Ahad, 22 Mac 2009

Harga Seragam Bagi Barang Kawalan Di Pedalaman Sarawak Dan Sabah

Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui Majlis Harga Barang Negara memberi jaminan bahawa semua harga barang kawalan termasuk petrol dan diesel di pedalaman Sarawak dan Sabah akan diseragamkan tahun ini. Kerajaan telah meluluskan peruntukan RM45 juta untuk melaksanakan projek depo bahan api komuniti di pedalaman Sarawak dan Sabah tahun ini, bagi memastikan harga petrol dan diesel masing-masing kekal pada RM1.80 dan RM1.70 seliter.

Dijangka masalah inflasi di kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah dapat dikurangkan dalam tempoh setahun. Pelancaran program penyeragaman harga runcit petrol dan diesel bagi depo bahan api di jeti empangan Batang Ai telah diadakan pada hari ini. Setakat ini sebanyak 109 lokasi depo minyak telah diwujudkan di pedalaman Sarawak dan jumlah tersebut dijangka meningkat kepada 114 depo dalam tempoh masa tedekat.

Kementerian juga akan mempercepatkan lagi proses kelulusan 12 stesen mini minyak yang telah lama tertangguh untuk meningkatkan perkhidmatan 23 buah stesen mini sedia ada di luar bandar di Sarawak. Selain depo bahan api, kementerian juga telah mewujudkan stesen minyak terapung selain projek perintis pengedaran barang-barang bersubsidi untuk meringankan beban harga barang di pedalaman. Kerjasama yang baik antara kerajaan Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri memberi lebih banyak peluang dan ruang kepada pemimpin negeri dan pusat bekerjasama dalam menangani masalah kos sara hidup yang tinggi di kalangan penduduk luar bandar. Pemimpin BN sama ada di peringkat negeri dan pusat sentiasa mahu mencari jalan untuk memastikan masalah rakyat di luar bandar dapat diatasi.

Lain pula dengan ahli politik pembangkang yang cakap-cakap ANGIN sahaja, yang mereka buat hanya kritik dan JANJI itu JANJI ini tapi semuanya TAK JADI.

PERUNTUKAN KHAS KEPADA SEKOLAH RENDAH CINA

Bahagian Seketariat Ibu Pejabat Parti SUPP telah menerima surat pengesahan senarai sekolah rendah Cina di Negeri Sarawak yang akan memperolehi peruntukan khas daripada Pakej Ransangan Ekonomi II berjumlah RM4,627,000 melibatkan 60 buah sekolah. Ahli Jawatankuasa Pendidikan Parti SUPP Encik Ku Fut Po memaklumkan bahawa peruntukan akan dihantar kepada sekolah dalam bentuk cek oleh Kementerian Pendidikan tidak lama lagi. Sebelum ini Parti SUPP telah berjaya mendapatkan bantuan peruntukan khas untuk 25 buah sekolah rendah Cina berjumlah RM3,200,000.

PERUNTUKAN MRP UNTUK PENDUDUK RUMAH PANJANG DI BATANG AIR

Penduduk Rumah Panjang Batang Air menerima bantuan daripada kerajaan BN Negeri Sarawak, di mana setiap keluarga diperuntukkan RM500 dibawah peruntukan MRP untuk memperbaiki atau menaitaraf rumah mereka. Pengumuman dibuat oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak merangkap Menteri Kemajuan Tanah YB Dato Sri James Jemut Masing semasa lawatan beliau ke Rumah Sandah, Lubuk Antu. Berita tersebut mendapat sambutan baik daripada penduduk rumah panjang termasuk juga kanak-kanak yang melaungkan "BN BOLEH".

Jumaat, 20 Mac 2009

SARAWAK MENENTANG PEMBALAKAN HARAM

Negeri Sarawak yang sering dicemuh oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap dakwaan pembalakan haram dan aktiviti pembersihan hutan, mengakui adalah tidak mungkin untuk mendakwa tiada langsung perdagangan balak secara haram. Kerajaan negeri tidak mengizinkan pembalakan haram, perdagangan balak secara haram secara relatifnya adalah kecil kerana kelulusan mengimport balak adalah berdasarkan dokumen sah. Sementara adalah tidak mungkin untuk mendakwa tiada langsung perdagangan balak secara haram, Malaysia yakin dengan sistem sedia, dasar dan peraturan yang keseluruhannya membolehkan pelbagai agensi perhutanan untuk memeriksa dan mengesahkan ketulenanan balak import dari negara-negara lain. Ini terutamanya, dalam hal kayu balak di mana syarat-syarat ketat telah dikenakan.



65 unit pengurusan hutan dikenal pasti dalam pelan bagi Pensijilan Pengurusan Hutan, di mana SFC telah memberi mandat kepada setiap satu daripada enam syarikat balak besar mempunyai sekurang-kurangnya satu sijil mengikut program itu. Mengenai tuduhan pembangunan sejumlah satu juta hektar ladang kelapa sawit menjelang tahun depan, meliputi habitat orang utan, beliau berkata "Mengambil Orang Utan sebagai Anak Angkat" merupakan satu daripada program pemuliharaan yang akan dilancarkan tahun ini bagi memastikan kewujudkan spesies yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Jumlah orang utan di Sarawak adalah stabil, bercanggah dengan dakwaan yang digembar-gemburkan media antarabangsa dan aktivis sosial alam sekitar bahawa habitat spesies itu mengalami ancaman ekoran penanaman kelapa sawit.Orang utan boleh ditemui di Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Kapit termasuk di kawasan Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau dan Taman Negara Batang Ai, yang khusus bagi pemuliharaan alam sekitar manakala sebuah lagi kawasan habitat penting berhampiran Gunung Lesong, Sri Aman kini sedang dalam proses untuk diwartakan sebagai kawasan dilindungi yang dikenali sebagai Taman Negara Gunung Lesong.



Oleh itu janganlah kita mudah terpengaruh dengan segala berita yang disiarka oleh media asing yang tidak berasas dan yang hanya cuba mencari populariti. Ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memburuk-burukkan keadaan sebenar di Negeri Sarawak demi untuk kepentingan politik mereka sahaja. Mari kita PATAH-PATAHKAN usaha mereka ini.

Ahad, 15 Mac 2009

Peruntukan Khas Kepada SJK Batu 8 1/2

Setiausaha lembaga pengurusan SJK Chung Hua Batu 8 ½ Jalan Batu Kittang berterima kasih kepada kerajaan BN atas peruntukan khas RM1000,000 kepada sekolah tersebut untuk membina semula sekolah yang telah mengalami kebakaran pada tahun lepas. Pihak sekolah akan memulakan kerja pembinaan sebaik sahaja pelan pembinaan mendapat kelulusan pihak berkuasa. Beliau mengharapkan pihak SUPP dapat membantu mempercepatkan kelulusan pelan sekolah 3 tingkat oleh kementerian perancangan sumber, dan pihak sekolah telah merancang untuk membuka sessi persekolahan pada tahun 2010.

Presiden parti SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam menyeru supaya peruntukan khas bantuan sekolah dapat dibahagikan sesama rata. Dalam pakej ransangan pertama, sebanyak 25 buah sekolah rendah Cina di Sarawak telah diperuntukkan peruntukkan sebanyak 3820,000, dan 4620,7000 kepada 60 buah sekolah Cina di Sarawak pada peringkat ke 2. Dan Sarawak memperolehi 17% daripada jumlah keseluruhan peruntukan khasa yang diberikan dalam pakej ransangan pertama.

Pakej Ransangan Kedua yang diumumkan akan memperuntukkan 3 billion untuk memperbaiki sekolah Cina, Tamil dan Sekolah Wawasan, beliau mengharapkan bakal Perdana Menteri dapat memberikan peruntukan yang lebih kepada sekolah di negeri Sarawak. Banyak lagi Sekolah Rendah aliran Cina Sarawak yang memerlukan kewangan yang cukup untuk pembangunan sekolah dan beliau menyeru supaya kerajaan Pusat membahagikan peruntukan yang sama rata kepada negeri Sarawak. Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Dato Seri Najib atas keperihatinannya terhadap masalah pendidikan sekolah Cina dan Kristian. Parti SUPP akan meneruskan perjuangan pendidikan Cina yang telah dilakukannya sejak penubuhan parti ini.

Calon BN Batang Ai

Bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai, Malcolm Mussem Lamoh berharap dapat memperkenalkan lebih banyak aktiviti pertanian komersial di kawasan pedalaman ini yang majoriti penduduknya kaum Iban.



Beliau mahu melihat sektor pertanian komersial secara serius agar masyarakat berusaha ke arah menjadi petani komersial. Mungkin ada beberapa projek yang boleh dinaik taraf kepada berskala komersial untuk pasaran. Mussem, 49, bekas jurutera Jabatan Pertanian Negeri, memiliki kelulusan Sarjana dalam Kejuruteraan Sistem Pengeluaran dari Warwick university, England dan Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia, Serdang.



Beliau berkata kekurangan pengetahuan yang berkaitan menghalang petani beralih daripada pertanian sara diri. Dengan keadaan ekonomi semasa, beliau percaya ada peluang untuk merancang sesuatu yang membawa manfaat, lebih-lebih lagi di sekitar kawasan hidro Batang Ai. Sektor perikanan dan agro-pelancongan adalah bidang yang memberikan pulangan jika diteroka selanjutnya, dengan tujuan memajukannya sebagai perniagaan penting yang lebih tersusun.



Beliau yang telah berkhidmat selama lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam, tahu benar bagaimana untuk berkhidmat kepada masyarakat di Batang Ai. Sementara itu, beliau bangga kerana dipilih sebagai calon BN/Parti Rakyat Sarawak bagi mempertahankan kerusi berkenaan, sambil menambah wakil rakyat Batang Ai sebelum ini, mendiang Datuk Dublin Unting, merupakan teman rapatnya. Marilah para pengundi Batang Ai memberi sokongan penuh kepada calon BN anak tempatan untuk meneruskan pembangunan kawasan Batang Ai.

Sabtu, 14 Mac 2009

Kemelut Politik Jejas Ekonomi

Komuniti perniagaan di Perak bimbang kemelut politik yang berterusan di negeri itu akan mencacatkan lagi kemajuan ekonomi dan kemasukan pelaburan ke negeri itu. Ahli perniagaan hartanah dan pelaburan berpendapat keadaan kucar-kacir yang berlaku di Perak sedang diperhati oleh orang luar terutama pelabur. Pelabur akan berfikir beberapa kali sama ada mahu melabur atau membeli hartanah di negeri ini. Apabila aktiviti ekonomi tidak berkembang dan sumber pendapatan tidak mengalir sempurna, maka rakyat akhirnya akan menderita.



Para peniaga menyeru pemimpin-pemimpin politik supaya menyelesaikan apa juga masalah dengan sebaiknya dan berharap mereka meletakkan kepentingan politik ke tepi, kerana jika tidak, kehidupan rakyat terjejas. Tidak menafikan bahawa akibat ketidaktentuan dalam senario politik di Perak, keadaan ekonomi sedia ada di negeri itu turut terjejas. Krisis perlembagaan di Perak boleh menimbulkan kekeliruan kepada golongan pelabur. Contohnya, mereka hendak tahu siapa menteri besar dan kerajaan negeri yang sah pada masa sekarang. Apa yang lebih penting pada masa sekarang ialah semua pihak, tanpa mengira fahaman politik, bekerja untuk menyelesaikan dan menjaga ekonomi di negeri itu supaya kehidupan rakyat tidak bertambah teruk.



Walau apapun, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan politik sekiranya benar-benar mahu membantu rakyat dan ekonomi negeri. Perlantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru telah memberi nafas lega kepada rakyat.Pelabur memerlukan sebuah kerajaan yang stabil sebelum mereka datang. Keadaan politik yang tidak stabil di sesebuah negeri akan menyebabkan pelabur tidak akan mengambil risiko bagi membuat pelaburan besar dan mereka boleh memilih cara lain iaitu melabur di negeri yang lebih aman serta cukup stabil daripada segi politik.Krisis politik dan perlembagaan di Perak berlanjutan lebih sebulan apabila pakatan DAP, PKR dan PAS tidak dapat menerima bahawa kerajaan negeri itu diambil alih Barisan Nasional pada 6 Feb lepas setelah tiga wakil rakyat mereka keluar parti masing-masing untuk menyokong BN.



Apa yang berlaku di Perak adalah satu contoh yang jelas kepada rakyat Sarawak untuk mempertahankan kestabilan politik negeri untuk menjayakan kemajuan ekonomi negeri apatah lagi dalam keadaan krisis ekonomi sedunia yang semakin serius. Rakyat hendaklah bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan bajet mini dilaksanakan dengan sepenuhnya untuk mengharungi cabaran masa kini.