Jumaat, 7 Januari 2011

MAINAN KOTOR PAKATAN RAKYAT

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim semalam menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya. "Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik."

Tuduhan liar yang ditujukan terhadap beliau, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang sejak kebelakangan ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang DAHSYAT, JELEK dan JAHAT serta TERAMAT KOTOR SEKALI.   Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. Sementara siasatan  dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang RAKUS mengamalkan POLITIK KOTOR melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik.  Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana laman blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan JAHAT dan JELEK, menfithnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa kesahihan bukti dari segi undang-undang untuk menjatuhkan pemimpin negara, strategi yang digunakan oleh pembangkang kerana penurunan tahap sokongan berikutan perlaksanaan konsep 1MALAYSIA yang diilhamkan oleh Perdana Menteri. Kumpulan pembangkang ini sudah kehilangan kerohanian diri dan sanggup bertindak mengikut naluri dan mencabar kewibawaan undang-undang negara.


Sebelum ini beberapa laporan polis dibuat oleh pemimpin PAS dan PKR di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan susulan daripada spekulasi blogger yang bermotifkan politik kotor. KEBENARAN TETAPKAN BENAR DAN PEMALSUAN TETAP TIDAK AKAN MENJADI BENAR.  Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks. Semua ini adalah REKAAN CERITA oleh blogger pembangkang. Pembangkang harus menerima hakikat bahawa percubaan mereka kali ini yang cuba mengaitkan dakwaan memperkosa ke atas menteri telah menemui kegagalan. Namun begitu, ini tidak bermakna pembangkang akan berdiam diri setelah mereka gagal dalam pertaruhan ini,  bahkan selepas ini semakin banyakCERITA PALSU dan FITNAH yang akan ditaburkan menjelang pilihan raya. Sebelum ini, Wikileaks ini telah mendedahkan satu rahsia besar yang mengaitkan pemimpin sanjungan dan boneka Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwatnya ke atas Saiful. Dan yang peliknya
pemimpin-pemimpin pakatan masih percaya DSAI tidak melakukan, sedangkan maklumat yang dibongkar adalah benar dan telah disahkan oleh pelbagai pihak. Inilah yang perjuangan Pakatan Rakyat yang mempertahankan kepimpinan Pakatan yang “BURUK” dan “LIAR”.
Tindakan pemimpin Pakatan Pembangkang yang mengaitkan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada tahun 2007 berkaitan kes berkenaan adalah suatu perbuatan ‘politik murahan yang bertujuan mengelirukan fakta di mata rakyat kerana perkara tersebut tidak pernah dibawa ke perhatian mantan Perdana Menteri dan bekas Ketua Polis Negara itu. Sudah menjadi amalan biasa  pemimpin Pakatan Pembangkang yang sering melemparkan tuduhan yang meragukan sehingga rakyat meluat mendengarnya. Namun, kes liwat yang dihadapi ketua pemimpin Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak juga diulas sebaliknya lebih berfokus kepada menyerang individu pemimpin BN.
Seperti biasa, Rais yang merupakan seorang pemimpin politik yang berpengalaman dan mempunyai imej peribadi yang baik dalam menjalankan pentadbirannya. Atas sebab itu, strategi pemimpin pembangkang yang menyerang peribadi pemimpin BN bukanlah perkara baru dan sehaluan dengan gerak saraf Pakatan
Rakyat untuk memburukkan pemimpin yang telah banyak menyumbang kepada negara, demi untuk faedah politik semata-mata. Tindakan Pakatan Rakyat ini jelas membuktikan Pakatan Rakyat semakin takut dengan Konsep 1Malaysia yang mendapat sokongan rakyat, inilah strategi mereka yang kedua selepas pengharamkan logo 1Malaysia di Selangor.... MARI KITA TOLAK PAKATAN RAKYAT.. 

Tiada ulasan: