Jumaat, 10 September 2010

Rakyat harus berterima kasih kepada Perdana Menteri


Rakyat Sarawak harus berterima kasih dan bersyukur atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfokus kepada pembangunan infrastruktur di negeri ini. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata bagi mempertingkatkan pembangunan di negeri ini Perdana Menteri telah memperuntukkan RM4 ribu juta bagi program membina jalan raya luar bandar, bekalan air dan bekalan elektrik menjelang 2012.
Apabila Perdana Menteri mahu mempertingkatkan bentuk pembangunan kita kepada pembangunan Model Ekonomi yang berpendapatan tinggi, beliau sedar banyak daripada kemudahankemudahan di Sarawak juga Sabah patut ditambah baik lagi sehingga dapat sama rata dengan kawasan-kawasan di Semenanjung yang mempunyai penduduk lebih ramai.

Oleh sebab itu maka kita di Sarawak patut berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kita kerana mempunyai perasaan yang menumpu kepada masalah kita di negeri Sarawak.
Sarawak akan mencapai pembangunan yang lebih cepat bermula dari Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan bermulanya pelaksanaan model ekonomi berpendapatan tinggi. Banyak rancangan yang dilaksanakan boleh menarik lebih banyak pelaburan. Setakat ini sudah lebih dari RM30 ribu juta daripada pihak yang hendak mengusahakan industri berat sudah bersetuju melabur di negeri ini. Justeru itu peluang pekerjaan akan bertambah di Sarawak dan perkara yang lebih penting ialah peluang pekerjaan yang mempunyai upahan atau gaji lebih lumayan akan mula meningkat di negeri ini.

Oleh sebab itu Ketua Menteri Sarawak meminta kepada suadara sekalian pada hari mulia ini (Hari Raya Aidilfitri) ini untuk memelihara situasi positif di negeri ini supaya Sarawak kekal dapat menarik pelaburan demikian. Pada masa sama, Sarawak akan dapat terus dibangunkan peringkat demi peringkat sehingga rakyat mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan sama rata dengan negara yang sudah maju menjelang 2030. Pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di kawasan tengah Sarawak diyakini dapat memberi impak positif kepada kawasan di luarnya.

Dijangkakan dengan program dan rancangan yang dijalankan sekarang, maka pendapatan perkapita rakyat negeri ini menjelang 2030 akan mencapai dolar AS$24,000, tiga kali ganda daripada sekarang. Sekarang kita sudah mencapai purata pendapatan kurang lebih dolar AS$8,000. Masa depan yang cerah seperti itu ujarnya akan menjamin masa depan generasi akan datang.

Tiada ulasan: