Selasa, 28 Disember 2010

SUPP adakan ceramah dedah wajah sebenar pemimpin pembangkang

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh berkata SUPP akan mengadakan beberapa siri ceramah untuk mendedahkan wajah sebenar pemimpin pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN). Parti Tindakan Demokratik (DAP) cuba berbuat sesuatu dengan mensensasikan situasi politik di Sarawak selepas Ahli Dewan Undangan Negerinya, Ting Tze Fui digantung daripada menghadiri persidangan DUN. Rentetan daripada itu, Pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng telah mencabar beliau untuk berdebat secara terbuka mengenai beberapa isu di Pintu Gerbang Sibu. Namun daripada apa yang Dato Sri Wong perhatikan, tiada gunanya untuk berdebat kerana kita akan memberitahu rakyat perkara sebenar dan tindak-tanduk mereka ketika berada di dalam dewan. Kita mahu rakyat tahu wajah pembangkang sebenarnya. Wong bagaimanapun, tidak memberitahu secara spesifikasi tindak-tanduk pembangkang di dewan namun beliau mejelaskan sangat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan pembangkang. Oleh sebab itu, Parti SUPP mahu rakyat faham dan tahu sikap mereka. Kita tidak akan membenarkan pembangkang memanipulasikan situasi politik di Sarawak hanya untuk kepentingan diri.

Tiada ulasan: