Sabtu, 10 Januari 2009

PENDIRIAN YANG TIDAK MENENTU PARTI DAP

Ramai yang mempersoalkan pendirian DAP berkempen untuk PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu sedangkan parti itu menolak pelaksanaan hukum hudud. Kenyataan Pengerusi DAP yang membantah pelaksanaan hukum hudud sebelum ini, bercanggah dengan tindakan parti itu sendiri yang membantu PAS berkempen pada pilihanraya kecil kali ini. "Kalau DAP anggap dirinya mempunyai kredibiliti, DAP perlu memaklumkan kepada rakyat apa pendirian sebenar mereka. Rakyat berhak tahu apa sebenar yang terjadi. Karpal juga mempersoalkan kenyataan Penasihat PKR yang menjelaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara, adalah mengelirukan. Karpal dilaporkan meminta Presiden PAS membuat penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS hanya terpakai kepada orang Islam atau juga melibatkan mereka yang bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam.

PAS sebenarnya takut hendak menjelaskan sama ada pelaksanaan hukum hudud hanya tertakluk kepada mereka yang beragama Islam dan hanya menggunakan parti pembangkang lain seperti DAP and PKR untuk membuat penjelasan yang tidak mencerminkan hasrat sebenar PAS dalam perkara itu. Ini terbukti, apabila PAS memerintah Terengganu pada 1999 sehingga 2004, meluluskan Rang Undang-Undang mengenai pelaksanaan hukum hudud walaupun menyedari hakikatnya ia tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan Parlimen. Bila tak dapat dilaksanakan, rakyat Terengganu berhak nak tahu apa sudah jadi. Apa yang berlaku di sebaliknya, pakatan R sememangnya tidak sepakat terutamanya dalam menyelesaikan isu sensitif.

Tiada ulasan: