Khamis, 11 September 2008

Pemecatan Ketua Masyarakat BAU dan LUNDU???


Ketua-Ketua Masyarakat telah dipilih dan dilantik dari kalangan mereka yang mempunyai kepimpinan dan pengaruh dalam masyarakat. Perkhidmatan mereka kepada masyarakat selama ini tidak pernah dipersoalkan khususnya kepada mereka yang telah menjangkau usia. Sumbangan mereka hendaklah dikenang, namun mereka tertakhluk kepada syarat-syarat perlantikan dan sambungan yang diluluskan oleh kerajaan negeri pada tahun 2005, di mana umur perjawatan baru hendaklah tidak boleh melebihi umur 65 tahun, dan umur maksimum 70 tahun untuk sambungan perlantikan. Walaubagamainapun sambungan perlantikan juga perlu melalui pemeriksaan kesihatan. Isu pemecatan yang dinyatakan tidak wujud langsung kerana tempoh perjawatan mereka telah tamat. Isu ini juga wujud di kawasan Bandaraya Kuching.


Tiada ulasan: