Kerajaan masih memerlukan sumbangan sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam penyediaan biasiswa pendidikan untuk membantu meningkatkan kualiti modal insan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun kerajaan ada menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan tetapi ia tidak mencukupi kerana bilangan yang masih memerlukan bantuan pendidikan amat besar terutama mereka yang kurang berkemampuan. Jadi kerajaan amat mengalu-alukan sumbangan sector swasta, NGO dan syarikat yang berkemampuan untuk membantu negara meningkatkan dan melahirkan anak-anak Malaysia yang terpelajar terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Inisiatif seperti ini perlu diteruskan dan ianya sesuatu yang amat baik kerana pelajar berbilang kaum akan mendapat faedah yang bersandarkan kepada Gagasan 1Malaysia. Diharapkan pelajar yang terpilih mengambil peluang itu dengan sebaik mungkin dan selepas ambil sijil dan diploma mereka akan berpeluang pula untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan