Sabtu, 1 Mei 2010

'TAK JERIT pun boleh jadi MP yang BAIK

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata alasan DAP supaya wakil pembangkang dari Sarawak dipilih ke Dewan Rakyat kerana mereka lebih lantang bersuara tidak berasas kerana cara itu bukannya berkesan. Pendekatan oleh anggota parlimen daripada BN dari negeri itu yang lebih mementingkan perbincangan dan kemesraan dengan pemimpin-pemimpin pusat terbukti membawa hasil.


Beliau mengulas kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang menyeru penduduk Sibu memilih calon daripada parti itu dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu pada 16 Mei ini, yang kononnya lebih berani untuk bersuara di Dewan Rakyat berbanding calon BN yang takut membawa isu yang boleh menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpinnya termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Sesetengah wakil rakyat pembangkang khususnya yang mewakili kawasan bandar bernasib baik kerana kawasan yang mereka wakili itu tetap akan menikmati kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN. Sebaliknya terdapat banyak kawasan lain yang tidak mendapat perhatian seperti ini, dan sebab itulah wakil rakyatnya perlu mendekati kerajaan untuk menyuarakan hasrat rakyat, tanpa perlu menjerit-jerit atau menunjuk rasa marah.



Mengenai Sibu, wakil rakyatnya termasuk mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menjadi anggota parlimen di situ sebelum beliau meninggal dunia pada 9 April lepas, telah berbincang dengan kerajaan pusat dan negeri bagi membawa kemajuan dan mengatasi masalah penduduk di situ termasuk isu banjir. Bukan masalah banjir saja yang kita bincangkan tetapi juga bagaimana hendak mengatasi kelodak di Sungai Rajang yang menyebabkan banjir itu. Hasilnya, kerajaan telah menyediakan peruntukan awal RM230 juta untuk mengatasi masalah kelodak itu secara sistematik. Projek lain yang telah diluluskan ialah pembesaran Lapangan Terbang Sibu dengan kos RM150 juta dan Jalan Kanowit-Kapit dengan harga RM700 juta. Yang penting di sini ialah wakil rakyat BN mampu mencari penyelesaian secara efektif dengan pendekatan yang mesra, dan bukannya menjerti-jerit macam orang kurang siuman seperti wakil rakyat Pakatan Rakyat.... macam gangster...

Tiada ulasan: