Rabu, 24 September 2008

PEMBAYARAN ELAUN WAKIL RAKYAT

Perkataan "ELAUN" merupakan pendapatan sampingan ramai pekerja tidak kira dari sektor swasta atau awam. ELAUN hanya diberikan berpandukan kerja-kerja yang telah dilakukan dan mereka yang tidak melakukan kerja sepertimana yang diarah atau ponteng sememangnya tidak akan dibayar..

Begitulah reaksi saya setelah membaca kenyataan Yang Berhormat DAP KUCHING yang tidak dibayar elaun sejak beliau diambil tindakan tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN bulan Mei yang lalu dan persidanga yang akan datang... Pada pendapat saya beliau telah melanggar peraturan persidangan, dan memang wajib ELAUNnya tidak dibayar kerana beliau tidak dapat menghadiri persidangan. Bagaimana seorang yang tidak hadir boleh dibayar ELAUN..... Sudah tentu ianya akan menimbulkan kemarahan mereka yang hadir bertugas.

Yang saya hairan kenapa rakan-rakannya juga tonjol menyokong kenyataan beliau yang menyeru kerajaan membayar elaunnya.. Adakah mereka ini sudah kehilangan akal? Adakah mereka ini mengajak semua orang untuk menuntut bayaran elaun sedangkan tidak perlu membuat sebarang kerja... "Abang Ah Long juga perlu kerja untuk mendapatkan bayaran." MANA ADA DUIT YANG JATUH DARI LANGIT.

Tiada ulasan: