Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia. Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik. Kerajaan Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi gambaran yang salah tentang BTN. Masyarakat dan syarikat-syarikat swasta tidak sepatutnya dihalang daripada menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan BTN. Surat arahan berkaitan larangan itu akan dikeluarkan segera kepada semua jabatan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor.
Kerajaan persekutuan, tetap akan meneruskan kursus-kursus BTN walaupun Selangor mengambil tindakan sedemikian. Jikalau Kerajaan Selangor tidak mahu, tidak mengapa. Kerajaan Persekutuan tidak boleh halang jika orang ramai mahu mendalami konsep 1Malaysia, semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan