Jumaat, 30 Oktober 2009

Lumpuhnya Kerjasama Pakatan Rakyat

Bagi kebanyakan pemimpin dan pemerhati politik, krisis dalaman yang sedang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS di Selangor sejak kebelakang ini bukan sesuatu yang memeranjatkan. Malah ada di antara mereka percaya masalah ini akhirnya akan melumpuhkan kerjasama tidak rasmi di antara parti-parti pembangkang itu. Inilah yang akan berlaku apabila beberapa parti bergabung secara tidak rasmi untuk mentadbir kerajaan. Mereka bekerjasama dengan parti yang berlainan ideologi untuk mentadbir rakyat, tapi pada masa yang sama nak kena jaga wakil rakyat dan pemimpin masing-masing. Inilah yang berlakunya di mana Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah mengambil tindakan keluar dari PKR sebagai bukti kegagalan PKR menjaga wakil rakyatnya. Juga dijangkakan akan ada lagi wakil rakyat-wakil rakyat kerajaan pakatan pembangkang ini yang akan keluar parti, masing-masing sebab tak puas hati.

Permasalahan yang melanda PKR dan PAS dan kesan permasalahan itu kepada pakatan pembangkang, keadaan mungkin berpunca daripada dasar `ketelusan' yang cuba diamalkan oleh kerajaan pakatan, selain kegagalan pemimpin-pemimpin parti memisahkan ideologi parti dan dasar kerajaan. Kadang-kadang ada keputusan kerajaan tidak disenangi oleh beberapa pemimpin parti dan mereka meluahkan perasaan masing-masing berasaskan prinsip ketelusan, tetapi dalam hal ini akan ada pihak dari parti lain yang tersinggung maka timbullah masalah baru.



Semua itu berpunca daripada perbezaan ideologi parti masing-masing dan ketiadaan saluran rasmi untuk menyelesaikan masalah berbangkit telah memburukkan keadaan. Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai saluran rasmi dan setiap masalah diselesaikan melalui saluran itu, pakatan pembangkang tidak ada dan ini menyukarkan mereka untuk bekerja menyelesaikan masalah antara parti. Cara terbaik untuk pakatan pembangkang menyelesaikan masalah di antara mereka adalah menubuhkan gabungan secara rasmi. Sekarang cuma bergabung secara `sleeping partners', tak ada satu ideologi yang dipersetujui semua, justeru tidak boleh mentadbir sebagai satu parti. BN walaupun dianggotai pelbagai parti tetapi mereka mentadbir sebagai satu parti.

Tambahan pula ROS (Pendaftar Pertubuhan) dah kata syarat tujuh anggota itu tidak terpakai kepada parti politik, jadi apa lagi yang ditunggu? Rasmikan saja dan jadikan sistem politik negara kita sebagai sistem dua parti. Bagaimanapun agak sukar untuk pakatan pembangkang merasmikan gabungan mereka. Masing-masing berpakat cuma untuk menang pilihan raya, dan sama sekali tidak mempunyai kesefahaman daripada segi ideologi, khususnya antara PAS dan DAP, malah PAS dan PKR pun. Malah tidak pasti perbezaan ideologi antara PAS dan DAP ini boleh diatasi sebab terlalu jauh berbeza.

Ketiga-tiga parti itu memerlukan masa yang lebih lama untuk membentuk gabungan rasmi kerana ada isu-isu tertentu seperti penentuan parti induk dan ideologi bersama yang harus dipersetujui terlebih dahulu. Pakatan pembangkang adalah rapuh dan hanya berpaut pada satu dahan iaitu ketua pembangkang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar hanyalah sebagai gam yang menyatukan ketiga-tiga parti ini tetapi sekarang beliau sendiri menghadapi masalah, yang akan menjejaskan kerjasama pakatan itu sendiri. Kegagalan parti-parti pakatan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman masing-masing akan beransur-ansur melumpuhkan kerjasama di antara mereka.

Kalau dasar-dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima baik rakyat, tidak mustahil pakatan pembangkang akan menghadapi masalah mengekalkan pentadbiran di negeri-negeri yang ditawan mereka sekarang. Adalah mustahil untuk parti PAS bertunjangkan agama Islam itu mengenepikan matlamat mereka iaitu menubuhkan negara Islam. Perbezaan ideologi adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada pertelingkahan antara PAS dan DAP di Selangor. Pemimpin PAS juga mengakui memang payah untuk pakatan ini menjadi satu gabungan rasmi sebab PAS tidak akan sekali-kali mengetepikan perjuangannya untuk menubuhkan negara Islam, dan DAP pula tidak akan bersetuju.

Oleh itu pilihlah parti kerajaan yang benar-benar dapat memperjuangkan kepentingan rakyat dan berpengalaman untuk mentadbir negara.. iaitu BARISAN NASIONAL.

Harga minimum rokok mulai Januari 2010

Kerajaan akan menguatkuasakan peraturan harga minimum rokok berkuat kuasa 1 Januari tahun depan bagi menghalang peningkatan golongan perokok, terutamanya remaja. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, cadangan tersebut turut dipersetujui pejabat Peguam Negara dan telah diwartakan untuk dilaksanakan awal tahun depan. Kerajaan perlu menetapkan harga minimum rokok bagi menyukarkan perokok terutamanya remaja daripada mendapatkan bahan itu. Selain itu, ia juga bertujuan mengawal lambakan rokok-rokok murah yang mungkin memasuki negara ini selepas Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dikuat kuasakan pada Januari tahun depan.

Kementerian telah menghantar cadangan melaksanakan peraturan harga minimum tersebut kepada Pejabat Peguam Negara (AG) untuk pertimbangan dan pihak AG telah bersetuju untuk mewartakan cadangan tersebut dengan penguatkuasaannya akan bermula awal Januari tahun depan. Harga minimum bagi 20 batang rokok yang dicadangkan ialah RM6.20 sekotak. Dengan jumlaImbang Penuhh tiga juta perokok atau kira-kira 11 peratus daripada jumlah penduduk negara ini, adalah cukup penting untuk harga minimum ini dikuatkuasakan. Dengan penguat kuasaan ini, kementerian berharap dapat mengurangkan jumlah perokok selain mengawal kemasukan rokok-rokok seludup yang dipercayai mempunyai kadar toksid yang lebih tinggi daripada rokok yang dibenarkan.




Umum telah tahu kesan daripada merokok, di mana asap rokok itu sendiri mempunyai lebih daripada 4,000 bahan toksik yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit paru-paru dan jantung. Jadi usaha kerajaan ke arah pengawalan tabiat merokok adalah dengan memastikan rokok susah untuk didapati di pasaran. Walaupun kerajaan sedar kesan daripada merokok, tetapi kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyekat atau menghapuskan terus penjualan rokok di negara ini. Dengan jumlah tiga juta perokok yang ada, adalah mustahil untuk kerajaan menghapuskan terus penjualan rokok…kita perlu fikirkan kaedah lain.

Pasukan Petugas Akan Siasat Laporan Ketua Audit Negara

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi yang diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu. Penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh Kabinet, yang bermesyuarat Jumaat dan selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan budaya prestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.

Kabinet memandang serius laporan itu dan telah memutuskan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan kewangan yang disebut dalam laporan itu. Jawatankuasa bukan sahaja akan menyiasat penyalahgunaan kuasa dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan kewangan itu tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran terhadap mereka yang didapati bersalah tetapi tidak boleh didakwa di mahkamah atas pelbagai sebab. Pasukan petugas itu akan turut dianggotai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sendiri. Mereka malahan diberikan kuasa untuk meminta bantuan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika perlu berbuat demikian.

Perdana Menteri menekankan bahawa kerajaan bukan berniat untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi hanya mahu memastikan mereka yang melakukan kesalahan tidak terlepas. Kerajaan akan menggunakan undang-undang terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan tetapi jika terdapat kes yang kami tidak boleh bawa ke mahkamah, kami akan gunakan tindakan pentadbiran seperti diturunkan pangkat atau dipindahkan. Tindakan yang diambil akan dilakukan secara adil dan akan turut mengambil kira semua faktor dan keadaan.

Kerajaan juga akan memberikan peluang yang adil untuk mereka yang berkenaan untuk mempertahankan diri. Pasukan petugas akan diberikan kuasa untuk memanggil siapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk memberi keterangan kepada pasukan petugas. Dan juga mahu menunjukkan bahawa malahan mereka yang berada dalam sistem pentadbiran kerajaan juga tidak akan terlepas jika mereka telah mengeluarkan arahan yang salah kepada kakitangan bawahan. Kabinet berpendapat tindakan perlu diambil kerana kami tidak mahu kesilapan berulang setiap tahun dan hanya dipaparkan dalam laporan Ketua Audit Negara tanpa sebarang tindakan serius diambil terhadap pelaku kesalahan.


Pasukan petugas akan mengadakan mesyuarat pertama pada Isnin dan meneliti laporan secara berperingkat mengikut kes demi kes. Kerajaan komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam yang menyalahgunakan kuasa ketika berkhidmat. Dalam pada kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ketika berkerja dalam perkhidmatan awam, kerajaan juga akan memberikan ganjaran kepada mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang. Kerajaan bukan hanya mengambil tindakan untuk menghukum tetapi juga memupuk budaya prestasi tinggi di mana mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang akan diberikan ganjaran.

Pengiraan Merit Ke IPTA Guna Gred Baru Mulai Tahun Depan

Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata perubahan itu selaras dengan sistem penggredan baru Kementerian Pelajaran yang memperkenalkan peringkat kelulusan A untuk pelajar SPM 2009 berbanding gred 1A sebelum ini . Sistem ini diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki IPTA supaya ada perbezaan contohnya antara A dengan A dengan A-.

Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A , A dan A- dengan merit masing-masing 18, 16 dan 14. Gred 3B ditukar kepada B dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D(empat), 8E kepada E (dua) dan 9G kepada G dengan merit sifar. Bagaimanapun kaedah baru itu akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah. Pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti, syarat khas program pengajian serta pemilihan calon akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia ada bagi lepasan SPM 2008 dan sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009. Bagi memastikan peluang pelajar lepasan SPM terdahulu untuk melanjutkan pengajian ke IPTA tidak terjejas.

Pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini itu akan disebarkan melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 mulai Januari hingga Mac tahun depan di 10 zon terpilih seluruh negara. Kementerian juga akan mengadakan taklimat kepada guru bimbingan dan kaunseling serta mengemas kini maklumat itu melalui cetakan dan agihan brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah serta di laman web kementerian (Pengajian Tinggi) dan Kementerian Pelajaran.
Pengguna jalan raya di Sarawak yang sering melanggar undang-undang trafik tidak akan dapat lari daripada tindakan penguatkuasaan apabila lapan lokasi di negeri ini dijangka dipasang dengan Kamera Pengesan Saman Secara Automatik. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Abdul Hamed Akob berkata, kajian fasa pertama untuk mengenalpasti lokasi pemasangan AES jalan raya dari Kuching ke Miri sudah selesai. Antara lokasi yang dikenalpasti ialah Jalan Sultan Tengah, Jalan Tabuan Jaya, Jalan Kota Samarahan, Jalan Kuching-Serian, Jalan Sri Aman-Sarikei, Jalan Kidurong di Bintulu dan Luak Bay di Miri.

Bagaimanapun lokasi-lokasi tersebut mungkin berubah atau ditambah dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan. Buat masa ini JPJ belum lagi mengetahui bila AES akan dipasang dan beroperasi di Sarawak namun selepas fasa pertama selesai tumpuan akan diberi kepada pemasangan AES di lampu trafik serta lokasi strategik. Kajian fasa kedua melibatkan pemasangan AES untuk merakam kesalahan trafik yang sering dilakukan iaitu melanggar arahan lampu isyarat, memandu melebihi had laju dan memotong kenderaan di garisan berkembar.AES merupakan kamera pemantauan automatik yang akan diletakkan di kawasan yang sering berlaku kemalangan di lebuh raya dan jalan persekutuan serta beroperasi selama 24 jam.



Pada 20 Julai lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dilaporkan berkata menerusi AES, semua kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya akan direkodkan melalui kamera automatik itu dan saman dikeluarkan serta-merta menerusi sistem komputer JPJ. Pemandu yang dikesan melakukan kesalahan dan enggan membayar kompaun akan mendapati sukar untuk memperbaharui cukai jalan selain daripada berdepan dengan tindakan undang-undang lebih tegas.Dalam perkembangan lain, dari tempoh Januari hingga bulan lepas sebanyak 51,138 pelbagai jenis kenderaan baru berdaftar dengan JPJ Sarawak.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Sabah, Sarawak Sambut Baik Bajet 2010


Pemimpin di Sabah dan Sarawak hari ini yakin Bajet 2010 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa pengagihan yang adil kepada kedua-dua negeri itu di bawah gagasan 1Malaysia.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap masalah yang dihadapi di Sabah, khususnya gangguan bekalan elektrik.Najib memberi jaminan tempoh gangguan elektrik di Sabah akan dikurangkan kepada 700 minit pada tahun depan."Dengan meletakkan asas kepada modal ekonomi baru ini, semua penekanan secara khusus akan diberikan ke arah mencapai kesejahteraan rakyat dan merealisasikan pelaksanaan bidang-bidang keberhasilan utama negara (NKRA)," katanya.

Di KUCHING, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Datuk Seri Dr James Masing menyambut baik penekanan yang diberi bagi pembangunan luar luar bandar di Sarawak dan Sabah."Perdana Menteri dalam pembentangan bajet itu berjanji begitu banyak kepada Sarawak dan Sabah dalam soal kemudahan awam dan jalan dan beliau sebenarnya mengotakan janjinya," katanya kepada Bernama."Ini menunjukkan kredibiliti Barisan Nasional pada pandangan rakyat Malaysia," katanya.Dr Masing, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Baleh berkata peruntukan RM1.5 bilion bagi projek-projek termasuk pembinaan jalan masuk ke empangan Murum di Kapit di bawah Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan empangan Baram di Miri, akan menjana kegiatan ekonomi bagi penduduknya.

Menteri Perumahan Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata komitmen kerajaan pusat bagi membina lebih banyak rumah mampu milik Program Perumahan Rakyat (PPR) akan memastikan agihan seimbang bagi program perumahan di bandar-bandar utama di Sarawak."Komitmen bagi membina rumah mampu milik menunjukkan Perdana Menteri begitu prihatin dengan kebajikan kumpulan berpendapatan rendah dan diharap ia akan dapat dilaksanakan mengikut rancangan," katanya.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah memuji bajet itu yang memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan di peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi."Sarawak berterima kasih kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang sentiasa mengambil berat dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunjang utama negara untuk menjadi sebuah negara maju," katanya.Fatimah berkata dengan adanya peruntukan diharap blok kelas dan asrama di luar bandar dapat diperbaiki segera.

Naib Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) William Ghani Bina pula gembira dengan bayaran khas RM500 untuk penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 termasuk pesara wajib.

Bayaran Khas Kewangan RM500 Untuk Semua Penjawat Awam

Bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kini dipanjangkan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib. Bayaran khas itu akan dibuat pada Disember dan langkah itu memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM400 juta. Bulan lepas, kerajaan mengumumkan bayaran khas kewangan itu kepada 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan yang dibayar dua kali iaitu pada September dan Disember. Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM430 juta. Terdapat kira-kira 1.2 juta kakitangan awam pada masa ini, bermakna sebanyak 340,000 lagi penjawat awam dalam Gred 41 hingga Gred 54 akan menikmati faedah itu sekarang.



Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin dengan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penjawat awam dan pesara dan diharapkan mereka akan menggunakan pemberian ini dengan sebaik-baiknya. Kerajaan menghargai komitmen dan kegigihan penjawat awam dalam memastikan pembangunan negara tercapai demi kesejahteraan rakyat. Bagi mengalakkan pengunaan komputer, penjawat awam kini boleh membuat pinjaman kerajaan bagi maksimum RM5,000, sekali dalam setiap tiga tahun bermula tahun depan, berbanding sekali setiap lima tahun sekarang.

Inti Pati Bajet 2010

Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat Pada 23.10.2009.
* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010
* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE
* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat
.* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan
* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.
* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012
* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun
* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri
* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI
* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padu membabitkan 180,000 petani
* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut
* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta
* Kerajaan meneydiakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar
* Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain
* Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010
* Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan
* Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014.
* Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010
* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan
* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan
* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011
* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat
* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran
* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara
* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam
* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti
* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu
* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion
* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta
* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.
* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.
* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.
* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Jan, 2010.
* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Jan, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif
* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010
* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan
* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan
* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.
* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran
* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
* Pengecualian duti setem 20 preatus ke atas instrumen kewangan Islam
* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara
* Mulai 1 Jan 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan
* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.
* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010
* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus
* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010
* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara
* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik
* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.
* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP

Bajet 2010 Batu Loncatan Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat membentangkan Bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, dan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Najib dalam bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri yang bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama memperuntukkan RM138.3 bilion atau 72.2 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion atau 27.8 peratus untuk perbelanjaan pembangunan. Peruntukan belanjawan 2010 ini merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 sebanyak RM215.7 bilion.


Dalam strategi bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta, mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan, memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus, memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan menggalakkan industri kreatif.

Bagi strategi kedua iaitu memastikan pembangunan holistik dan mapan, kerajaan akan meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi, memantapkan sistem perbankan dan kewangan, memerangi rasuah, pembangunan wilayah koridor, dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan.

Dalam strategi ketiga pula, kerajaan akan berusaha mencegah jenayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar serta pedalaman, dan menambahbaik pengangkutan awam.

Dalam langkah pertama ke arah meningkatkan pelaburan swasta, kerajaan akan menyediakan persekitaran mesra pelanggan, meningkatkan pelaburan swasta, pelaksanaan inisiatif penswastaan, meningkatkan inisiatif projek awam-swasta dan mempergiatkan kemasukan pelaburan asing. Bagi memanfaatkan sepenuhnya pembangunan bidang khusus pula, kerajaan akan merancakkan industri pelancongan, memantapkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan mempergiatkan industri halal, tambahnya. Juga di bawah strategi memacu ekonomi berpendapatan tinggi, Najib berkata kerajaan akan memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa perusahaan kecil dan sederhana, pembangunan industri hijau yakni menggalakkan pembangunan bangunan hijau, dan menggalakkan industri kreatif.

Perdana Menteri berkata bagi mencapai strategi kedua iaitu pembangunan holistik dan mapan, langkah pertama membabitkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang akan ditingkatkan manakala akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan akan diperluaskan. Seterusnya, kerajaan akan menjaga kebajikan golongan pelajar, menggilap kemahiran tenaga kerja, mempergiatkan program Permata, dan memperkasa institusi pengajian tinggi awam.Bagi langkah kedua strategi itu , kerajaan juga akan memantapkan sistem perbankan dan kewangan dengan cara mencergaskan pasaran saham, memajukan lagi sistem kewangan Islam, memperluaskan program mikro kredit Ar Rahnu.

Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah RM42.2 bilion adalah bagi emolumen dan RM20.8 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Sebanyak RM73.9 bilion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap manakala sejumlah RM524 juta disediakan bagi pembelian aset dan baki RM800 juta untuk perbelanjaan lain.

Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak RM25.4 bilion disediakan bagi menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.Perdana Menteri berkata sejumlah RM20.3 bilion diperuntukkan untuk sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

Sebanyak RM3.7 bilion diperuntukkan untuk pembangunan sektor keselamatan, RM1.8 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. (133) Najib berkata kutipan hasil kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 dijangka berkurangan 8.4 peratus kepada RM148.4 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2009.Bagaimanapun, katanya defisit kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 dijangka lebih baik pada paras 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 7.4 peratus pada tahun 2009.

Walaupun bajet 2010 merupakan bajet terakhir bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ia amat penting sebagai asas pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Sejak beliau menerajui kerajaan kira-kira enam bulan lepas, beliau telah mengambil langkah-langkah bagi merangsangkan ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat. Merujuk kepada Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, beliau berkata ia adalah berteraskan nilai-nilai murni berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Maksudnya, dalam apa jua yang dilakukan, kita perlu sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara. Oleh itu setiap langkah diambil memerlukan pengorbanan dan kerjasama padu daripada semua lapisan masyarakat. Kerajaan akan mengambil pendekatan baru berpaksikan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi bagi melonjakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Langkah ini akan meningkatkan pendapatan per kapita rakyat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pada penghujung ucapannya yang mengambil masa lebih dua jam, Najib menggesa seluruh rakyat supaya bersama-sama dalam usaha membentuk satu cita untuk Malaysia tercinta. Bersama api semangat Bagan Pinang yang masih bergejolak dan membakar sukma, bersama harapan yang marak lagi menyala, marilah kita membuat satu transformasi besar-besaran seraya menjulang Malaysia tercinta ini ke persadanya. Sesungguhnya, inilah bajet yang menelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat. Bulatkanlah tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjung gagasan 1Malaysia, segala yang mustahil kan pasti menjadi nyata. 1Malaysia, Kemakmuran Bersama.

Ekasih, Projek Cari, Kenal Pasti Jumlah Kemiskinan

eKasih dan Projek Cari, dua inisiatif yang memberi sumbangan ketara kepada kerajaan dalam usaha mencapai sasaran menghapuskan dan mengurangkan kemiskinan kepada 2.8 peratus pada akhir 2010, menurut Laporan Ekonomi 2009/2010 yang dikeluarkan Jumaat.eKasih, satu pangkalan data bersepadu mengenai golongan miskin, dilancarkan pada November 2007 dan diselenggarakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Menurut laporan itu, pada akhir September ini, eKasih mengenal pasti dan mendaftar 229,723 isi rumah miskin yang terdiri daripada 49,519 golongan miskin tegar, 68,003 miskin dan 111,063 mudah miskin.


Projek Cari pula ialah program 'outreach' yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai Julai 2008 bagi mengenal pasti kes golongan kurang bernasib baik yang terpencil atau terpinggir. Hasil daripada inisiatif itu, jumlah penerima bantuan JKM telah meningkat daripada 159,483 kes pada Jun 2008 kepada 295,753 kes pada awal Oktober. Secara menyeluruhnya, pelaksanaan eKasih dan Projek Cari telah mengukuhkan lagi sistem penyampaian bantuan sosial dan memastikan golongan kurang bernasib baik tidak tercicir daripada mendapat bantuan dan sokongan yang sepatutnya daripada pihak kerajaan. Laporan itu berkata dalam usaha menggalakkan tanggungjawab sosial korporat, kerajaan memperkenalkan Program Amal Jariah dengan tumpuan bagi menbaiki rumah usang golongan miskin tegar. Kerajaan telah menyediakan RM100 juta sebagai geran sepadan dalam Bajet 2009 untuk membaiki 15,000 rumah, dan sehingga akhir September ini, sejumlah 8,893 rumah telah dibaiki.

Kerajaan Bina 50,000 Rumah PPRT Menjelang 2012

Kerajaan akan membina 50,000 buah rumah perumahan rakyat termiskin (PPRT) di seluruh negara di bawah peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan dijangka siap menjelang 2012, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Di bawah NKRA, sebanyak RM12 bilion diperuntukkan khusus bagi menyediakan projek rumah PPRT berkenaan selain projek jalan raya, bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar. Rumah PPRT bernilai RM33,000 bagi setiap unit di Semenanjung Malaysia dan RM44,000 di Sabah dan Sarawak, akan diberikan secara percuma tanpa ada sewa atau bayaran apa-apa kerana kita telah kenalpasti mereka daripada golongan miskin. Kementerian juga membentuk satu jawatankuasa khas di peringkat negeri-negeri untuk mengenal pasti tanah-tanah yang sesuai untuk didirikan rumah PPRT ini kelak. Pembinaan 1,500 kilometer jalan raya di Sabah dan Sarawak serta kerja-kerja penurapan jalan yang terletak lima kilometer daripada jalan bertar di Semenanjung Malaysia telah dimulakan dan dijangka siap tiga tahun lagi. Sebelum ini kebanyakan penduduk terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak tidak mempunyai kemudahan jalan dan terpaksa menggunakan alternatif lain seperti bot bagi membolehkan mereka membawa hasil pengeluaran atau menghantar anak ke sekolah. Kementerian juga akan menggunakan pendekatan teknologi yang baru di mana kawasan-kawasan yang tidak ada bekalan elektrik yang mencukupi, akan disediakan set generator atau kuasa solar bagi memastikan kemudahan ini dapat dinikmati seluruh penduduk di kawasan terpencil terutamanya. Kementerian juga akan mengutamakan penyediaan bekalan air bersih dan air yang dirawat khususnya bagi kemudahan penduduk di luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Jangan Eksploitasi Kaedah Pemilihan Baru


Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada anggota Umno supaya tidak mengeksploitasi kaedah baru pemilihan jawatan dalam parti. Presiden Umno itu berkata walaupun sistem pemilihan jawatan itu lebih ketat, namun ia menjurus kepada anggota parti untuk membuat perubahan supaya menjadi lebih baik."Kita nak ubah manusia, susah. Jadi kita buat satu sistem yang lebih ketat supaya orang buat perubahan. Lambat laun mereka ini jadi orang baik, insya-Allah."Saya beritahu, jangan sekali-kali merosakkan, mengeksploitasikan sistem yang baru ini. Kita serius, jangan...minta maaf. Kalau cuba (lakukan) alamat masing-masing tanggung (padahnya)," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2009.


Kaedah pemilihan baru yang menuntut anggota Umno membuat perubahan adalah bagi menampilkan imej Umno yang bersih, berintegriti dan disenangi oleh rakyat. Bila rakyat lihat Umno, parti ini betul-betul nak tolong, nak bantu, nak jadi juara kepada rakyat. Bukan kalut dan berbalah sesama kita."Bukan kita nak dapatkan kontrak...boleh, tetapi kita mesti boleh buat kerja. Saya nak Umno menjadi juara kepada rakyat," katanya.Dalam pada itu, beliau cukup yakin Umno kini sudah bersedia untuk membuat perubahan dan berjaya sebagai sebuah parti yang kuat. Keyakinannya itu berdasarkan kepada semangat "luar biasa" yang ditunjukkan pemimpin Umno ketika menghadiri Perhimpunan Agung Umno kali ini."


Saya katakan perhimpunan agung kali ini antara yang terbaik sejak saya mula menghadirinya pada 1976 kerana saya melihat, kita telah menghadapi ujian yang begitu besar dan selama setahun saya agak gusar, gundah gulana hati saya melihat sama ada anggota parti sudah pulih daripada segi semangat."Sudah boleh bangkit semula atau tidak? Sudah sedar atau pun tidak? Sudah benar-benar insaf atau tidak. Maka hari ini apabila saya berdiri di hadapan tuan-tuan, segala kesangsian itu sudah luput sama sekali."Saya berani katakan dan cukup yakin bahawa Umno pada saat dan ketika ini bersedia untuk bangkit, bangun sebagai satu kekuatan baru," katanya.Bagi memastikan Umno menjadi kuat, Najib mengingatkan pemimpin dan anggota Umno supaya membuang kelakuan atau perangai yang tidak baik dan perubahan itu tidak semestinya melibatkan peruntukan.


"Kalau berubah dari malas jadi rajin, tak perlu peruntukan. Kalau siang, malam turun bawah jumpa rakyat, tak perlu peruntukan, dia boleh kerja."Selepas itu kalau dia jenis sombong, sekarang dia bersifat rendah diri, tidak perlu peruntukan. Kalau dia suka berdebat kepada suka bekerja. Tetapi kalau nak tambah aktiviti atau program, kita sanggup beri peruntukan tambahan," katanya.Dalam pada itu, Najib melihat semangat anggota Umno berkobar-kobar untuk membuat perubahan bagi memastikan parti itu menjadi lebih kuat."Saya nak tanya adakah tuan-tuan bersedia untuk berubah, bekerja, mendekati rakyat, jadi parti yang kuat, berkhidmat untuk rakyat," soalnya, disambut laungan "Ya" oleh hadirin di Dewan Merdeka, tempat berlangsungnya perhimpunan."Jadi kita sudah bersedia, semboyan sudah berbunyi. Marilah kita bingkas bersama...ke desa, kota sebarkan Umno. Kuatkan semangat kita untuk berjuang habis-habisan. Insya-Allah Umno akan menjadi parti yang kuat dan berjaya," katanya.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Sambutan Hari Malaysia

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin di semua peringkat harus bertanggungjawab untuk menyebarkan maksud sambutan Hari Malaysia agar tidak akan luput ditelan zaman. Satu peristiwa yang sangat bersejarah dan bermakna telah dicatatkan apabila Persekutuan Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi satu negara akibat keputusan pemimpin terdahulu, yang disokong oleh rakyat ketiga-tiga wilayah kira-kira 46 tahun lalu.


Hari Malaysia ini besar ertinya kerana apabila Sarawak dan Sabah bersetuju untuk bergabung dan merdeka dalam Malaysia, maka keputusan itu telah membawa perubahan yang amat besar dan pada hari ini kedua negeri ini lebih makmur dan selamat di bawah naungan berkenaan. Turut hadir pada sambutan perayaan, berkonsepkan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahudin Abang Barieng, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Buat pertama kalinya Najib juga menyampaikan sijil dan cenderahati 52 tahun Merdeka kepada 10 tokoh, termasuk tiga orang masing-masing dari Sarawak, Sabah dan empat Semenanjung, yang telah menyumbang ke arah pembentukan Malaysia sebagai satu tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan. Disebalik meraikan sambutan Hari Malaysia, kita hendak membawa makna yang cukup besar, namun pada hakikatnya bukan semua rakyat Malaysia mengenali maksudnya," kata Najib sambil merujuk kepada satu tinjauan akhbar tempatan pada 15 Sept lepas yang mendapati hanya enam daripada 20 orang yang ditemuramah mengetahui ertinya. Malangnya tiga orang tidak tahu langsung mengenai Hari Malaysia manakala lapan lagi menyangka ia adalah Hari Kemerdekaan dan tiga menyatakan sambutan tersebut ada kaitan dengan gagasan 1Malaysia.




Mengenai gagasan berkenaan yang diperkenalkan beliau dalam pentadbirannya, Perdana Menteri berkata Sarawak dan Sabah merupakan kedua-dua negeri contoh terbaik bagi 1Malaysia. Kalau dilihat dari kaca lensa pembangunan mungkin Semenanjung mendahului Sarawak dan Sabah tetapi jika dilihat dari segi perpaduan kedua-dua negeri itu telah menzahirkan muafakat yang kukuh yang wajar menjadi contoh dan teladan negeri lain. Bayangkan Bumi Kenyalang ini dengan 23 kumpulan etnik dan suku kaum yang hidup dalam keadaan aman dan harmonis selama ini dan tentulah ini merupakan contoh bagaimana mereka amat menghayati semangat dan prinsip 1Malaysia.

Beliau memberi jaminan bahawa kemampuan Sarawak untuk mencerminkan semangat dan prinsip berkenaan akan menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan bagi menyumbang ke arah pembangunan dalam mewujudkan perseimbangan yang lebih nyata dan menyeluruh di antara ketiga-tiga wilayah - Sarawak, Sabah dan Semananjung. Malah sejak Dato Seri Najib mengambil alih tampok kepimpinan, beliau telah mulakan lawatan ke negeri Sarawak dan memastikan tidak tertumpu kepada bandar utama seperti Kuching, Sibu atau Miri. Malah kampung pedalaman seperti Kampung Pichin pun saya telah melawat untuk melihat sendiri keadaan di situ. Menurutnya beliau akan meneruskan semangat untuk membuat tinjauan ke peringkat akar umbi di seluruh pelusok Sarawak dari semasa ke semasa.

"Samada kita merupakan sebahagian daripada kumpulan besar atau sub-etnik kecil kita akan merasa satu kebanggaan dalam satu ikatan dan satu keluarga bahawa kita akan melakukan yang terbaik untuk negara Malaysia kita ini apabila meniup semangat 1Malaysia," kata Perdana Menteri.

Lebih Banyak Program Berkonsep 1Malaysia Untuk Kaum Minoriti


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan lebih banyak program berkonsepkan 1Malaysia untuk kaum minoriti di negara ini khasnya di Sabah dan Sarawak. Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata program itu seperti program kebudayaan, gotong-royong dan aktiviti sosial bersama yang melibatkan pelbagai kaum termasuk kaum minoriti.

Kalau di Semananjung Malaysia ada program untuk Orang Asli dan di Sarawak juga mahu kaum minoriti seperti kaum Penan turut sama dalam program praktikal seperti dalam kenduri kampung, kebudayaan dan gotong-royong. Program yang menjurus kepada pembabitan kaum-kaum minoriti itu penting bagi memastikan mereka tidak berasa terasing dan disisihkan daripada gagasan 1Malaysia. Mengenai penganugerahan khas kepada 10 rakyat Malaysia iaitu empat dari Semenanjung dan masing-masing tiga dari Sabah dan Sarawak yang telah memberi sumbangan melalui karya masing-masing. Jumlah penerima anugerah itu akan ditambah tahun depan. Mana-mana pihak yang tidak tersenarai tidak seharusnya berasa tersisih kerana ini merupakan tahun pertama sambutan 1Malaysia diadakan dan tahun depan majlis yang lebih besar dijangka dianjurkan.

Sementara itu, Dr Rais berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneruskan usaha untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti telefon, internet dan sistem jalur lebar untuk memastikan semua rakyat dapat akses kepada kemudahan itu. Pendapat bahawa kawasan bandar diberi keutamaan dalam kemudahan teknologi maklumat (IT) berbanding kawasan luar bandar sebenarnya tidak berlaku. Ada empat syarikat yang telahpun berjanji kepada kerajaan untuk menyediakan kemudahan jalur lebar termasuk kemudahan wayarles khasnya di Sabah dan Sarawak dan kita akan pastikan syarikat ini meneruskan operasi mereka seperti menyediakan kemudahan WiMax-Kebolehoperasian Global Capaian Gelombang Mikro di luar bandar juga.

Khamis, 8 Oktober 2009

Kerajaan Pusat Jamin Infrastruktur Sekolah Luar Bandar Akan Terus Ditingkatkan

Kerajaan pusat akan terus komited untuk meningkatkan tahap infrastruktur sekolah luar bandar di Sarawak bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan di kawasan itu. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan pusat telah membelanjakan RM1.4 bilion untuk membiayai projek pembangunan pendidikan Sarawak. Ini menjadikan Sarawak antara negeri tertinggi mendapat pembiayaan projek-projek pembangunan pendidikan di negara ini.

Kerajaan pusat telah berusaha memastikan semua sekolah di luar bandar di Sarawak mendapat bekalan eletrik dalam RMK-9 apabila 367 buah sekolah dibekalkan dengan janakuasa eletrik yang beroperasi 24 jam dan 62 buah sekolah mendapat bekalan eletrik melalui sambungan awam iaitu bekalan dari pihak yang menyediakan bekalan eletrik. Pada hari ini, seluruh sekolah di Sarawak telah mendapat bekalan eletrik. Mengenai SMK Kuching High, beliau berkata, sekolah tersebut membuktikan kejayaan sistem pendidikan kebangsaan walaupun sejarah sekolah tersebut bermula sebagai sekolah persendirian Cina.


SMK Kuching High adalah sekolah yang pada asalnya merupakan sekolah persendirian Cina yang bersetuju mengikuti sistem pendidikan kebangsaan dan mengguna pakai kurikulum kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Dengan menyertai sistem pendidikan kebangsaan, sekolah ini telah mendapat banyak manfaat dari segi bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk pembangunan akademik dan kurikulum. Secara keseluruhan 78 buah sekolah jenis itu di seluruh negara dan dalam RMK-9 ini sebanyak RM3.1 juta diperuntukkan bagi sekolah jenis tersebut berbanding RM750,000 dalam Rancangan Malaysia ke-8.Beliau memuji usaha pihak pengurusan sekolah tersebut yang berusaha untuk membina semula blok baru bangunan yang terbakar pada 2 Disember tahun lepas dengan mengunakan pelbagai inisiatif antaranya mengutip derma.


Selain peruntukan RM1.5 juta yang diberikan, Kementerian Pelajaran akan membantu menambah peruntukan pembinaan blok tersebut berdasarkan kaedah geran sepadan bagi membantu pihak pengurusan sekolah yang kini kekurangan RM2.1 juta untuk meneruskan pembinaan blok bangunan baru tersebut. Jikalau berjaya kutip RM1 kita akan sumbang RM1 dan sekiranya mendapat RM1 juta, Kementerian akan tambah RM1 juta menjadikan jumlah RM2 juta.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kerajaan negeri akan membantu pembinaan blok baru bangunan SMK Kuching High dengan memberi sumbangan sebanyak RM250,000 pada tahun ini dan meningkatkan lagi jumlah pada tahun seterusnya. Pengerusi Jawatankuasa pembinaan semula blok baru bangunan SMK Kuching High Kuek Eng Mong berkata, setakat ini sebanyak RM4.3 juta dapat dikutip hasil daripada sumbangan Kementerian Pelajaran, sumbangan dermawan dan penganjuran pelbagai aktiviti mengutip derma diadakan sepanjang tahun ini. Dipecahkan kepada tiga fasa, pembinaan semula itu melibatkan makmal sains, blok pentadbiran dan kelas dengan fasa pertama dijangka siap pada pertengahan tahun depan manakala fasa seterusnya bergantung kepada peruntukan kewangan.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Tolak politik caci Sarawak

Keadaan politik di Sarawak tidak harus dipengaruhi oleh politik dari luar yang cuba untuk merosakkan keamanan dan kemakmuran negeri ini. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, rakyat negeri ini tidak harus membiarkan politik mencaci dan menyalahkan antara satu sama lain berlegar di negeri ini kerana takut permainan politik sebegitu boleh merosakkan Sarawak.

Kita bukan bermaksud merendah-rendah keadaan politik dari luar tetapi kita ingin melihat disiplin yang wujud dalam negeri ini kekal dan kejayaan yang ada sekarang dapat mencapai tahap yang lebih tinggi supaya negeri ini dapat duduk sama tinggi dengan tempat yang lebih maju. Tumpuan kita juga bukanlah kerana duit dan untuk mendapat kekayaan sematamatanya kerana selalunya ia akan menghadirkan kekecewaan dan kekayaan pula tidak akan menjamin kebahagiaan. Disebabkan itu, pendekatan displin yang lebih teratur dalam membangunkan negeri dan rakyat harus dikekalkan.

Menurutnya, apa yang berlaku di Sarawak ialah keadaan negeri ini yang kini melalui fasa pembangunan yang baik. Justeru, bagi mengekalkan keadaan baik itu tindakan orang luar yang cuba mencaci dan merendah-rendahkan keadaan pembangunan dan rakyat di negeri harus ditentang supaya semangat rakyat untuk terus maju tidak luntur. Kerajaan ada perancangan yang rapi untuk membawa Sarawak menjadi sebuah negeri yang paling maju di Malaysia,” katanya dan menambah dengan pematuhan disiplin yang ada impian itu pasti akan tercapai mengikut aturan sosial yang betul. Rakyat semuanya sama taraf, dan kerajaan tidak membezakan serta memandang rendah rakyat Bandar dan luar bandar, namun mereka yang mempunyai kepandaian dan berusaha untuk maju akan menjadi modal besar kepada negeri ini.
"Kita tidak mahu apabila senang kita tidak peduli dengan orang lain yang susah. Dalam menjalankan semangat 1Malaysia masalah terpencil tidak harus dipinggirkan dan ia seharusnya ditangani bersama dalam masyarakat. Inilah asas politik kita, bukan untuk mengambil jawatan, kuasa dan duit. Perjuangan kita bermakna menolong orang yang dalam kesusahan dan menjadikan negara ini baik serta bersatu,” hujah beliau.

Begitupun Ketua Menteri melihat kejayaan konsep 1Malaysia sedikit terjejas berikutan munculnya politik yang merendah-rendahkan kekurangan rakyat di negeri ini. Keadaan rakyat di negeri ini sebenarnya tidak begitu dan kita tidak meminggirkan mereka. Masa depan ekonomi rakyat di negeri ini juga bertambah baik kerana hari ini bukan sahaja masyarakat Cina, malahan Bumiputera juga mampu menjadi jutawan. Disebabkan itu, katanya: “Jangan memandang keadaan rakyat di negeri ini dengan mata yang kabur dan hanya melihat yang jahat sahaja kerana apabila keupayaan rakyat direndah-rendahkan ia seolah-olah memperlihat rakyat gagal dan menghilangkan semangat mereka”.

RMK-10 Dibentuk Untuk Sedia Hadapi Krisis Ekonomi

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang disediakan untuk pelaksanaan pada 2011, akan mempunyai persediaan pengurusan risiko yang dibentuk untuk menghadapi ekonomi global yang semakin mencabar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


Selain daripada perancangan, ramalan dan unjuran yang akan dibuat, RMK-10 seharusnya berlainan daripada apa yang ada pada RMK-9. Kerajaan membentuk RMK-10 supaya ia lebih menyeluruh dan dapat membuat analisis risiko yang lebih mendalam. RMK-10 harus dilengkapi dengan persiapan menghadapi krisis ekonomi yang tidak dapat dijangka kerana ia dirancang dalam keadaan krisis ekonomi sekarang dan berbeza daripada RMK-9 yang rancang dalam satu keadaan yang ekonomi yang begitu baik. RMK-10 akan dilihat lebih komprehensif berbanding dengan RMK-9, untuk menghadapi cabaran ekonomi yang akan datang dari semasa ke semasa.

Sekarang merupakan masa persiapan terakhir kerajaan untuk rancang RMK-10 dengan tumpuannya terhadap pembangunan kawasan luar bandar. Pembangunan luar bandar itu termasuk menaik taraf jalan, kemudahan asas serta menyediakan infrastruktur pendidikan yang sempurna. Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan mula merantau dari negeri ke negeri untuk berjumpa dengan kerajaan negeri, ahli-ahli politik dan industri untuk meneliti tentang keperluan rakyat. Kerajaan akan mengambil masa kira-kira enam bulan bagi mendengar dan meneliti permintaan rakyat supaya RMK-10 ini dapat dinikmati oleh semua rakyat di negara.