Namun mereka mengalami masalah dan memerlukan bantuan kewangan dengan segera bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan bagi mereka yang layak boleh memohon kepada Yayasan Sarawak. Pelajar yang layak menerima pinjaman mahupun biasiswa berkenaan, mereka juga perlu membayar balik jumlah terbabit. Dana ini diwujudkan untuk membantu dan memberi peluang kepada anak-anak kita meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Syarat dan terma untuk permohonan dana berkenaan mungkin berbeza dengan skim biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak sebelum ini.
Jelasnya strategi dan tindakan tertentu perlu dilakukan dalam usaha menyediakan peluang pendidikan kepada generasi masa kini. Kerana hanya dengan strategi dan tindakan yang wajar dalam pendidikan bakal menggalakkan minat di kalangan anak-anak muda meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Jika kita ingin mengubah tanggapan masyarakat kita agar memberi perhatian atau terlibat dengan lebih aktif dalam pendidikan, kita harus memupuk minat masyarakat dengan membantu setiap insan dalam sektor pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan