
Harapan masyarakat Cina supaya kerajaan memperuntukkan peruntukan tahunan kepada sekolah rendah aliran Cina kini telah direalisasikan. Negeri Sarawak merupakan penerima peruntukaan yang kedua besar di mana Sabah dan Sarawak memperolehi 40% dari jumlah peruntukkan tersebut. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan peruntukaan khas RM18,820,000 kepada sekolah Cina, sekolah keagamaan Kristian, sekolah menengah swasta Cina dan sekolah menengah kerajaan yang memanfaatkan 202 buah sekolah di Negeri Sarawak. Termasuk juga peruntukan RM15,000,000 yang telah dimohon oleh Parti SUPP pada tahun lepas untuk 176 buah sekolah. Permindahan Sekolah Rendah Chung Hua No.2 telah memperolehi peruntukan yang paling besar iaitu RM1,500,000. Oleh itu masyarakat Cina hendaklah berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa berperihatin dengan pendidikan semua kaum. Tidak seperti ahli politik yang juga wakil rakyat dari parti pembangkang yang hanya melaung-laungkan kenyataan menyeru kerajaan bantu tetapi sendiri tidak menderma sesen pun kepada pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan