Sabtu, 13 September 2008

SANDIWARA SEPTEMBER 16 PAKATAN RAKYAT


Sandiwara September 16 yang diterbitkan oleh DSAI semakin jelas menunjukkan keinginan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan impiannya untuk mengambilalih teraju kerajaan dengan pelbagai strategi, namun Ahli Parlimen BN tetap kekal taat setia kepada kerajaan BN. Mengapakan pula PKR menghantar rombongan ke Taiwan???? Kononnya untuk memantau program lawatan rombongan Beckbencher BN. Apakah tanggungjawab sebenar seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat? Mereka seharusnya berusaha untuk membawa masalah yang dihadapi untuk penyelesaian dan bukannya tergopoh-gapah untuk menjatuhkan kerajaan, apatah lagi berbelanja RM2000-RM3000 seorang ke Taiwan untuk memantau program lawatan Beckbencher BN????? Duit yang dibelanjakan dari sumber cukai pendapatan rakyat untuk tujuan kepentingan parti tertentu, adakah ini adil kepada rakyat. Keadaan ekonomi semasa adalah tidak menentu dipengaruhi perubahan harga minyak petrol global, apakah ahli-ahli yang berhormat parti pembangkang mahu melihat negara kita menjadi seperti negara jiran di mana perdana menteri senangtiasa dijatuhkan, sering berganti, keselamatan rakyat dan ekonomi negara terancam. Malaysia telah menjangkau usia 51 tahun, kita harus mempertahankannya demi untuk masa depan anak cucu kita...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DSAI semakin terperangkap dengan permainan politiknya sendiri. Walaupun '916'telah berlalu baginya mmbentuk kerajaan baru yang diuar-uarkannya selama ini, namum beliau masih terus berilusi untuk impian yang sukar menjadi relaiti itu. Anwar manusia gelojoh mencapai cita-cita,. sepatutnya beliau bersabar menanti pertarungan di pentas atau gelanggang demokrasi pada PRU13 nanti. Tapi beliau terus menerus menganggu kerajaan yang telah pun diangkat oleh rakyat melalui pilihan raya yang sah pada PRU12 yang lalu.