
Selain itu, baginda menitahkan semua pihak, terutama umat Islam bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah.“Memandangkan kerajaan sedang mengambil langkah perlu, semua pihak diminta menghormati kesucian ajaran dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia seperti termaktub dalam perlembagaan. “Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sejak sekian lama diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia,” titah Seri Paduka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan