Khamis, 9 Oktober 2008

PAK LAH Yang Kita Hormati Dan Sanjungi

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi PAK LAH telah mengumumkan keputusannya tidak bertanding jawatan Presiden UMNO dan menyerahkan pucuk pimpinan kepada bakal penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN di bangunan PWTC 8 Oktober yang lalu.

Setelah berkhidmat kepada negara lebih dari 45 tahun, sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang wakil rakyat dan kemudian jawatan tinggi dalam kabinet. Malaysia melangkah maju dari sebuah negara yang miskin kepada sebuah negara yang moden dan disegani. Walaupun prestasi pencapaian negara adalah membanggakan, negara kita sekaranag berada di sebuah persimpangan dan kita perlu berani membuat perubahan, kita perlu mempercepatkan evolusi dan proses pematangan. Sekiranya kita gagal membuat perubahan tersebut, segala pencapaian kita selama lebih 50 tahun mungkin tergadai. Dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati.

Sepanjang tempoh perkhidmatan PAK LAH, beliau sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam Perhimpunan Agung yang akan datang. Beliau tidak mahu melihat Umno dan Barisan Nasional berpecah belah. Umno dan Barisan Nasional perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran-cabaran global, agar kita berjaya menjadi sebuah negara yang maju – sebuah negara yang menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

Walaubagaimanapun beliau masih kekal dengan semangat perjuangannya untuk melaksanakan beberapa inisiatif sebelum beliau menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal penggantinya. Inisiatif-inisiatif ini adalah penting untuk membolehkan negara kita terus melangkah maju dan akan memperbaiki daya saing negara dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran-cabaran luaran yang pasti mendatang.

Pertama, institusi negara perlu diperkukuhkan:
Badan kehakiman perlu memperkukuhkan kedudukan dan kredibilitinya di mata rakyat.
Saya akan membawa rang undang-undang ke Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya ini akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus. Negara juga memerlukan sebuah institusi yang dapat memerangi gejala rasuah dengan efektif.

Oleh itu, beliau akan membawa rang undang-undang ke parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang akan mempunyai kuasa penyelidikan dan penguatkuasaan yang lebih besar berbanding kuasa yang sedia ada pada Badan Pencegah Rasuah. Beliau juga akan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Kedua, saya telah begitu kerap dan sering menegaskan bahawa kekayaan dan hasil kemakmuran Negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata Negara. Ketika membentangkan Bajet 2009 yang lalu, beliau telah menjelaskan tentang komitmen Kerajaan untuk memperkukuh dan memperluaskan Jaringan Keselamatan Sosial. Kerajaan akan meningkatkan usaha bagi memastikan perlaksanaan inisiatif ini dapat disegerakan bagi membantu rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan, tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama.Beliau juga akan bekerja keras untuk memastikan manfaat yang jelas akan dapat mula dinikmati di Iskandar, dan juga koridor-koridor pembangunan yang lain di serata Negara.

Ketiga, Beliau ingin melihat kerajaan dan Barisan Nasional memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni. Hakikatnya, kita semua telah sama-sama melihat bahawa keharmonian hubungan antara kaum dan agama semakin merosot dan terhakis. Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini.

Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang, melalui dialog; tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil; bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas, tanpa sebarang keraguan; dan berikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua. Bagi tujuan ini, beliau akan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional pada awal tahun depan.Ini sememangnya satu usaha jangka panjang yang diharapkan dapat dimulakan oleh beliau dan akan terus beliau berikan sumbangan bagi memastikan kejayaannya.

Beliau serius dan komited untuk mencapai segala misi yang beliau gagaskan, dan yakin bakal penggantinya akan meneruskan usaha-usaha ini. Beliau ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya, Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan, apatah lagi kaum atau agama; melainkan peraduan dan keharmonian. Ini bukan masanya untuk kita berbalah sesama sendiri atau untuk kita berpolitik secara sempit. Ini adalah masa untuk memperkukuhkan peraduan dan kerjasama antara kita Ini adalah masa untuk kita meletakkan kepentingan negara di hadapan, mengatasi segalanya.

*RENUNGAN* PAK LAH yang telah berkhidmat kepada negara dan rakyat selama 45 tahun telah memberi sumbangan yang besar kepada rakyat jelata..antaranya perubahan dalam sistem pentadbiran kerajaan yang lebih cekap, berkesan dan bermutu, RMK9, Bajet 2005-2009, penambahbaikan sistem kehakiman negara, suruhanjaya penyiasat PDRM.. dan banyak lagi....

Ramai yang menyokong beliau untuk meneruskan perjuangannya dalam UMNO untuk menjawat jawatan Presiden sehingga JUN 2010 yang diumumkan oleh beliau. Namun kami semua yakin dan hormati keputusan yang telah dibuat dan mengharapkan rakyat semua untuk menyokong kuat iniatiatif yang akan dilaksanakan oleh beliau. Sumbangan PAK LAH akan sentiasa dalam ingatan kami RAKYAT MALAYSIA.

Tiada ulasan: