Selasa, 21 September 2010

JAWAPAN TERHADAP DR JOHN BRAIN

Apakah dan Siapakah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Itulah persoalan yang dikemukakan Dr John Brian Anthony dalam tulisannya Who and What JASA?


Jawapan yang diberikan Dr John ini jauh menyimpang. Dalam konteks politik, jawapan sebegitu menjadi lumrah lebih-lebih lagi kepada mereka yang berfikiran sempit dan bertindakn sebagai pembangkang. Tidak ada perkara dan tindakan yang tidak betul walaupun perkara dan tindakan itu adalah betul. Bagi mereka yang bersifat dengki dan tidak berterima kasih ini BETUL itu SALAH bagi mereka.

Difahamkan Dr John ini merupakan salah seorang bakal calon dan mencuba nasib untuk jadi YB. Disebabkan itu, tulisan beliau dalam laman blognya banyak berkisar tentang politik berbanding niatnya untuk membantu masyarakat Dayak. Politik menghina dan politik sempit yang diamalkan Dr John ini sememangnya menjadi budaya dalam pemikiran polik pembangkang.

Dayakbaru. Itulah slogan yang digunakan Dr John untuk meraih simpati rakyat Sarawak khususnya kaum Dayak. Adakah kaum Dayak seperti Dr John ini mempunyai sifat dan sikap tidak berterima kasih dan dengki apa yang telah dikecapi rakyat Sarawak sekarang? Tidak semua kaum Dayak bersifat seperti Dr John ini kerana ramai berjaya dan mengecapi hidup senang atas bantuan Kerajaan. Ramai juga kaum Dayak yang bersyukur dan berterima kasih terhadap Kerajaan setelah apa yang telah mereka kecapi sekarang.

Melihat kepada penulisan-penulisan Dr John di dalam laman blognya jelaslah bahawa beliau ini hanya bertujuan untuk mengangkat diri sendiri demi kepentingan politik (menjadi YB) dan menggunakan istilah Dayakbaru sebagai umpan untuk merealisasikan cita-citanya.

Umum mengetahui masyarakat di Sarawak hidup dalam aman damai dengan kaum Dayak sebagai penghuni majoriti. Perpaduan kaum yang dinikmati kaum Dayak bersama kaum Melayu, Cina dan Orang Ulu tidak akan tergugat tatkala usaha seperti Dr John ini yang sering menganggu gugat perpaduan. Semangat 1Malaysia telah sentiasa tersemai dalam sanubari rakyat Sarawak.
Seseorang yang ingin mengangkat martabat dan kepentingan kaum tidak akan sesekali mengancam mahupun menghina kaum lain. Dalam hidup bermasyarakat ini, perpaduan sangat penting dalam merealisasikan hasrat hidup bersama. Jika diamati, Dr John ini lebih bersikap prejudis terhadap apa yang orang lain lakukan terhadap masyarakat Sarawak dan kaum Dayak khasnya. Kenapa perlu risau andai ada ‘orang luar’ yang prihatin berbanding orang sendiri yang lebih banyak bermimpi di siang hari sehingga tidak mahu membantu?

Sikap menghina seseorang tanpa usul periksa seperti yang ditunjukkan Dr John terhadap JASA sebagai tindakan yang tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang yang berilmu. Apakah John ini seorang yang benar-benar mempunyai ijazah kedoktoran? Menghina secara membuta tuli juga sebagai suatu tindakan yang di luar kuasa seseorang yang normal. Apakah JASA pernah menyakiti Dr John yang dikatakannya mewakili kaum Dayak?

Tahukah Dr John bahawa ramai di kalangan pegawai JASA yang berkhidmat di Sarawak ini terdiri daripada kaum Dayak. Mereka ini bekerja demi memartabat agama, bangsa dan negara, dan tidak seperti Dr John yang hanya mengangkat diri demi mencapai cita-citanya untuk menjadi YB sehingga sanggup mengabaikan keluarga.

14 buah negeri dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Apakah Dr John tidak belajar geografi dan sejarah? Kenapa perlu persoalkan asal usul seseorang? Apakah ia akan mengancam kedudukan Dr John? Kenapa perlu takut? Apakah masalahnya sekiranya yang datang itu dari Semenanjung?

Pepatah Melayu ada mengatakan, berani kerana benar dan takut kerana salah. Nampaknya, tindakan Dr John ini sebagai tindakan yang takut dan salah. Manakan tidak, kenapa perlu melenting sehingga sanggup menghina Datuk Fuad? Apa kesalahan yang telah Datuk Fuad lakukan kepada Dr John? Jelas dan terang bahawa Dr John takut terhadap bayang-bayang sendiri dan boleh dikatakan aura JASA dan Datuk Fuad ini akan membantutkan usahanya untuk mendapat gelaran YB.

Dalam politik, semangat setiakawan dalam BN telah terjalin sejak 47 tahun dahulu. Semangat setiakawan ini telah membantu Sarawak dan Sabah merdeka melalui Malaysia. Tiada niat langsung untuk mana-mana rakyat Malaysia ingin menakluki mahupun menjajah negeri lain. Kita sekarang sudah 53 tahun merdeka dan tidak dijajah lagi. Kita juga bukan dalam masa penjajahan.
Tidak seperti Pakatan Rakyat yang hanya timbul apabila tiba pilihan raya. Kononnya mereka ini bersepakat untuk memerintah. Bolehkah mereka ini memerintah secara bersama? Lihat Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang 1001 macam masalah secara terang mahupu gelap. Mereka ini tidak boleh duduk mahupun tidur bersama. Tidur satu tilam tapi mimpi lain-lain.

Persoalan di sini perlu dijawab Dr John bahawa kenapa ahli-ahli PKR termasuk Dr John menyanjungi tinggi Anwar Ibrahim sampai ke langit, ahli-ahli DAP menyanjungi Lim Kit Siang dan ahli-ahli DAP menyanjungi Nik Aziz? Apakah sumbangan mereka terhadap Sarawak? Yang diketahui sumbangan mereka ini lebih kepada menghancurkan perpaduan yang telah dinikmati rakyat Sarawak, termasuklah tindakan Dr John sendiri yang bersikap rasis.
Sekarang ini masyarakat Dayak hidup aman di bawah pemerintahan BN dan mempunyai sosioekonomi yang baik. Kerajaan BN sentiasa memastikan setiap kaum di Sarawak menikmati pembangunan dan hidup dalam budaya berdasarkan kelangsungan hidup walaupun mereka duduk jauh di pedalaman. Andai kata suatu hari kelangsungan hidup terjejas, maka ia disebabkan pembangkang yang niatnya menghancurkan perpaduan tidak pernah lekang dalam mindanya.

JASA telah lama bertapak di Malaysia amnya dan Sarawak khususnya dalam menjaga keharmonian politik. Kerajaan tidak akan dan tidak pernah menubuhkan sesuatu jabatan tanpa melihat peranan dan fungsi jabatan itu terhadap masyarakat. Tidak timbul persoalan pegawai JASA makan gaji buta kerana JASA ditubuhkan bermatlamat. Apa yang dilakukan JASA di Sarawak sebelum ini telah mendapat reaksi yang baik terutama mereka yang cintakan keamanan dan perpaduan.

Bagi pembangkang, JASA ini sebagai duri dalam daging bagi mereka. Ini kerana matlamat asal pembangkang banyak dirosakkan JASA. JASA sentiasa mendampingi masyarakat walau apa jua keadaan. Berbeza dengan pembangkang yang hanya datang bermusim dan sentiasa berlakon untuk meraih simpati. Atas sebab itu tulisan Dr John ini bersifat peribadi berbanding politik dalam menghina JASA.

Ramai di kalangan rakyat Sarawak telah mengetahui JASA dan peranannya dalam masyarakat. Tidak kurang juga yang merujuk kepada JASA untuk mendapatkan sesuatu pandangan.

Persoalan ini ditujukan khas kepada Dr John. Pernahkan BN menghina Dr John dalam konteks peribadi? Sekiranya, dalam konteks politik sememangnya wajar kerana perbezaan idealogi. Namun, tindakan Dr John menghina dan membenci Kerajaan dan BN lebih bersikap peribadi.

Orang-orang sebegini yang perlu dijauhi dan hindari kerana merosakkan bangsa, agama dan negara. Mereka tidak reti berterima kasih dan langsung tidak bertanggung terhadap bangsa dan agamanya asalkan cita-citanya tercapai seperti yang dilakukan Anwar Ibrahim sekarang.

Tiada ulasan: