Ahad, 5 Oktober 2008

Pentingnya Kestabilan Politik

Kestabilan politik amatlah penting bagi menentukan kejayaan persaingan Malaysia dalam dunia Global. Pelabur-pelabur asing hanya akan bertumpu kepada negara yang stabil dari segi suasana politik dan sistem pentadbiran kerajaan yang cekap. Pelabur pastinya mengelak daripada menanam modal di negara di mana berlaku kekecohan, keadaan politik yang stabil, rakyatnya memiliki perasaan benci terhadap kerajaan.
SCORE yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bintulu pada bulan Februari lepas, dengan kawasan koridor seluas 70,700 kilometer persegi itu disasarkan untuk menarik pelaburan berjumlah RM334 bilion, dengan kerajaan persekutuan menyumbang 15 peratus dalam tempoh antara tarikh pelancarannya dan tahun 2030. SCORE akan menjadi satu mercu tanda kejayaan, di mana rakyat Sarawak terkenal dengan tata susila dan budi bahasa, sentiasa fokus terhadap kerja dan gigih untuk mencapai kejayaan.

Oleh itu RAKYAT MALAYSIA hendaklah memainkan peranan masing-masing untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia umpama syurga kepada para pelabur. Di SARAWAK kita ada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) suatu peninggalan terbaik kerajaan negeri kepada generasi akan datang. SCORE boleh menjana sehingga hampir 1.5 juta pekerjaan menjelang 2030. Peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah mencukupi untuk menangani perbezaan tahap kemahiran dan kelayakan setiap penduduk.

Layarilah htp://www.sarawakscore.com.my untuk keterangan lebih lanjut mengenai SCORE.

Tiada ulasan: