Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilakukan sehingga kerajaan meluluskan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Awang Adek Hussin. Akta tersebut dilihat mampu mengawal peniaga daripada bertindak mengambil untung berlebihan selepas GST dilaksanakan kelak.Akta itu kini dalam proses penilaian terakhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini. Ada kebimbangan bahawa mungkin ada peniaga yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga barang mereka atas alasan GST untuk mendapat keuntungan berlebihan.Justeru atas faktor kebimbangan tersebut perlu ada undang-undang yang boleh membasmi peniaga-peniaga ini daripada mengambil untung berlebihan, iaitu akta tersebut (Kawalan Harga dan Anti Pencatutan) perlu diluluskan terlebih dulu sebelum GST dilaksanakan. Kerajaan turut sedar pada masa ini tahap pemahaman rakyat terhadap GST masih belum menyeluruh sehingga timbul kebimbangan dan kerisauan bahawa pelaksanaan GST boleh menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik. Sebenarnya banyak kelebihan dan faedah yang akan diperolehi oleh kerajaan dan negara dengan pelaksanaan GST ini, antaranya ia mampu mengembangkan cukai kerajaan yang selama ini banyak bergantung pada cukai pendapatan dan petroleum.
Antara barang keperluan yang tidak dikenakan GST adalah produk pertanian seperti padi dan sayur-sayuran segar, barang makanan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, binatang ternakan dan daging seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik, telur (termasuk telur masin), ikan, udang, kerang, dan sotong (termasuk yang dikeringkan dan dimasinkan)."Perkhidmatan yang sifar GST pula seperti bekalan elektrik bagi 200 unit pertama setiap bulan untuk pengguna domestik, bekalan air bagi 35 meter padu pertama setiap bulan untuk pengguna domestik, barang dan perkhidmatan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan