Sabtu, 29 Mei 2010

Subsidi berterusan: M'sia bankrap 9 tahun lagi


Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan. Subsidi kini merupakan 54 peratus daripada KDNK negara. Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan. “Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Indris merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

Rasionalisasi subsidi untuk pertumbuhan nyata

Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun. Malaysia perlu merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi, selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan. Malaysia juga perlu mengikuti perkembangan terkini arah aliran pengurangan subsidi global. "Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Makmal itu yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 2 petang hari ini, dilangsungkan bagi mendapat cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi. Mengikut perangkaan daripada Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009, adalah pada 11 peratus. Ia, katanya, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland. "Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus," katanya.

Kaya juga dapat subsidi

Menurut Idris, budaya subsidi mempunyai kesan negatif, dengan subsidi kerap dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan dan penyalahgunaan dan pada masa yang sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran. Beliau berkata, kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara asas "menyeluruh". "Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan, sebagai contoh, memberi subsidi untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perkhidmatan perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

Kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa yang sama meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan. Usaha akan dibuat bagi mengurangkan pembaziran dan penyalahgunaan.

SAY “NO” TO STREET CULTURE POLITICS IN SARAWAK

The people should reject the ‘disgusting’ political culture perpetrated by the opposition PAKATAN RAKYAT because it may lead to a street culture that could get out of control. The ‘Taiwan-style’ of campaigning by the opposition, as recently seen in the Sibu by-election, was disappointing to witness. It was not the culture of this country to campaign on the back of lorries and yelling into a microphone.It may lead to street culture, like in Bangkok. The moment you have that, you cannot control it anymore. All people and businesses will be affected.


On the suspension of several opposition members from entering the new State Legislative Assembly building, is because they brought in ‘coffee shop’ politics into dewan. The chamber is a law-making body. You must behave in a law-abiding manner. Once you are elected, your word is an honour. You cannot act based on your standing of what you discuss in the coffee shop.

DANA KHAS UNTUK MEMBANTU PELAJAR

Pelajar di negeri Sarawak yang mengalami masalah mendapatkan permohonan biasiswa atau pinjaman untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi daripada institusi kewangan swasta dan awam kini boleh berasa lega. Ini berikutan pengumuman Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan dana khas berjumlah RM2 juta bagi membantu pelajar melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukkan RM2 juta kepada Yayasan Sarawak untuk menjalankan program ini dan dana ini adalah untuk pelajar yang telah memohon pinjaman mahupun biasiswa di institusi kewangan lain.



Namun mereka mengalami masalah dan memerlukan bantuan kewangan dengan segera bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan bagi mereka yang layak boleh memohon kepada Yayasan Sarawak. Pelajar yang layak menerima pinjaman mahupun biasiswa berkenaan, mereka juga perlu membayar balik jumlah terbabit. Dana ini diwujudkan untuk membantu dan memberi peluang kepada anak-anak kita meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Syarat dan terma untuk permohonan dana berkenaan mungkin berbeza dengan skim biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak sebelum ini.


Jelasnya strategi dan tindakan tertentu perlu dilakukan dalam usaha menyediakan peluang pendidikan kepada generasi masa kini. Kerana hanya dengan strategi dan tindakan yang wajar dalam pendidikan bakal menggalakkan minat di kalangan anak-anak muda meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Jika kita ingin mengubah tanggapan masyarakat kita agar memberi perhatian atau terlibat dengan lebih aktif dalam pendidikan, kita harus memupuk minat masyarakat dengan membantu setiap insan dalam sektor pendidikan.

Rabu, 5 Mei 2010


GST tidak akan dilaksanakan sebelum dua akta diluluskan

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilakukan sehingga kerajaan meluluskan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Awang Adek Hussin. Akta tersebut dilihat mampu mengawal peniaga daripada bertindak mengambil untung berlebihan selepas GST dilaksanakan kelak.Akta itu kini dalam proses penilaian terakhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini. Ada kebimbangan bahawa mungkin ada peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga barang mereka atas alasan GST untuk mendapat keuntungan berlebihan.

Justeru atas faktor kebimbangan tersebut perlu ada undang-undang yang boleh membasmi peniaga-peniaga ini daripada mengambil untung berlebihan, iaitu akta tersebut (Kawalan Harga dan Anti Pencatutan) perlu diluluskan terlebih dulu sebelum GST dilaksanakan. Kerajaan turut sedar pada masa ini tahap pemahaman rakyat terhadap GST masih belum menyeluruh sehingga timbul kebimbangan dan kerisauan bahawa pelaksanaan GST boleh menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik. Sebenarnya banyak kelebihan dan faedah yang akan diperolehi oleh kerajaan dan negara dengan pelaksanaan GST ini, antaranya ia mampu mengembangkan cukai kerajaan yang selama ini banyak bergantung pada cukai pendapatan dan petroleum.

Selain itu ia juga akan mengukuhkan hasil kewangan kerajaan dalam jangka masa panjang yang akan memberi kerajaan sumber kewangan dalam menjalankan agenda pembangunan kerajaan dan membayar gaji penjawat awam yang lebih tinggi. Orang ramai juga tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga barangan memandangkan banyak barang keperluan dibebaskan daripada dikenakan GST.


Antara barang keperluan yang tidak dikenakan GST adalah produk pertanian seperti padi dan sayur-sayuran segar, barang makanan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, binatang ternakan dan daging seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik, telur (termasuk telur masin), ikan, udang, kerang, dan sotong (termasuk yang dikeringkan dan dimasinkan)."Perkhidmatan yang sifar GST pula seperti bekalan elektrik bagi 200 unit pertama setiap bulan untuk pengguna domestik, bekalan air bagi 35 meter padu pertama setiap bulan untuk pengguna domestik, barang dan perkhidmatan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa," katanya.

Menurutnya, GST juga memberi kelebihan kepada peniaga dan pengilang kerana mereka boleh menuntut semula cukai yang dikenakan ke atas input yang digunakan dalam barangan yang dihasilkan atau dalam perniagaan mereka. Ini bermakna mereka hanya perlu membayar cukai ke atas nilai ditambah oleh mereka sahaja bagi mengelak cukai bertindih atau cukai berganda. Pada masa sama, hanya syarikat perniagaan yang mempunyai jualan lebih besar daripada RM500,000 setahun saja tertakluk kepada GST."Ini bererti 78 peratus atau 433,558 entiti perniagaan akan dikecualikan daripada sistem GST.Mengulas lanjut, beliau berkata, kadar GST empat peratus yang dicadangkan juga mengurangkan beban cukai yang perlu ditanggung oleh rakyat sebelum GST dilaksanakan iaitu secara purata adalah 2.53 peratus berbanding sebelum GST 2.88 peratus. Bagi golongan miskin, cukai yang perlu ditanggung selepas GST dilaksanakan adalah sebanyak 2.17 peratus berbanding 2.38 peratus (cukai sebelum GST dilaksanakan), golongan berpendapatan rendah 2.43 peratus berbanding 2.75 peratus, golongan sederhana 2.57 peratus, berbanding 2.94 peratus dan golongan berpendapatan tinggi 2.74 peratus berbanding 3.13 peratus.

Sabtu, 1 Mei 2010

'TAK JERIT pun boleh jadi MP yang BAIK

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata alasan DAP supaya wakil pembangkang dari Sarawak dipilih ke Dewan Rakyat kerana mereka lebih lantang bersuara tidak berasas kerana cara itu bukannya berkesan. Pendekatan oleh anggota parlimen daripada BN dari negeri itu yang lebih mementingkan perbincangan dan kemesraan dengan pemimpin-pemimpin pusat terbukti membawa hasil.


Beliau mengulas kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang menyeru penduduk Sibu memilih calon daripada parti itu dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini, yang kononnya lebih berani untuk bersuara di Dewan Rakyat berbanding calon BN yang takut membawa isu yang boleh menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpinnya termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Sesetengah wakil rakyat pembangkang khususnya yang mewakili kawasan bandar bernasib baik kerana kawasan yang mereka wakili itu tetap akan menikmati kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN. Sebaliknya terdapat banyak kawasan lain yang tidak mendapat perhatian seperti ini, dan sebab itulah wakil rakyatnya perlu mendekati kerajaan untuk menyuarakan hasrat rakyat, tanpa perlu menjerit-jerit atau menunjuk rasa marah.



Mengenai Sibu, wakil rakyatnya termasuk mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menjadi anggota parlimen di situ sebelum beliau meninggal dunia pada 9 April lepas, telah berbincang dengan kerajaan pusat dan negeri bagi membawa kemajuan dan mengatasi masalah penduduk di situ termasuk isu banjir. Bukan masalah banjir saja yang kita bincangkan tetapi juga bagaimana hendak mengatasi kelodak di Sungai Rajang yang menyebabkan banjir itu. Hasilnya, kerajaan telah menyediakan peruntukan awal RM230 juta untuk mengatasi masalah kelodak itu secara sistematik. Projek lain yang telah diluluskan ialah pembesaran Lapangan Terbang Sibu dengan kos RM150 juta dan Jalan Kanowit-Kapit dengan harga RM700 juta. Yang penting di sini ialah wakil rakyat BN mampu mencari penyelesaian secara efektif dengan pendekatan yang mesra, dan bukannya menjerti-jerit macam orang kurang siuman seperti wakil rakyat Pakatan Rakyat.... macam gangster...

Penubuhan Pakatan Rakyat Mengancam Senario Politik Negara

民联成立 危害大马政治

砂人联党诗巫支部主席拿督斯里黄顺舸说,民联的成立,在大马政治趋势是很危险的。现在是行动党在协助回教党扩张他们的势力,以落实回教党的建党目标,即是马来主义和神权至上。所以,他要提醒诗巫人民要站稳立场,要变可以,但要在定中求变,变中求定。另外,他说,雪州苏丹谕示不可在回教堂讲政治,却受到回教党长老聂阿兹的公然挑战。他称,他本身在过去几十年来熟读历史,古今中来,宗教政治化或是政治宗教化,这个国家一定走向灭亡,因为它带来不稳定和危机。拿督斯里黄顺舸说,行动党要协助回教党扩张势力,对抗苏丹,令他深感担忧。他也要挑战回教党,放弃马来主义和神权治国,这是他们的创党目标,现在已在逐步的朝向这个目标。