Ahad, 22 Mac 2009

Harga Seragam Bagi Barang Kawalan Di Pedalaman Sarawak Dan Sabah

Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melalui Majlis Harga Barang Negara memberi jaminan bahawa semua harga barang kawalan termasuk petrol dan diesel di pedalaman Sarawak dan Sabah akan diseragamkan tahun ini. Kerajaan telah meluluskan peruntukan RM45 juta untuk melaksanakan projek depo bahan api komuniti di pedalaman Sarawak dan Sabah tahun ini, bagi memastikan harga petrol dan diesel masing-masing kekal pada RM1.80 dan RM1.70 seliter.

Dijangka masalah inflasi di kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah dapat dikurangkan dalam tempoh setahun. Pelancaran program penyeragaman harga runcit petrol dan diesel bagi depo bahan api di jeti empangan Batang Ai telah diadakan pada hari ini. Setakat ini sebanyak 109 lokasi depo minyak telah diwujudkan di pedalaman Sarawak dan jumlah tersebut dijangka meningkat kepada 114 depo dalam tempoh masa tedekat.

Kementerian juga akan mempercepatkan lagi proses kelulusan 12 stesen mini minyak yang telah lama tertangguh untuk meningkatkan perkhidmatan 23 buah stesen mini sedia ada di luar bandar di Sarawak. Selain depo bahan api, kementerian juga telah mewujudkan stesen minyak terapung selain projek perintis pengedaran barang-barang bersubsidi untuk meringankan beban harga barang di pedalaman. Kerjasama yang baik antara kerajaan Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri memberi lebih banyak peluang dan ruang kepada pemimpin negeri dan pusat bekerjasama dalam menangani masalah kos sara hidup yang tinggi di kalangan penduduk luar bandar. Pemimpin BN sama ada di peringkat negeri dan pusat sentiasa mahu mencari jalan untuk memastikan masalah rakyat di luar bandar dapat diatasi.

Lain pula dengan ahli politik pembangkang yang cakap-cakap ANGIN sahaja, yang mereka buat hanya kritik dan JANJI itu JANJI ini tapi semuanya TAK JADI.

Tiada ulasan: