

Pembetungan pelihara sumber air

Kerajaan Negeri Sarawak kini berdepan cabaran hebat dalam usaha mengekalkan sumber bekalan air bersih di negeri ini. Untuk me-mastikan sumber bekalan air bersih di negeri ini terus terpelihara usaha harus bermula dengan pembinaan sistem pembetungan bersepadu yang benar-benar berkualiti. Bagaimanapun peruntukan yang banyak amat diperlukan kerana kos membina sistem pembetungan bersepadu yang diiktiraf kualitinya sangat mahal. Tidak ada satupun negeri di Malaysia dapat membiayai pembinaan sistem pembetungan bersepadu yang terbukti berkualiti tetapi kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik untuk memiliki sistem ini dan bantuan kerajaan pusat sangat diperlukan.

Menyedari kepentingan sistem itu dipraktikkan di negeri ini, pada Oktober 2008 kerja-kerja pembinaan pakej pertama projek berkenaan yang meliputi lima kawasan utama di bandar raya Kuching di-mulakan dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2012. Disebabkan pembinaan sistem tersebut membabitkan kos yang tinggi ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan berdasarkan keperluan sesuatu kawasan. Pembinaan sistem pembetungan bersepadu ini membabitkan empat pakej dengan kos keseluruhan dianggarkan RM2 bilion dan pakej pertama sahaja melibatkan kos berjumlah RM530 juta. Tetapi kerajaan tiada pilihan kerana tidak boleh terus membiarkan air sisa domestik (grey water) dan air sisa tangki septik (black water) terus disalurkan ke sungai yang akhirnya menyebabkan Sungai Sarawak tercemar.

Pembinaan sistem pembetungan bersepadu itu penting bagi memastikan bandar raya Kuching terus selamat, bersih dan selesa untuk didiami selain persekitaran yang kondusif untuk ekonomi moden. Justeru itu rakyat hendaklah memberi kerjasama kepada kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha mewujudkan serta mengekalkan standard kehidupan yang lebih baik terutamanya di sekitar bandar raya Kuching. Kerajaan mungkin mampu membina sistem ini tetapi untuk memastikan ia dapat diselenggara dan beroperasi dengan baik kerjasama daripada rakyat amat perlu. Kos operasi dan selenggaraan sistem ini perlu dikongsi dengan rakyat menerusi bayaran (cukai) tertentu tetapi menjamin ia pada kadar yang amat berpatutan.

Pelaksanaan projek tersebut juga dapat mengurangkan dengan berkesan pencemaran air dan pada masa sama meningkatkan kualiti air Sungai Sarawak. Dengan sistem ini air sisa buangan dari hartanah individu dapat disalurkan terus ke loji rawatan dan selepas menjalani beberapa proses rawatan sisa yang dibuang ke Sungai Sarawak lebih bersih berbanding sebelum ini (Standard A) dan selamat untuk semua aktiviti rekreasi air. Kerajaan merancang untuk melanjutkan pembinaan sistem tersebut di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dengan cadangan pakej kedua meliputi kawasan-kawasan di timur dan barat pusat bandar raya Kuching manakala pakej ketiga melibatkan kawasan utara tebingan Sungai Sarawak. Projek berkenaan dikendalikan Kumpulan-Nishimatsu-Hock Seng Lee Consortium.

Sabtu, 7 November 2009

Sarawak Percepatkan Rancangan Peluasan Penjanaan Kuasanya

Sarawak akan mempercepatkan rancangan peluasan penjanaan kuasanya bagi menampung permintaan industri tempatan dan juga menjual kuasa ke Semenanjung Malaysia. Projek Empangan Hidroelektrik Bakun untuk menghasilkan 2,400MW menjelang 2011 dan projek empangan Murum bernilai RM3 bilion untuk menjana kuasa 900MW menjelang 2013 tidak mampu memenuhi permintaan industri berintensif tenaga yang dirancang untuk Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) pada 2015. Contohnya, kilang pelebur memerlukan minimum 776MW dan akan terdapatnya empat kilang pelebur di SCORE menjelang 2015. Keutamaan Kerajaan Negeri Sarawak ialah memenuhi permintaan industri. Dengan Bakun beroperasi sepenuhnya beserta dengan kemunculan kilang-kilang pelebur, kami tiada pilihan tetapi perlu mempercepatkan rancangan peluasan penjanaan kuasa, diharapkan ianya boleh menjana 3,000MW kuasa menjelang 2015. Imbang Penuh

Selain daripada permintaan kuasa dalam industri berintensif tenaga di dalam negeri, Negeri Sarawak juga menjual kira-kira 1,700 MW kuasa dari Bakun kepada Semenanjunga Malaysia menerusi kabel submarin. Projek Empangan Hidroeletrik Bakun dijangka mula menjana 300MW tenaga elektrik pada bulan Oktober atau November tahun depan apabila satu daripada lapan turbinnya mula dilaksanakan. Empangan itu yang akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2011 dan sebahagian besar elektrik akan dieksport ke Semenanjung Malaysia menerusi kabel submarin dasar laut, dijangka siap pada 2016. Selain daripada projek empangan hidroelektrik, Negeri Sarawak juga akan mengembangkan kilang arang batunya. Kerajaan akan tembusi sumber arang batu kerana kita Negeri Sarawak mempunyai rizab arang batu yang banyak.


Jumaat, 6 November 2009

Lebih 200,000 Keluarga Bakal Dapat Manfaat Subur

Mulai 1 Dis, lebih 200,000 keluarga di seluruh negara bakal menikmati Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Melalui SUBUR golongan miskin, miskin tegar termasuk golongan Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapatkan baucar-baucar untuk ditukarkan bagi mendapatkan atau membeli beras terutamanya beras Super Tempatan 15 peratus (ST15).


Bagi golongan miskin tegar mereka akan mendapat baucar bernilai RM24 yang membolehkan mereka mendapat sekampit beras 10kg bernilai RM24 dan dengan tiga baucar bernilai RM24 diberi dalam sebulan, mereka akan mendapat 30kg beras secara percuma. Kalau 30kg cukup, kalau makan sepinggan cukup, kalau dua pinggan pun cukup. Bagi golongan miskin, mereka akan diberikan baucar bernilai RM10 di mana mereka perlu menambah RM14 bagi mendapatkan sekampit beras seberat 10kg.

Jangan diperlekehkan Barisan Nasional kerana ia merupakan kerajaan yang menjadi juara kepada rakyat kerana ia banyak membela nasib rakyat. Program ini dirangka bagi memastikan subsidi beras menepati sasaran kerana sebelum ini berlaku ketirisan di mana beras ST15 boleh dibeli oleh pendatang asing dan juga pengusaha-pengusaha bihun. Jika ada di antara golongan miskin dan miskin tegar yang tidak tersenarai di dalam senarai penerima baucar ini mereka boleh mendaftarkan nama mereka di agensi-agensi kementerian dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Kerajaan Tarik Balik Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan

Kerajaan telah bersetuju supaya pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan ditarik balik setelah mengambil kira pandangan rakyat dan selaras dengan konsep rakyat didahulukan. Sejak langkah itu diumumkan, kerajaan telah menerima banyak aduan dari orang ramai yang rata-rata tidak bersetuju dengan langkah pemeriksaan mandatori tahunan ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MITI, pada 28 Oktober, telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas.

Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia menyambut baik langkah kerajaan menarik balik syarat pemeriksaan mandatori ke atas kereta yang berusia lebih 15 tahun sebelum memperbaharui cukai jalan. Keputusan itu diterima baik oleh kira-kira 500,000 pesara di negara ini. Mereka mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Timbalan Perdana Menteri kerana mendengar masalah rakyat. Kebanyakan pesara menggunakan kereta ketika dibeli semasa berkhidmat dengan kerajaan dan kini tidak lagi mampu membeli kereta baru. Jika peraturan itu dikuatkuasakan, ia akan membebankan pesara tetapi menghargai hasrat kerajaan meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Kerajaan harus meningkatkan pengawasan terhadap kenderaan komersial yang mengeluarkan asap hitam, sistem brek yang kurang berkesan serta melanggar pejalan kaki yang tidak berdosa. Pemansuhan syarat pemeriksaan kereta lama merupakan berita baik kedua kepada pesara selepas kerajaan melanjutkan pembayaran khas RM500 yang dinikmati oleh petugas awam kepada pesara kerajaan pada Bajet 2010 bulan lepas.

Majikan perlu awasi pergerakan pembantu rumah

Majikan yang menggaji pembantu rumah warga asing diingatkan supaya sentiasa mengawasi pergerakan orang gaji mereka agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Hasil siasatan mendapati sesetengah kes rompakan yang berlaku melibatkan pembabitan pembantu rumah. Ini berpunca daripada kegagalan para majikan yang pernah menjadi mangsa rompakan meneliti sepenuhnya pergerakan pembantu rumah mereka sehingga memudahkan orang luar yang tidak dikenali memasuki rumah. Oleh yang demikian, pergerakan pembantu rumah hendaklah sentiasa dipantau termasuk merancang dengan teliti tugas harian pembantu rumah mereka terutamanya yang membabitkan urusan keluar dan masuk rumah.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Lumpuhnya Kerjasama Pakatan Rakyat

Bagi kebanyakan pemimpin dan pemerhati politik, krisis dalaman yang sedang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS di Selangor sejak kebelakang ini bukan sesuatu yang memeranjatkan. Malah ada di antara mereka percaya masalah ini akhirnya akan melumpuhkan kerjasama tidak rasmi di antara parti-parti pembangkang itu. Inilah yang akan berlaku apabila beberapa parti bergabung secara tidak rasmi untuk mentadbir kerajaan. Mereka bekerjasama dengan parti yang berlainan ideologi untuk mentadbir rakyat, tapi pada masa yang sama nak kena jaga wakil rakyat dan pemimpin masing-masing. Inilah yang berlakunya di mana Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah mengambil tindakan keluar dari PKR sebagai bukti kegagalan PKR menjaga wakil rakyatnya. Juga dijangkakan akan ada lagi wakil rakyat-wakil rakyat kerajaan pakatan pembangkang ini yang akan keluar parti, masing-masing sebab tak puas hati.

Permasalahan yang melanda PKR dan PAS dan kesan permasalahan itu kepada pakatan pembangkang, keadaan mungkin berpunca daripada dasar `ketelusan' yang cuba diamalkan oleh kerajaan pakatan, selain kegagalan pemimpin-pemimpin parti memisahkan ideologi parti dan dasar kerajaan. Kadang-kadang ada keputusan kerajaan tidak disenangi oleh beberapa pemimpin parti dan mereka meluahkan perasaan masing-masing berasaskan prinsip ketelusan, tetapi dalam hal ini akan ada pihak dari parti lain yang tersinggung maka timbullah masalah baru.



Semua itu berpunca daripada perbezaan ideologi parti masing-masing dan ketiadaan saluran rasmi untuk menyelesaikan masalah berbangkit telah memburukkan keadaan. Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai saluran rasmi dan setiap masalah diselesaikan melalui saluran itu, pakatan pembangkang tidak ada dan ini menyukarkan mereka untuk bekerja menyelesaikan masalah antara parti. Cara terbaik untuk pakatan pembangkang menyelesaikan masalah di antara mereka adalah menubuhkan gabungan secara rasmi. Sekarang cuma bergabung secara `sleeping partners', tak ada satu ideologi yang dipersetujui semua, justeru tidak boleh mentadbir sebagai satu parti. BN walaupun dianggotai pelbagai parti tetapi mereka mentadbir sebagai satu parti.

Tambahan pula ROS (Pendaftar Pertubuhan) dah kata syarat tujuh anggota itu tidak terpakai kepada parti politik, jadi apa lagi yang ditunggu? Rasmikan saja dan jadikan sistem politik negara kita sebagai sistem dua parti. Bagaimanapun agak sukar untuk pakatan pembangkang merasmikan gabungan mereka. Masing-masing berpakat cuma untuk menang pilihan raya, dan sama sekali tidak mempunyai kesefahaman daripada segi ideologi, khususnya antara PAS dan DAP, malah PAS dan PKR pun. Malah tidak pasti perbezaan ideologi antara PAS dan DAP ini boleh diatasi sebab terlalu jauh berbeza.

Ketiga-tiga parti itu memerlukan masa yang lebih lama untuk membentuk gabungan rasmi kerana ada isu-isu tertentu seperti penentuan parti induk dan ideologi bersama yang harus dipersetujui terlebih dahulu. Pakatan pembangkang adalah rapuh dan hanya berpaut pada satu dahan iaitu ketua pembangkang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar hanyalah sebagai gam yang menyatukan ketiga-tiga parti ini tetapi sekarang beliau sendiri menghadapi masalah, yang akan menjejaskan kerjasama pakatan itu sendiri. Kegagalan parti-parti pakatan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman masing-masing akan beransur-ansur melumpuhkan kerjasama di antara mereka.

Kalau dasar-dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima baik rakyat, tidak mustahil pakatan pembangkang akan menghadapi masalah mengekalkan pentadbiran di negeri-negeri yang ditawan mereka sekarang. Adalah mustahil untuk parti PAS bertunjangkan agama Islam itu mengenepikan matlamat mereka iaitu menubuhkan negara Islam. Perbezaan ideologi adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada pertelingkahan antara PAS dan DAP di Selangor. Pemimpin PAS juga mengakui memang payah untuk pakatan ini menjadi satu gabungan rasmi sebab PAS tidak akan sekali-kali mengetepikan perjuangannya untuk menubuhkan negara Islam, dan DAP pula tidak akan bersetuju.

Oleh itu pilihlah parti kerajaan yang benar-benar dapat memperjuangkan kepentingan rakyat dan berpengalaman untuk mentadbir negara.. iaitu BARISAN NASIONAL.

Harga minimum rokok mulai Januari 2010

Kerajaan akan menguatkuasakan peraturan harga minimum rokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi menghalang peningkatan golongan perokok, terutamanya remaja. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, cadangan tersebut turut dipersetujui pejabat Peguam Negara dan telah diwartakan untuk dilaksanakan awal tahun depan. Kerajaan perlu menetapkan harga minimum rokok bagi menyukarkan perokok terutamanya remaja daripada mendapatkan bahan itu. Selain itu, ia juga bertujuan mengawal lambakan rokok-rokok murah yang mungkin memasuki negara ini selepas Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dikuat kuasakan pada Januari tahun depan.

Kementerian telah menghantar cadangan melaksanakan peraturan harga minimum tersebut kepada Pejabat Peguam Negara (AG) untuk pertimbangan dan pihak AG telah bersetuju untuk mewartakan cadangan tersebut dengan penguatkuasaannya akan bermula awal Januari tahun depan. Harga minimum bagi 20 batang rokok yang dicadangkan ialah RM6.20 sekotak. Dengan jumlaImbang Penuhh tiga juta perokok atau kira-kira 11 peratus daripada jumlah penduduk negara ini, adalah cukup penting untuk harga minimum ini dikuatkuasakan. Dengan penguat kuasaan ini, kementerian berharap dapat mengurangkan jumlah perokok selain mengawal kemasukan rokok-rokok seludup yang dipercayai mempunyai kadar toksid yang lebih tinggi daripada rokok yang dibenarkan.




Umum telah tahu kesan daripada merokok, di mana asap rokok itu sendiri mempunyai lebih daripada 4,000 bahan toksik yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit paru-paru dan jantung. Jadi usaha kerajaan ke arah pengawalan tabiat merokok adalah dengan memastikan rokok susah untuk didapati di pasaran. Walaupun kerajaan sedar kesan daripada merokok, tetapi kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyekat atau menghapuskan terus penjualan rokok di negara ini. Dengan jumlah tiga juta perokok yang ada, adalah mustahil untuk kerajaan menghapuskan terus penjualan rokok…kita perlu fikirkan kaedah lain.

Pasukan Petugas Akan Siasat Laporan Ketua Audit Negara

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi yang diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu. Penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh Kabinet, yang bermesyuarat Jumaat dan selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan budaya prestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.

Kabinet memandang serius laporan itu dan telah memutuskan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan kewangan yang disebut dalam laporan itu. Jawatankuasa bukan sahaja akan menyiasat penyalahgunaan kuasa dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan kewangan itu tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran terhadap mereka yang didapati bersalah tetapi tidak boleh didakwa di mahkamah atas pelbagai sebab. Pasukan petugas itu akan turut dianggotai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sendiri. Mereka malahan diberikan kuasa untuk meminta bantuan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika perlu berbuat demikian.

Perdana Menteri menekankan bahawa kerajaan bukan berniat untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi hanya mahu memastikan mereka yang melakukan kesalahan tidak terlepas. Kerajaan akan menggunakan undang-undang terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan tetapi jika terdapat kes yang kami tidak boleh bawa ke mahkamah, kami akan gunakan tindakan pentadbiran seperti diturunkan pangkat atau dipindahkan. Tindakan yang diambil akan dilakukan secara adil dan akan turut mengambil kira semua faktor dan keadaan.

Kerajaan juga akan memberikan peluang yang adil untuk mereka yang berkenaan untuk mempertahankan diri. Pasukan petugas akan diberikan kuasa untuk memanggil siapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk memberi keterangan kepada pasukan petugas. Dan juga mahu menunjukkan bahawa malahan mereka yang berada dalam sistem pentadbiran kerajaan juga tidak akan terlepas jika mereka telah mengeluarkan arahan yang salah kepada kakitangan bawahan. Kabinet berpendapat tindakan perlu diambil kerana kami tidak mahu kesilapan berulang setiap tahun dan hanya dipaparkan dalam laporan Ketua Audit Negara tanpa sebarang tindakan serius diambil terhadap pelaku kesalahan.


Pasukan petugas akan mengadakan mesyuarat pertama pada Isnin dan meneliti laporan secara berperingkat mengikut kes demi kes. Kerajaan komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam yang menyalahgunakan kuasa ketika berkhidmat. Dalam pada kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ketika berkerja dalam perkhidmatan awam, kerajaan juga akan memberikan ganjaran kepada mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang. Kerajaan bukan hanya mengambil tindakan untuk menghukum tetapi juga memupuk budaya prestasi tinggi di mana mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang akan diberikan ganjaran.

Pengiraan Merit Ke IPTA Guna Gred Baru Mulai Tahun Depan

Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini . Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A dengan A dengan A-.

Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A , A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14. Gred 3B ditukar kepada B dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D(empat), 8E kepada E (dua) dan 9G kepada G dengan merit sifar. Bagaimanapun kaedah baru itu akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah. Pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti, syarat khas program pengajian serta pemilihan calon akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia ada bagi lepasan SPM 2008 dan sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009. Bagi memastikan peluang pelajar lepasan SPM terdahulu untuk melanjutkan pengajian ke IPTA tidak terjejas.

Pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini itu akan disebarkan melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 mulai Januari hingga Mac tahun depan di 10 zon terpilih seluruh negara. Kementerian juga akan mengadakan taklimat kepada guru bimbingan dan kaunseling serta mengemas kini maklumat itu melalui cetakan dan agihan brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah serta di laman web kementerian (Pengajian Tinggi) dan Kementerian Pelajaran.
Pengguna jalan raya di Sarawak yang sering melanggar undang-undang trafik tidak akan dapat lari daripada tindakan penguatkuasaan apabila lapan lokasi di negeri ini dijangka dipasang dengan Kamera Pengesan Saman Secara Automatik. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Abdul Hamed Akob berkata, kajian fasa pertama untuk mengenalpasti lokasi pemasangan AES jalan raya dari Kuching ke Miri sudah selesai. Antara lokasi yang dikenalpasti ialah Jalan Sultan Tengah, Jalan Tabuan Jaya, Jalan Kota Samarahan, Jalan Kuching-Serian, Jalan Sri Aman-Sarikei, Jalan Kidurong di Bintulu dan Luak Bay di Miri.

Bagaimanapun lokasi-lokasi tersebut mungkin berubah atau ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan. Buat masa ini JPJ belum lagi mengetahui bila AES akan dipasang dan beroperasi di Sarawak namun selepas fasa pertama selesai tumpuan akan diberi kepada pemasangan AES di lampu trafik serta lokasi strategik. Kajian fasa kedua melibatkan pemasangan AES untuk merakam kesalahan trafik yang sering dilakukan iaitu melanggar arahan lampu isyarat, memandu melebihi had laju dan memotong kenderaan di garisan berkembar.AES merupakan kamera pemantauan automatik yang akan diletakkan di kawasan yang sering berlaku kemalangan di lebuh raya dan jalan persekutuan serta beroperasi selama 24 jam.



Pada 20 Julai lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dilaporkan berkata menerusi AES, semua kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya akan direkodkan melalui kamera automatik itu dan saman dikeluarkan serta-merta menerusi sistem komputer JPJ. Pemandu yang dikesan melakukan kesalahan dan enggan membayar kompaun akan mendapati sukar untuk memperbaharui cukai jalan selain daripada berdepan dengan tindakan undang-undang lebih tegas.Dalam perkembangan lain, dari tempoh Januari hingga bulan lepas sebanyak 51,138 pelbagai jenis kenderaan baru berdaftar dengan JPJ Sarawak.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Sabah, Sarawak Sambut Baik Bajet 2010


Pemimpin di Sabah dan Sarawak hari ini yakin Bajet 2010 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa pengagihan yang adil kepada kedua-dua negeri itu di bawah gagasan 1Malaysia.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap masalah yang dihadapi di Sabah, khususnya gangguan bekalan elektrik.Najib memberi jaminan tempoh gangguan elektrik di Sabah akan dikurangkan kepada 700 minit pada tahun depan."Dengan meletakkan asas kepada modal ekonomi baru ini, semua penekanan secara khusus akan diberikan ke arah mencapai kesejahteraan rakyat dan merealisasikan pelaksanaan bidang-bidang keberhasilan utama negara (NKRA)," katanya.

Di KUCHING, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Datuk Seri Dr James Masing menyambut baik penekanan yang diberi bagi pembangunan luar luar bandar di Sarawak dan Sabah."Perdana Menteri dalam pembentangan bajet itu berjanji begitu banyak kepada Sarawak dan Sabah dalam soal kemudahan awam dan jalan dan beliau sebenarnya mengotakan janjinya," katanya kepada Bernama."Ini menunjukkan kredibiliti Barisan Nasional pada pandangan rakyat Malaysia," katanya.Dr Masing, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Baleh berkata peruntukan RM1.5 bilion bagi projek-projek termasuk pembinaan jalan masuk ke empangan Murum di Kapit di bawah Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan empangan Baram di Miri, akan menjana kegiatan ekonomi bagi penduduknya.

Menteri Perumahan Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata komitmen kerajaan pusat bagi membina lebih banyak rumah mampu milik Program Perumahan Rakyat (PPR) akan memastikan agihan seimbang bagi program perumahan di bandar-bandar utama di Sarawak."Komitmen bagi membina rumah mampu milik menunjukkan Perdana Menteri begitu prihatin dengan kebajikan kumpulan berpendapatan rendah dan diharap ia akan dapat dilaksanakan mengikut rancangan," katanya.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah memuji bajet itu yang memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan di peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi."Sarawak berterima kasih kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang sentiasa mengambil berat dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunjang utama negara untuk menjadi sebuah negara maju," katanya.Fatimah berkata dengan adanya peruntukan diharap blok kelas dan asrama di luar bandar dapat diperbaiki segera.

Naib Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) William Ghani Bina pula gembira dengan bayaran khas RM500 untuk penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 termasuk pesara wajib.

Bayaran Khas Kewangan RM500 Untuk Semua Penjawat Awam

Bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kini dipanjangkan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib. Bayaran khas itu akan dibuat pada Disember dan langkah itu memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM400 juta. Bulan lepas, kerajaan mengumumkan bayaran khas kewangan itu kepada 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan yang dibayar dua kali iaitu pada September dan Disember. Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM430 juta. Terdapat kira-kira 1.2 juta kakitangan awam pada masa ini, bermakna sebanyak 340,000 lagi penjawat awam dalam Gred 41 hingga Gred 54 akan menikmati faedah itu sekarang.



Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin dengan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penjawat awam dan pesara dan diharapkan mereka akan menggunakan pemberian ini dengan sebaik-baiknya. Kerajaan menghargai komitmen dan kegigihan penjawat awam dalam memastikan pembangunan negara tercapai demi kesejahteraan rakyat. Bagi mengalakkan pengunaan komputer, penjawat awam kini boleh membuat pinjaman kerajaan bagi maksimum RM5,000, sekali dalam setiap tiga tahun bermula tahun depan, berbanding sekali setiap lima tahun sekarang.

Inti Pati Bajet 2010

Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Pada 23.10.2009.
* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010
* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE
* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat
.* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan
* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.
* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012
* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun
* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri
* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI
* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padu membabitkan 180,000 petani
* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut
* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta
* Kerajaan meneydiakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar
* Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain
* Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010
* Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan
* Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014.
* Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010
* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan
* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan
* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011
* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat
* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran
* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara
* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti
* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu
* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion
* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta
* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.
* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.
* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.
* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Jan, 2010.
* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Jan, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif
* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010
* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan
* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan
* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.
* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran
* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
* Pengecualian duti setem 20 preatus ke atas instrumen kewangan Islam
* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara
* Mulai 1 Jan 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan
* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.
* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010
* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus
* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010
* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara
* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik
* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.
* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP

Bajet 2010 Batu Loncatan Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat membentangkan Bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, dan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Najib dalam bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri yang bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama memperuntukkan RM138.3 bilion atau 72.2 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion atau 27.8 peratus untuk perbelanjaan pembangunan. Peruntukan belanjawan 2010 ini merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 sebanyak RM215.7 bilion.


Dalam strategi bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta, mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan, memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus, memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan menggalakkan industri kreatif.

Bagi strategi kedua iaitu memastikan pembangunan holistik dan mapan, kerajaan akan meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi, memantapkan sistem perbankan dan kewangan, memerangi rasuah, pembangunan wilayah koridor, dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan.

Dalam strategi ketiga pula, kerajaan akan berusaha mencegah jenayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar serta pedalaman, dan menambahbaik pengangkutan awam.

Dalam langkah pertama ke arah meningkatkan pelaburan swasta, kerajaan akan menyediakan persekitaran mesra pelanggan, meningkatkan pelaburan swasta, pelaksanaan inisiatif penswastaan, meningkatkan inisiatif projek awam-swasta dan mempergiatkan kemasukan pelaburan asing. Bagi memanfaatkan sepenuhnya pembangunan bidang khusus pula, kerajaan akan merancakkan industri pelancongan, memantapkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan mempergiatkan industri halal, tambahnya. Juga di bawah strategi memacu ekonomi berpendapatan tinggi, Najib berkata kerajaan akan memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa perusahaan kecil dan sederhana, pembangunan industri hijau yakni menggalakkan pembangunan bangunan hijau, dan menggalakkan industri kreatif.

Perdana Menteri berkata bagi mencapai strategi kedua iaitu pembangunan holistik dan mapan, langkah pertama membabitkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang akan ditingkatkan manakala akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan akan diperluaskan. Seterusnya, kerajaan akan menjaga kebajikan golongan pelajar, menggilap kemahiran tenaga kerja, mempergiatkan program Permata, dan memperkasa institusi pengajian tinggi awam.Bagi langkah kedua strategi itu , kerajaan juga akan memantapkan sistem perbankan dan kewangan dengan cara mencergaskan pasaran saham, memajukan lagi sistem kewangan Islam, memperluaskan program mikro kredit Ar Rahnu.

Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah RM42.2 bilion adalah bagi emolumen dan RM20.8 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Sebanyak RM73.9 bilion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap manakala sejumlah RM524 juta disediakan bagi pembelian aset dan baki RM800 juta untuk perbelanjaan lain.

Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak RM25.4 bilion disediakan bagi menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.Perdana Menteri berkata sejumlah RM20.3 bilion diperuntukkan untuk sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

Sebanyak RM3.7 bilion diperuntukkan untuk pembangunan sektor keselamatan, RM1.8 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. (133) Najib berkata kutipan hasil kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 dijangka berkurangan 8.4 peratus kepada RM148.4 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2009.Bagaimanapun, katanya defisit kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 dijangka lebih baik pada paras 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 7.4 peratus pada tahun 2009.

Walaupun bajet 2010 merupakan bajet terakhir bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ia amat penting sebagai asas pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Sejak beliau menerajui kerajaan kira-kira enam bulan lepas, beliau telah mengambil langkah-langkah bagi merangsangkan ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat. Merujuk kepada Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, beliau berkata ia adalah berteraskan nilai-nilai murni berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Maksudnya, dalam apa jua yang dilakukan, kita perlu sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara. Oleh itu setiap langkah diambil memerlukan pengorbanan dan kerjasama padu daripada semua lapisan masyarakat. Kerajaan akan mengambil pendekatan baru berpaksikan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi bagi melonjakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Langkah ini akan meningkatkan pendapatan per kapita rakyat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pada penghujung ucapannya yang mengambil masa lebih dua jam, Najib menggesa seluruh rakyat supaya bersama-sama dalam usaha membentuk satu cita untuk Malaysia tercinta. Bersama api semangat Bagan Pinang yang masih bergejolak dan membakar sukma, bersama harapan yang marak lagi menyala, marilah kita membuat satu transformasi besar-besaran seraya menjulang Malaysia tercinta ini ke persadanya. Sesungguhnya, inilah bajet yang menelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat. Bulatkanlah tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjung gagasan 1Malaysia, segala yang mustahil kan pasti menjadi nyata. 1Malaysia, Kemakmuran Bersama.