Ahad, 8 Mac 2009

Kadet Polis Diperluas Tangani Disiplin Pelajar

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditubuhkan di setiap sekolah menengah disyor agar diperluaskan peranannya bagi menangani masalah disiplin pelajar yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ianya sejajar dengan objektif penubuhan kor itu untuk membendung masalah berkaitan disiplin pelajar di sekolah. Bagaimanapun Kementerian Pelajaran dan juga polis perlu duduk semeja bagi membincangkan perkara tersebut secara lebih mendalam.Ini berkaitan undang-undang, biar polis dan Kementerian Pelajaran membincangkan perkara ini bagi tangani masalah disiplin pelajar.

Peranan kor ini amatlah penting kerana ia merupakan mata dan telinga kepada Jabatan Pelajaran bagi membendung masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar. Pertubuhan beruniform ini cukup bagus untuk membentuk sahsiah diri serta dapat menangani isu-isu yang berkaitan masalah disiplin pelajar di sekolah. Tindakan media untuk menyiarkan kes-kes yang membabitkan masalah disiplin pelajar telah membawa kepada langkah segera bagi membendung masalah terbabit.

Tiada ulasan: