Sabtu, 14 Mac 2009

Pilihan Raya Kecil N.29 Batang Ai

Spekulasi keadaan politik di kawasan DUN Batang Ai berubah besar berikutan angin perubahan tsunami politik 308, menjadikan pilihan raya kecil ini menjadi tumpuan orang ramai dan juga parti-parti politik yang mahu mempertahankan atau merampas kerusi ini. Perkataan BATANG AIR yang tidak dikenali sebelum ini telah menjadi topik perbincangan utama laman blog, web dan juga perkataan carian utama.

Pilihan raya kecil telah menjadikan Batang Air terkenal dengan tiba-tiba. Adakah pilihan raya dapat membuktikan perubahan sokongan rakyat? Akan tetapi apakah 8000 lebih pengundi Batang Air ini dapat menentukan sokongan kepada kerajaan negeri sedia ada, tetapi yang jelasnya BN atau Pakatan Rakyat akan berusaha kuat untuk memenangi kerusi ini. Calon BN telah memenangi pilihan raya DUN 2006 bagi kawasan Batang Ai dengan majoriti 806 undi sahaja yang dianggap kecil. Namun kedua pihak BN dan Pembangkang masing-masing menghadapi masalah penetapan calon bertanding. Tetapi BN nyata lebih mudah untuk menyelesaikan isu calon, tetapi pembangkang pula menghadapi masalah tentangan antara PKR dan SNAP kerana SNAP mahukan kerusi itu yang dipertikaikan sebagai kawasan SNAP sebelum ini. Sudah pasti BN akan mendahului pembangkang dalam pilihan raya kecil ini, namun BN juga berusaha untuk memastikan ANGKA MAJORITI bertambah.

Selain daripada itu, menurut analisis daftar pengundi, pengundi muda hanya 10% daripada keseluruhan pengundi kawasan iaitu 8.5% pengundi berumur 21-30, sementara pengundi berumur 31-40 adalah 24% dan pengundi berumur 41-70 adalah 65%. Satu lagi kelebihan kepada BN jika dikaitkan dengan senario yang berlaku pada insiden 308.

Juga dipertikaikan kebanyakan pengundi kawasan berada di negeri dan negara lain. Ramai dari pengundi muda telah berhijrah ke kawasan bandar untuk bekerja, adakah mereka ini akan balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka? sudah tentu parti-parti yang bertanding akan cuba sedaya upaya untuk membawa mereka pulang untuk penentuan keputusan pilihan raya.
Menurut maklumat seramai 500orang bekerja di bandar-bandar lain di Sarawak, sementara 2000 lagi bekerja di Semenanjung Malaysia dan Singpura, sebilangan kecil pula bekerja di Negara lain.

Pihak pembangkang akan menumpukan kepada isu tanah sementara BN akan menumpukan kepada pembangunan kawasan dan juga penyelesaian isu tanah penduduk kawasan. Daripada temuramah yang dibuat oleh media massa, rakyat kawasan mahukan pembangunan dan hanya kerajaan BN yang dapat memberikan kepada mereka. Namun isu hak tanah juga dititikberatkan dan yang pasti hanya BN dapat menyelesaikan masalah ini dan bukannya pembangkang yang CAKAP-CAKAP sahaja tetapi tidak dapat membawa sebarang hasil walaupun mempunyai 8 orang dalam DUN Sarawak.

Tiada ulasan: