Sabtu, 14 Mac 2009

Pilihan Raya Kecil N.29 Batang Ai

Spekulasi keadaan politik di kawasan DUN Batang Ai berubah besar berikutan angin perubahan tsunami politik 308, menjadikan pilihan raya kecil ini menjadi tumpuan orang ramai dan juga parti-parti politik yang mahu mempertahankan atau merampas kerusi ini. Perkataan BATANG AIR yang tidak dikenali sebelum ini telah menjadi topik perbincangan utama laman blog, web dan juga perkataan carian utama.

Pilihan raya kecil telah menjadikan Batang Air terkenal dengan tiba-tiba. Adakah pilihan raya dapat membuktikan perubahan sokongan rakyat? Akan tetapi apakah 8000 lebih pengundi Batang Air ini dapat menentukan sokongan kepada kerajaan negeri sedia ada, tetapi yang jelasnya BN atau Pakatan Rakyat akan berusaha kuat untuk memenangi kerusi ini. Calon BN telah memenangi pilihan raya DUN 2006 bagi kawasan Batang Ai dengan majoriti 806 undi sahaja yang dianggap kecil. Namun kedua pihak BN dan Pembangkang masing-masing menghadapi masalah penetapan calon bertanding. Tetapi BN nyata lebih mudah untuk menyelesaikan isu calon, tetapi pembangkang pula menghadapi masalah tentangan antara PKR dan SNAP kerana SNAP mahukan kerusi itu yang dipertikaikan sebagai kawasan SNAP sebelum ini. Sudah pasti BN akan mendahului pembangkang dalam pilihan raya kecil ini, namun BN juga berusaha untuk memastikan ANGKA MAJORITI bertambah.

Selain daripada itu, menurut analisis daftar pengundi, pengundi muda hanya 10% daripada keseluruhan pengundi kawasan iaitu 8.5% pengundi berumur 21-30, sementara pengundi berumur 31-40 adalah 24% dan pengundi berumur 41-70 adalah 65%. Satu lagi kelebihan kepada BN jika dikaitkan dengan senario yang berlaku pada insiden 308.

Juga dipertikaikan kebanyakan pengundi kawasan berada di negeri dan negara lain. Ramai dari pengundi muda telah berhijrah ke kawasan bandar untuk bekerja, adakah mereka ini akan balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka? sudah tentu parti-parti yang bertanding akan cuba sedaya upaya untuk membawa mereka pulang untuk penentuan keputusan pilihan raya.
Menurut maklumat seramai 500orang bekerja di bandar-bandar lain di Sarawak, sementara 2000 lagi bekerja di Semenanjung Malaysia dan Singpura, sebilangan kecil pula bekerja di Negara lain.

Pihak pembangkang akan menumpukan kepada isu tanah sementara BN akan menumpukan kepada pembangunan kawasan dan juga penyelesaian isu tanah penduduk kawasan. Daripada temuramah yang dibuat oleh media massa, rakyat kawasan mahukan pembangunan dan hanya kerajaan BN yang dapat memberikan kepada mereka. Namun isu hak tanah juga dititikberatkan dan yang pasti hanya BN dapat menyelesaikan masalah ini dan bukannya pembangkang yang CAKAP-CAKAP sahaja tetapi tidak dapat membawa sebarang hasil walaupun mempunyai 8 orang dalam DUN Sarawak.

Rabu, 11 Mac 2009

PAKEJ RANSANGAN II

Pakej rangsangan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak bernilai RM60 bilion. Jumlah itu akan dibelanjakan dalam tempoh dua tahun, hingga 2010, jumlah besar "yang pertama dalam sejarah ekonomi negara." Daripada jumlah tersebut, RM15 bilion untuk suntikan kewangan, RM25 bilion (dana jaminan), RM10 bilion (pelaburan ekuiti), RM7 bilion (inisiatif kewangan swasta atau PFI) dan projek-projek di luar belanjawan, dan juga RM3 bilion (insentif cukai). Jumlah RM60 bilion ini hampir 9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

INTIPATI BAJET MINI:

* Pembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun;

* Tambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah;

* Dana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan;

* RM200 juta untuk membaiki dan menyenggara longkang dan jalan;

* RM150 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan;

* Kerajaan akan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion tahun ini;

* RM1.95 bilion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak, di mana RM300 juta akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dan sekolah mubaligh;

* RM230 juta diperutukkan untuk meningkatkan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak;

* RM350 juta peruntukkan untuk pembinaan jalan luar bandar;

* Subsidi RM674 juta untuk mengelak kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, roti dan tepung;

* RM480 juta untuk menampung kenaikan kadar tol;

* Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM500 juta untuk Program Penyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak;

* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk menyediakan infrastruktur dan
meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak
;

* RM300 juta untuk program mikro kredit tanpa cagaran di bawah AgroBank bagi embantu petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar serta RM50 juta untuk program di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun);

* Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta akan diwujudkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia;

* RM20 juta akan disediakan untuk meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak;

* Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan;

* Kerajaan mewujudkan skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5bilion untuk membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta;

* Kerajaan akan wujudkan Institusi Jaminan Kewangan dengan modal berbayar permulaan RM1 bilion, bagi menyediakan penambahan kredit kepada syarikat yang bercadang mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Dijangkakan bon-bon berjumlah RM15 bilion akan diwujudkan menerusi kemudahan berkenaan;

* Terbitan hak oleh syarikat tersenarai tidak lagi perlu kelulusan Suruhanjaya Sekuriti;

* Bagi menggalakkan pengambilalihan dan penggabungan, Kod untuk tujuan itu tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad;

* Hanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan mengenai terma dan syarat terbitan bon dan sukuk;

* Bon boleh tukar dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori;

* Status penduduk tetap boleh dipertimbang sebagai warga asing yang memiliki set bersih tinggi dan membawa masuk lebih AS$2 juta pelaburan atau penabungan di Malaysia, sebagai usaha untuk membawa memasuk indvidu beraset besar dan
berkemahiran tinggi;

* Golongan profesional berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama;

* Berkuatkuasa 1 Feb, pembayaran levi bagi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan dikecualikan selama enam bulan untuk majikan industri tekstil, elektrik dan elektronik;

* Berkuatkuasa 1 April, kadar pembayaran levi akan dikurangkan kepada 0.5 peratus daripada satu peratus bagi semua majikan untuk tempoh dua tahun;

* Tambahan RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif;

* Kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua, dengan diskaun RM5,000 akan diberikan kepada pemilik kereta sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun untuk membeli kereta baru Proton dan Perodua;

* Malaysia Airports Holdings Bhd akan membina dan mengendalikan lapangan terbang syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada anggaran kos RM2 bilion;

* RM250 juta untuk memperluaskan Lapangan Terbang Pulau Pinang;

* Rebat 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun mulai 1 April;

* Untuk pelaburan antara 10 Mac, 2009 dan 31 Dis, 2010, kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan, yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun;

* Bagi membantu syarikat yang terjejas akibat kesan krisis ekonomi, kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan dibawa ke tahun sebelumnya. Ini bagi membantu aliran tunai syarikat berbanding layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan sehingga RM100,000 setahun yang terpakai bagi tempoh taksiran 2009 dan 2010;

* Paras threshold untuk levi keuntungan luar biasa ke atas sawit akan dinaikkan kepada RM2,500 satu tan untuk Semenanjung Malaysia dan RM3,000 untuk Sabah dan Sarawak.

* RM200 juta untuk menaik taraf infrastruktur di tempat tumpuan pelancong;

* Dana pelaburan Khazanah Nasional akan dinaikkan sebanyak RM10 bilion, dan akan dilaburkan dalam tempoh dua tahun dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan;

* RM100 juta untuk membina jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutaanya di kawasan Setitiga Emas, Kuala Lumpur;

* Kerajaan akan sedia dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu pelaksanaan projek menerusi Inisiatif Kewangan Swasta dan usaha sama awam-swasta. Firma swasta akan dipelawa untuk membida bagi memperoleh dana itu;

* Kerajaan bercadang menambah jumlah biasiswa untuk kemasukan ke universiti swasta tempatan;

* Syarikat berkaitan kerajaan akan mendirikan 10 sekolah swasta yang bukan bertujuan membuat keuntungan;

* Sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan lagi bagi menarik lebih banyak pelaburan, membawa masuk lebih ramai profesional serta teknologi, selain mengukuhkan daya saingnya;

* Jawatankuasa Pelaburan Asing akan mengguna pakai pendekatan lebih liberal ke arah membawa perubahan positif dan menyediakan persekitaran yang lebih mesra pelabur dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan, termasuk pelaburan langsung asing;

* Radio televisyen Malaysia (RTM) diperuntukkan RM20 juta bagi melaksana beberapa projek untuk membangunkan industri muzik tempatan;

* Semua pemerolehan kerajaan akan dibuat menerusi tender terbuka atau tender terhad, kecuali dalam kes-kes khusus.

Ahad, 8 Mac 2009

Kadet Polis Diperluas Tangani Disiplin Pelajar

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditubuhkan di setiap sekolah menengah disyor agar diperluaskan peranannya bagi menangani masalah disiplin pelajar yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ianya sejajar dengan objektif penubuhan kor itu untuk membendung masalah berkaitan disiplin pelajar di sekolah. Bagaimanapun Kementerian Pelajaran dan juga polis perlu duduk semeja bagi membincangkan perkara tersebut secara lebih mendalam.Ini berkaitan undang-undang, biar polis dan Kementerian Pelajaran membincangkan perkara ini bagi tangani masalah disiplin pelajar.

Peranan kor ini amatlah penting kerana ia merupakan mata dan telinga kepada Jabatan Pelajaran bagi membendung masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar. Pertubuhan beruniform ini cukup bagus untuk membentuk sahsiah diri serta dapat menangani isu-isu yang berkaitan masalah disiplin pelajar di sekolah. Tindakan media untuk menyiarkan kes-kes yang membabitkan masalah disiplin pelajar telah membawa kepada langkah segera bagi membendung masalah terbabit.

RM202 Juta Bina Rumah Baru Keluarga Miskin Sabah, Sarawak

Sebanyak 5,050 unit rumah baru, termasuk rumah panjang, yang lebih selesa akan dibina untuk keluarga miskin tegar di Sabah dan Sarawak di bawah peruntukkan RM202 juta yang diberikan oleh kerajaan pusat. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata daripada jumlah itu sebanyak 2,550 unit dengan peruntukan RM102 juta akan dibina di Sarawak, dan selebihnya 2,500 unit membabitkan RM100 juta akan dibina di Sabah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).

Projek pembinaan rumah baru itu juga turut meliputi pembinaan 145 unit rumah panjang yang bernilai RM6.38 juta di penempatan Seduku Baru, Batang Lupar, Sarawak serta lapan unit rumah panjang dengan setiap unit mempunyai 20 pintu bernilai RM6.4 juta di lapan daerah di Sarawak. Daerah terbabit ialah Limbang, Miri, Bintulu, Kapit, Mukah, Sarikei, Betong dan Sri Aman, yang terbabit dengan insiden kebakaran rumah panjang baru-baru ini. Sementara itu RM50.4 juta lagi akan digunakan untuk projek individu.

Rumah-rumah berkenaan adalah sebahagian 17,000 unit rumah baru lebih selesa, luas dan berkualiti untuk keluarga miskin tegar yang akan dibina di seluruh negara di bawah PBR, yang membabitkan kos keseluruhan RM500 juta. Setiap rumah berharga RM40,000 seunit. Kementerian akan berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Kementerian Perumahan Sarawak mengenai pelan rumah panjang standard yang sedang dibangunkan itu. Walaupun pembinaan rumah berkenaan adalah mengikut pelan yang standard yang telah dikeluarkan oleh pihak JKR, ia boleh diubasuai mengikut keperluan sesuatu masyarakat atau kaum.

Di Sarawak juga pembinaan rumah PBR akan disesuaikan mengikut keperluan dan lokasi sesuatu masyarakat, termasuk membina rumah di penempatan rumah panjang.Bagi memastikan pelaksanaan skim bantuan rumah itu dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan secara holistik, kementerian juga meminta kerajaan negeri termasuk yang dikuasai pembangkang membantu menyediakan tanah untuk tapak bagi membina rumah golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah RM720 sebulan. Kementerian juga sudah meminta semua wakil rakyat mengemukakan maklumat terperinci mengenai keluarga termiskin di kawasan mereka, termasuk gambar dan status rumah berkenaan untuk tujuan tersebut. Terpulanglah kepada wakil rakyat kawasan untuk mengambil initiatif untuk mengesan golongan miskin tegar di kawasan, atau bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau parti politik untuk mendapatkan maklumat.
Akan tetapi janganlah sampai melimpasi kawasan orang lain pula, dan penduduk di kawasan sendiri tidak dimabil perhatian, sepertimana yang dilakukan oleh wakil rakyat DAP kawasan Batu Lintang yang melimpasi kawasan Batu Kawa untuk mencari golongan miskin tegar untuk mencari populariti sahaja..

PESTA BERAMBEH RTM & MBKS

Pesta Berambeh yang dianjurkan oleh RTM dan MBKS pada 7.3.2009 bertempat di Pasar Komuniti Stutong mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kawasan Tabuan Jaya, Tabua Laru dan kawasan berdekatan. Ianya adalah salah satu usaha MBKS dan Kementerian untuk meningkatkan populariti pasar berkenaan untuk memarik lebih ramai pengunjung dan seterusnya meningkatkan pendapatan para penjaja di pasar tersebut. Pasar tersebut telah diwujudkan untuk menempatkan penjaja dari Pasar Jalan Gambier dan Pusat Penjaja Sementara Tabuan Jaya pada tahun lepas.

Majlis Berambeh dirasmikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh dan dihadiri oleh Ketua jabatan dan agensi kerajaan, Ketua Masyarakat, pemimpin pertubuhan tempatan.



Seminar Dan Kaunseling Pendidikan Tinggi

Biro Pendidikan PEMUDA Parti SUPP akan menganjurkan Seminar dan Kaunseling Pendidikan Tinggi sepertimana pada tahun yang lalu dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi termasuk maklumat institutsi tinggi, kelayakan kemasukan, yuran dan sebagainya.

Jadual Seminar:
10.3.2009 Kuching, 12.3.2009 Tapah, 13.3.2009 Sarikei,
15.3.2009 Bintulu/Miri/Betong/Sri Aman,
Sementara tarikh Seminar di Sibu dan Bintangor akan dimaklumkan kemudian.

Sessi kaunseling akan ddiadakan pada 11-20.3.2009 bermula dari jam 7.00malam hingga 9.30malam, Hari Sabtu jam 2.00 petang hingga 5.00 petang/7.00malam hingga 9.30malam, dan Hari Ahad jam 9.00pagi hingga 11.30 pagi/2.00 petang hingga 5.00 petang/ 7.00malam hingga 9.30 malam.

PEMUDA SUPP telah memulakan program ini sejak tahun 2006 dan ianya mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar. Namun segala usaha yang dilakukan seringkali dipertikaikan oleh parti DAP untuk memburuk-burukan usaha yang dilakukan. Sebaliknya DAP tidak lakukan apa-apa pun untuk membantu para pelajar, yang ada hanya cakap-cakap ANGIN sahaja. Kenapa mereka mudah untuk menganjurkan majlis makan malam untuk mengutip derma, sedangkan agenda pendidikan tidak diutamakan. Renungilah dan hanyatilah apa yang telah disumbangkan oleh PEMUDA SUPP, SUPP dan BN selama ini.

SAMBUTAN HARI WANITA

KEGANASAN ke atas wanita dan kanak-kanak atau erti kata lain keganasan rumah tangga merupakan isu yang sehingga kini tidak dapat dikawal, umpama wabak yang berjangkit dalam masyarakat tanpa ada sempadan negara, bangsa, warna kulit, status mahupun agama. Tiada satu bangsa di dunia yang mampu mengaku bahawa masyarakatnya bebas daripada isu tersebut. Ianya adalah agenda utama pertubuhan-pertubuhan wanita di negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun dan sebagainya.

Sekali lagi isu ini diangkat sebagai tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2009 yang disambut 8 Mac ini (Ahad) di seluruh dunia. Tema kali ini dianggap lebih menarik dengan penambahan sesuatu yang cukup relevan iaitu Wanita dan Lelaki Bersama Menentang Keganasan Ke atas Wanita dan Kanak-Kanak. Memasukkan perkataan 'lelaki' dalam tema tersebut bermakna golongan lelai juga dibabitkan secara langsung dalam program-program kesedaran yang selama ini hanya dijuarai oleh golongan wanita. Menteri juga mengakui keganasan rumah tangga akan terus relevan untuk diperbincangkan dan dicari jalan penyelesaian sama ada di peringkat kerajaan mahu pun badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Pihak kementerian juga sedang berusaha keras mempercepatkan usul pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga dengan memasukkan penderaan emosi sebagai sebahagian daripada bentuk keganasan rumah tangga yang harus dilayan sebagaimana penderaan fizikal.
Keganasan rumah tangga tidak seperti keganasan fizikal yang mudah dilihat atau dirasai, penderaan emosi sukar untuk dibuktikan namun kesannya sama besar atau mungkin lebih teruk dengan penderaan fizikal. Tidak dinafikan mungkin sukar untuk membuktikan penderaan emosi, namun sesuatu harus dilakukan agar wanita memahami bahawa terdapat undang-undang yang komprehensif yang melindungi mereka daripada sebarang bentuk keganasan rumah tangga sama ada berbentuk fizikal mahupun emosi.

Berdasarkan pada perangkaan kes keganasan ke atas wanita dan kanak-kanak tidak pernah surut, bahkan semakin meningkat bilangannya. Sebagai contoh, pada tahun lalu sehingga bulan November saja sebanyak 3,445 kes keganasan ke atas wanita dilaporkan, manakala pada 2007 sebanyak 3,756 kes berbanding 2006 (2,264 kes) dan 2005 (2,093 kes). Kemungkinan keganasan rumah tangga akan lebih ketara tahun ini impak daripada pergolakan ekonomi dunia yang sedang berlaku sekarang. Berdasarkan kajian-kajian sebelum ini, institusi keluarga antara yang awal terkena tempias apabila berlaku sesuatu krisis ekonomi, di mana ia mewujudkan suasana tegang dan konflik dalam keluarga yang secara tidak langsung akan mencetuskan kemungkinan berlaku keganasan .

Negara Britain telah mencatatkan peningkatan dua kali ganda dalam kes-kes keganasan rumah tangga berikutan krisis ekonomi yang dilanda. Kementerian akan mengambil langkah proaktif dengan merancang program-program yang dapat membantu membentuk keluarga mapan dan tahan cabaran. Ini terutama di kalangan keluarga yang berisiko seperti pasangan muda dan yang menghadapi cabaran kewangan.

Begitu juga dengan pertubuhan-pertubuhan NGO dan parti politik yang juga telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk sambutan Hari Wanita. Yang hairan sesetengah parti contohnya PKR yang hanya membuat kenyataan akhbar dengan gambar sahaja tanpa sebarang aktiviti sambutan, mereka ini hanya membuat beberapa kain rentang mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita tetapi tidak mengadakan sebarang aktiviti sambutan untuk golongan wanita. Kenapa pula mereka dapat berbelanja lebih untuk majlis makan malam untuk DSAI tetapi tidak rela untuk adakan aktiviti sambutan untuk golongan wanita??